My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, December 20, 2008

Thursday, November 20, 2008

MEMBACA

Kawan aku menghadiahkan aku sebuah buku. Sebab aku dah semakin tua dan nyanyuk agaknya. Maka aku kena lebih banyak membaca dari bercakap.


Tapi memang kesukaan aku membaca. Ambil la nasihat apa sahaja pasal membaca ini, menambahkan ilmu, mengisi masa terluang, menambah pengetahuan, memperkaya perbendaharaan kata, apa la sahaja.. semua itu dianggap betul oleh aku. Yang pasti aku suka membaca dari bercakap.


Tapi aku tak tau dari mana boleh datang minat nak membaca aku ni. Yang aku ingat, aku tidakla dibesarkan di dalam perpustakaan. Rumah aku tak ada khutub khanah. Tapi aku rasa minat aku membaca mula dengan komik. Sebab ada gambar. Mak aku suka membacakan kepada aku kartun-kartun yang disiarkan dalam surat khabar Utusan Melayu/Zaman. Yang aku ingat Kartun Nancy oleh Bushmiller dan kartun Tarzan. Kartun tersebut dialih bahasa dan ditulis dalam tulisan Jawi. Macam juga seluruh berita dalam surah khabar tersebut yang ditulis dalam Jawi. Masa kecik aku tak pandai baca Jawi, jadi Mak la yang membacanya sambil membuat mimik suara sekali. Sekejap suara Nancy, sekejap Sluggo dan sekejap Aunt Fritzi. Macam suara kartun-kartun alih suara Jepun di TV sekarang. Bila dah sekolah, dah pandai membaca, aku banyak baca buku sekolah sambil terus mendengar Mak membaca kartun Nancy.

Aku mula didedahkan ke Perpustakaan seingat aku di sekolah masa darjah empat. Kami masuk ke perpustakaan sekolah dan didedahkan kepada konsep adanya tempat boleh meminjam buku, membaca dan memulangkannya, tempat yang perlu suasana tenang dan diam. Dan, aku pun mula meminjam buku-buku seperti Tiga Penyiasat, Tujuh Perisik dan Lima Sekawan yang juga dialih bahasa. Masa mula-mula aku tak tahu pon yang buku-buku tersebut dialih bahasa. Hingga lah aku terjumpa di Johor Central Store. Aku juga suka membaca cerita Noddy dan Mr Plod. He he he.


Di Sekolah Menengah, aku mengambil bahagian dalam ELRP(English Language Reading Programme), yang mana kami disuruh membaca buku cerita Inggeris dalam bahasa Inggeris dan diberi seminggu untuk menghabiskannya. Di akhir buku, ada soalan yang perlu dijawab. Jadi kami perlu memahami bahasa dan jalan cerita sekali. Dua tahun aku terlibat bersama-sama semua murid-murid setingkatan. Dan buku-bukunya selalu merupakan karya-karya popular Inggeris yang dipendekkan/dimudahkan seperti A Town Like Alice, Pride and Prejudice, Tom Sawyer, Treasure Islands, Call of the Wild dan sebagainya. Kadang dah habis baca buku dua tiga kali, aku masih tak dapat nak menjawab soalan. So apa lagi, aku pon merujuk kepada pakar rujuk kami, Charanpal Singh, cikgu Bahasa Inggeris tak rasmi. Aku dan Poon Keng Yuen(Spoon) akan mengasak beliau memanggil, 'chapal sing chapal sing'. Beliau tidak pernah menolak membantu kami walaupun kadang dia menasihat, 'You should try to answer yourself'.

Pada waktu yang sama, aku mula terbuka kepada karya sastera Melayu. Semuanya buku Abang aku yang dah habis sekolah dan berpindah ke KD Pelanduk. Aku belek buku tebal berwarna jingga dan berjinak membaca kumpulan-kumpulan cerpen yang tajuknya aku tak ingat kecuali Aku Di Sebuah Pulau dan Nasihat yang Memberi Berkas. Tapi kisah-kisahnya segar dalam ingatan. Aku juga mula membaca Tulang-tulang Berserakan, Nyawa Di Hujung Pedang dan patah Sayap Terbang Jua.

Aku kurang membaca pada awal 80an kerana aku lebih menumpu kepada peperiksaan besar dan Big League Soccer. Tapi aku masih suka membaca akhbar Star abang aku ( kadang Mak tak faham lalu aku bacakan dan terjemah untuk dia) dan Berita Harian Bak. Bak cukup tak suka tengok aku beli Star, NST atau Malay Mail. Baca tak mengapa tapi dia lebih suka aku beli BH atau Utusan. Tapi aku rasa Gila-Gila tetap menjadi bacaan bulanan (adakalanya dwi- mingguan) aku.

Apabila aku mula bermukim di Shah Alam, minat membaca aku timbul semula dengan lebih. Aku selalu menebeng di BBC PKNS dan Marwilis sambil kawan-kawan aku pergi mencuci longkang(istilah kawan baru aku yang juga terlibat dengan Perpustakaan). Malah, di Marwilis lah aku membeli novel pertama aku, Red Storm Rising. Itu pun bila aku terkesan mendengar cerita adik penjual (kami sama usia rasa aku) bahawa kedai baru itu hanya laris dengan majalah dan belum ada ramai membeli buku-buku dan novel terutamanya yang berbahasa Inggeris. Aku juga sering berlegar di Perpustakaan tempat aku sekolah untuk meneliti koleksi buku-buku bahasa Inggeris yang lebih lengkap dan dalam versi yang tidak diringkaskan. Juga aku mula meminjam karya utama JRR Tolkien dan membaca ketiga-tiganya hingga selesai. 15 tahun sebelum versi layar peraknya diusahakan.

Sehingga kini, aku masih meneruskan satu-satu nya kegiatan yang aku sukai. Terdapat masanya aku terpaksa kurang membaca atas sebab tertentu. Ada masanya aku keterlaluan membaca sebab terlalu seronok dengan cerita yang ingin disampaikan apatah lagi penulisnya sangat pandai mengadun cerita dan menarik selera membaca. Dari banyak genre dan tajuk, aku dapati bahawa kini aku menumpu kepada kisah-kisah sejarah dan kemanusiaan. Dan aku senang membaca di mana-mana, di atas katil, sofa, belakang kereta, atas bas dan LRT, dalam pesawat dan di luar, dalam kelas atau dalam bilik mesyuarat(kadang-kadang), malah di bilik sekecil mana pun.

'Yes, what do you need?', aku bertanya kepada Adik.
'Ayah, before you go in to read your book, can I ask you to purchase this book from school?', Adik meminta dengan mata dibesarkan dan mulut dicebik manja. Dia menunjuk brosur buku dari sekolah.
'What book is that?', tanya aku tegas.
'Guide to Club Penguin. 9.99 only Ayah', jawab Adik dengan manja.
Aku teliti sekejap brosur sua-an Adik.
'OK, you get the money from Ibu', jawab aku melangkah pergi.
Asalkan dia membaca.

Oh ye... sebelum aku terlupa(atas faktor usia yang meningkat).
Thank You, An!

Tuesday, November 18, 2008

Talking Science

Semalam sebelum tidur aku melayan Adik bermain Pokemon kad sambil mengambil kesempatan bertanya itu ini dengan dia.

'How is your school Dik?', aku bertanya sambil menyusun kad apa entah di atas meja mengikut arahan Adik.
'Good, but my science quiz was not so good, Ayah', jawab Adik sambil tangan dia menyusun semula kad yang aku letak tadi.

'Why is that?', tanya aku balik. Pada aku Adik adalah saintis ilmu hayat kepada Abang yang lebih suka kepada sains fizik dan pergerakan. Kemanusiaan berbanding teknologi.
'Well.. I missed one question and didn't get any point for that', kata Adik selamba meletak koin-koin kertas bertanda 10 di atas kad-kad aku. Aku tak faham pon apa maksud koin-koin tersebut. Aku berdiam sekejap.

'I forgot the answer. The question was asking "why is Force important to human?", Adik terangkan kepada aku.
Fikiran aku teringat kepada kelas Puan Lek. F=MA. V= U + at. Kelas dalam makmal fizik yang selalu kena buat eksperimen troli dengan pita detik. Yang Selalu aku jadi tukang catat masa dengan jam randik.

Aku paling ke Adik dan terus bertanya, ' Now have you found out the answer to that?'.
Adik mendongak, tapi belum sempat dia membuka mulut, Faim dah melompat dari depan TV ke meja dan menjerit.. 'I know, I know '.

'What do you know Faim?', aku bertanya kepada Faim yang masih melonjak-lonjak.
'The Force is important so I can be Jedi Master', jawab Faim sambil terus bersilat di depan TV.

Mata Adik terbeliak. Besar! Aku padang TV. Cerita kartun Clone Wars sedang ditayang.

Tuesday, October 28, 2008

Adik From the Heart

I have said many many times. That Adik, personality wise, is very sensitive and loving. But, he does blow his tops somehow/times. And, Ibu said that when he is overexcited he would forget himself and flout whatever cautions we gave him.

Two day ago, due to their continous disagreement, I have forbidden both Abang and Adik from touching their XBOX for the rest of the evening. As their disagreement then worsened, and degenerated into a shouting match(loud shouting match) I immediately showed my displeasure and sent both of them to their respective beds, earlier than usual.

Passing through Adik closed bedroom door, I hear Adik sniffling and talking softly, apparently to himself. I listen carefully to what sounded like an expression of regret. I left him at that and thought that I would later in the middle of the night, join him in his bed. I wanted to point out to him that I was not punishing him but punishing his bad/inappropriate behavior.

Later, I woke up in the middle of the night and was walking out of my bedroom when I stepped on a piece of paper. I noticed Adik's writing and realised that he must have slipped it in sometime when I was already asleep.

It read, ' Ayah! I am sorry. I don't want the Nintendo DS anymore in return for one happy day, please! '. Simple. I have been promising to buy Adik his Nintendo after he completed his Ramadan fasting. But, I have been delaying buying it as I was quite preoccupied with work since Hari Raya. I returned back to bed and woke up Ibu just to show her the note. We had a late night discussion and agreed that we should get Adik his Nintendo the very next day.

Saturday, October 11, 2008

Sleeping Arrangement


Adik sudah menjangkau 10 tahun setengah usianya. Tapi, bila waktu malam, Adik masih ingin tidur menemani Ibu dan Ayah. Alasannya kerana teman sebiliknya, Faim yang masih kecil akan tidur juga bersama Ibu dan Ayah dan Adik tidak mau tidur keseorangan di biliknya.

Malam tadi, seperti selalunya, aku tawarkan diri sekali lagi untuk tidur menemani Adik di bilik dia.
'OK, Ayah. You can accompany me. But, with two conditions', Adik bersetuju sambil meletakkan dua ibu jari di depan mata aku.

'Errr.. what are they, Dik?', aku bertanya. Hairan jugak aku dengan syarat-bersyarat ini.
'Number One - you can not run away in the middle of the night. And number two, you cannot snore so loud', kata Adik meletakkan syarat dengan tegas. Cara Adik memberikan syarat mengingatkan aku kepada Mr Bala, kawan aku.

Aku mengaru-garu kepala sambil bertanya,'Snore a little bit can or not, Dik?'
Saja aku mengusik Adik.
'OK, you can snore a little bit', jawab Adik selamba.

Jadi, malam tadi aku pon menemankan Adik. Aku baring sebelah Adik sambil menjeling sekejap-sekejap kepadanya yang sedang membaca buku Star Wars dengan diterangi lampu membaca dari meja di sebelah. Aku cuba memejam mata sambil memikir kenapa sebenarnya Adik perlu ditemani setiap kali dia ingin tidur. Mungkin dia merasa selesa apabila ada orang tua bersama dia. Mungkin keberadaan aku disebelah seolah-oleh memberi perlindungan kepada dia dalam ketidaktentuan kegelapan malam.


Aku sedar-sedar dari tidur apabila hampir waktu Subuh. Adik senang lena mengerekot di sebelah. Buku yang dibaca tersusun rapi di atas meja dan lampu meja pon sudah ditutup. Aku bangun dan beredar ke bilik air.

Sambil mengambil wuduq, satu pemikiran terlintas di kepalaku. Mungkin sebenarnya aku yang memerlukan adik untuk kelenaan tidur ku. Untuk membolehkan aku tidur dengan lenyak.
Hmmm... mungkin juga.

Tuesday, October 07, 2008

BERAYA 2 :

Masa aku kecik, lepas salam Mak dan Bak, kami tak akan dapat duit raya. Sebabnya kami akan pergi ‘collect’ kat rumah jiran. Masa kecik ini la part Hari Raya yang paling disukai. Sehari dua sebelum Raya selalunya kami dah pakat dah, siapa nak join grup siapa. Dan apa dia rancangan grup yang kami akan sertai itu. Samada akan beraya rumah-rumah jiran terdekat, sampai pinggir-pinggir kampung atau pon sampai kampung sebelah. Selalunya aku dan Syukur akan ikut grup yang ada budak besar sedikit sebab dia berani pergi lebih banyak rumah dah lebih jauh, walaupun kami tak kenal. Ada jugak kawan-kawan yang dah sekolah menengah masih buat collection. Tapi mereka akan pergi jauh sampai ke Larkin, Batu 4 Skudai untuk buat collection. Kalau dah besar panjang masih beraya dan collect kat kampung sure kena gelak dengan anak-anak dara kampung.

Dulu beraya sangat meriah. Kita akan tengok banyak kumpulan anak-anak yang berjalan keliling kampung mengucap salam ke setiap rumah. Kemudian mereka akan dijemput masuk dan makan sedikit kueh mueh sebelum mengumumkan yang kami akan beransur. Dan bermula la dialog seperti berikut :

‘Makcik.. kami nak balik dah.’
‘Eh .. nak balik? Ah.. nanti-nanti-nanti.Lina/Pah/Abang.. ambik bekas Mak tu sini’’
‘ he he he he’ ( Masa ni member tersengeh-sengeh )
‘Nah.. ni dari Makcik. Ikhlas. Eh .. kau ni anak Si Amid tu kan? Anak Senah ke? Adiknya Mamud tu ke? Kirim salam mereka ye?’
‘InsyaAllah.. Terima kasih Makcik. Kami balik dulu’

Begitulah lebih kurang dialognya. Turun aja dari tangga rumah, kami akan terus berbincang jumlah duit yang kami dapat sebelum mengatur strategi seterusnya ie rumah mana nak diserbu pulak.

Masa aku kecik selalunya 5 sen atau 10 sen tu kira biasala. Masa ni takda pon sampul-sampul duit dari bank warna hijau yang digunakan. Kadang sebab keluarga tu mewah sedikit dia bagi 20 sen. Ataupun kalau dia memang kenal betul dengan Mak Bapak kita, kita akan dapat siling lebih besar dari kawan-kawan lain. Masa tu kawan-kawan akan mula la mengusik, ‘ waaa anak menantu la katakan’... dan kami akan tergelak bersama-sama.

Kadang-kala pelan bertindak kumpulan akan boleh diubah atau dihijack oleh intelligence yang kami terima semasa beraya. Buat collection ni pon ada macam intelligence gathering juga. Kalau ada mana-mana rumah yang bagi jumlah luar biasa seperti lebih dari 10 sen, maka maklumat ini akan dikongsi bersama kumpulan-kumpulan lain. Dan kami akan mula la menderu ke rumah tersebut. Takut duit siling mereka habis dan mungkin akan terlepas dapat siling besar.

Kadang ada juga intelligence jahat. Bila satu kumpulan terkena dengan rumah yang mana tuan rumah suruh kami makan ketupat, rendang, kari sampai habis sebelum dibenarkan pulang, kita akan bagitau kumpulan lain yang tuan rumah tu beri duit siling besar. Apabila mereka meluru ke rumah tersebut, kami akan ketawa bersama-sama. Paling susah juga bila rumah tersebut juga ada orang tua yang suka bercerita. ‘Masa zaman Jepun dulu, Pakcik kena panjat pokok kelapa kau tau!’ .. Selalunya macam gini kami terpaksa tunggu sampai setengah jam sebelum dapat beredar. Rugi masa.

Sampai petang, kami akan beraya. Sampai poket kami gelembung dengan duit siling. Pangkal poket pon dah mula hitam berdaki sebab asyik diseluk untuk masukkan atau menyemak duit yanga da dalam poket sambil tersenyum riang. Dan, malam itu kami akan tersenyum puas melihat duit siling yang terkumpul. Kalau dapat lebih sepuluh ringgit tu, kira sudah bagus la. Esok, boleh berehat dirumah dan tunggu saudara-mara datang sambil tengok sarkas kat TV.

Bila aku fikir-fikir balik, memang nampak materialistik. Memang kadang tak patut la hari mulia seperti Hari Raya dihayati dengan perasaan siapa dapat dan siapa beri duit banyak. Tapi aku rasa tak ramai pon orang yang merungut. Semua gembira sebab itulah suasana Hari Raya. Melihat kanak-kanak dengan baju Melayu atau baju koboi baru, berjalan ke sana-sini cukup meriangkan dan memberi keceriaan kepada Hari tersebut. Tapi aku suka melihat dari aspek silaturahimnya. Dari kunjungan-kunjungan materialistik itu la, kita mengenal jiran tersebut, mengetahui keluarga yang tinggal sekampung dengan kita dan menyampai salam-menyalam. Menyambung silaturahim. Aku rasa mungkin itu yang kehilangan dalam masyarakat Melayu sekarang. Jiran tidak mengenal jiran. Bila tiba Hari Raya semua jiran sepi. Balik kampung atau bercuti ke Langkawi atau Terengganu. Atau Perth.

Memang masyarakat kita akan berubah mengikut masa dan zaman. Tak boleh kah kita simpan kekal benda-benda yang baik.

Saturday, October 04, 2008

BERAYA 1 :

Sebaik sahaja aku balik dari solat Raya di mesjid pagi tadi, aku ditarik oleh ibu ke ruang TV. Ibu salam dan minta maaf etc. Aku pon sama. Kemudian kami sama-sama makan nasi himpit, rendang dan sayur lodeh masakan Ibu. Kami makan berdua dengan tenang.

Memang tabiat aku gitu. Masa aku kecik pon begitu. Aku akan makan juadah Hari Raya lepas Sembahyang dan khutbah Raya. Sebab selalu aku tunggu Bak habis mengemas masjid. Mak akan masak benda yang sama yang menjadi kegemaran kami. Ketupat, ayam masak merah dan jugak masak kari. Daging biasa la buat rendang. Dan aku suka sayur goreng kering letak suun, fucuk, tempe dan tahu goreng dipotong kecil.

Dulu kami, akan masak ketupat sendiri. Mak jarang buat banyak sangat, cukup untuk makan Raya Pertama dan untuk dikongsi dengan jiran-jiran. Kami selalu bertukar-tukar juadah Raya dengan jiran-jiran. Walaupun selalu masakannya sama, tetapi kadang dapat jugak masakan yang berbeza sebab jiran tu asal Pahang atau Kedah dan Kelantan. Kalau kita bagi jiran satu ikat ketupat, nanti dia bagi jugak satu ikat hak dia. Cuma bila kami bagi sedulang kepada Mak Gaik See dan juga Mak Nga Ngak rumah sebelah baru kami dapat benda lain iaitu limau, kuaci dan kacang goreng. Dan, memang jiran-jiran aku ni walaupun tionghua, kami panggil juga dengan nama Mak di depan.

Bila Abang aku dah dewasa, dia dengan geng-geng dia satu kampung akan kumpul duit dan masak ketupat sendiri. Depa cari kayu api, pinjam periuk besar (atau guna tin minyak tanah) dan mula merebus ketupat lepas sembahyang isya’. Sampul ketupat biasanya depa beli dari pasar. Selalunya jiran-jiran lain akan minta depa masak sekali untuk mereka dan bayar la sekadar harga kos kepada mereka. So, lama kelamaan ketupat yang kami tukar-tukar pagi Raya tu, sama aja, kalau keras keras la dia, kalau lembek lembik la semua.

Masa kecik, Hari Raya memang sangat meriah. Raya Pertama akan digunakan untuk beraya ke rumah jiran-jiran, ‘bersilaturahim’. Bagi kami kanak-kanak, kami akan hilang dari pagi sampai lah ke petang. Maghrib baru la jumpa balik keluarga di rumah. Raya pertama memang Mak dan Bak beri kami kebebasan. Raya Kedua biasanya, Mak atau Bak bawak kami ke rumah jiran-jiran. Kadang kami balik kampung rumah Nenek di Kampung Melayu atau Pontian pada hujung minggu. Bak selalunya pergi dulu rumah Mak dia di Pontian pada petang Raya pertama.

Masa aku kecik, baju melayu aku Mak yang buat. Dia akan jahit sendiri guna mesin Singer. Selalu Kak Limah tolong masuk benang dalam sekoci. Dan bila Mak menjahit kaki dia akan menghayun tempat pijak dibawak yang memutarkan roda dan mengerakkan jarum untuk menjahit. Macam Manisah dalam cerita Labu-Labi tu la. Oleh sebab kami di Selatan, maka baju Melayu kami jenis Teluk Belanga dengan seluar yang guna getah putih yang memeri tu. Dan baju kami adik beradik akan berwarna yang serupa. Selalu Mak akan beli kain dengan Pak Habib yang bawak kereta macam station wagon. Sambil jual kain, dia jual jugak batu akek untuk buat cincin.

Sekarang, aku jarang buat baju Melayu bila nak dekat raya. Aku selalu tempah baju dekat Bak Tailor di Jalan TAR lebih kurang 6 bulan sebelum Raya. Mengelakkan ‘rush’ dan jugak supaya harga dia tak mahal. Baju-baju anak lelaki aku pon aku beli dulu dan simpan. Pakai masa raya kemudian.

Petang tadi sebab takda cerita Sarkas kat TV yang selalu depa tunjuk masa Hari Raya, aku tidor sekejap. Bangun-bangun aja, aku tengok Abang, Adik dan Faim dah beratur depan aku. Ibu tersenyum-senyum. Anak-anak aku dah balik dari sekolah semuanya dan nak bersalam Raya. Satu persatu mereka bersalam dengan Aku dan Ibu. Kemudian Ibu sampaikan sampul duit raya dari Nenek dan Atuk. Abang, Adik dan Faim tersenyum.. Aku sendiri tak bagi sampul. Tahun ini aku tak amalkan. Mungkin tahun depan. Ibu tetap tersenyum riang. Ibu tak pernah minta sampul dari aku.

Saturday, September 27, 2008

KUEH RAYA

Selepas berbuka dan solat Maghrib bersama, Aku, Abang, Adik, Ibu dan Faim duduk di depan TV. Ibu melayan Faim menulis angka-angka di doodle-board dia. Adik menempel dekat aku sambil mata memandang Mystery Hunters di kaca TV. Abang sedang membaca the Province berkaitan penemuan Bigfoot di hutan berdekatan.

Tiba-tiba Adik bertanya, 'Ibu, are we making any Raya cookies?'.
Ibu mendongak. Nampak plaster di kelopak mata ibu menutup luka yang diberikan 6 jahitan pagi tadi. Kesian Ibu.

'Maybe not this year. Anyway, here is so different la Naim', kata Ibu.
Aku hanya mengganguk.
'How different Ayah. How was it when you were small?', tanya Adik ke aku pula.

Aku merenung jauh. 30 tahun dulu jauhnya. Di rumah, Mak buat sendiri semua kueh-kueh yang kami jamukan pada Hari Raya. Selalunya Mak akan mula membuat kueh apabila tiba 4 atau 5 hari sebelum Hari Raya. Sebabnya selalu Mak akan tunggu Bak buat belanja beli barang-barang dapur. Yang aku tau selalu akan ada beli majerin lebih, telur, esen merah dan vanila, kismis, buah cheri, baking powder dan untuk sekali itu aja, cornflake. Dan selalunya produk majerin yang Bak beli yang dapat la pinggan ke, mangkuk ke sebagai hadiah promosi Hari Raya.

Selalu Mak buat kueh sebelah malam. Waktu kami semua pi terawikh, Mak buat dengan Kak Limah. Untuk mengelak kami mengacau la. Tapi selalunya selesai terawikh, kami masih dapat kacau Mak untuk batch yang last-last. Dan Mak pon selalu bagi kami tolong dan yang mana yang hitam-hitam hangit tu, Mak bagi la kami sebagai upah. Dulu, Oven Mak special. Mak akan guna oven hitam yang ada cap kupu-kupu. Depan dia kaca dan ada macam meter. Oven ni kena letak atas dapur minyak tanah. Bagi kueh-kueh yang kecik-kecik, Mak dan Kak Limah akan susun adunan yang dah ditekap tu atas tudung periuk sebelum dimasukkan ke dalam oven. Selalunya adunan dia sama aja, cuma bentuk kueh tu je yang beza, ada bentuk ayam la, itik la daun la.. Beza satu lagi ialah samada mata dia tu guna cheri merah atau hijau atau guna kismis.

Tapi aku suka kalau Mak buat kueh baulu. Yang ni sebab kena lama sikit nak godek adunan dia, so semenjak asar lagi kami dapat tolong Mak. Yang ni memang di minta kami semua godekkan adunan dalam baldi kecik. Lepas tu guna la dapur arang sebab panas dia nak kena atas bawah acuan tembaga yang berat tu. Tapi aku suka bau adunan tu sebab sedap dan wangi. Apatah lagi bila buka tudungnya aja kueh nya yang lembek lotek dah jadi tembam. Seronok aku.

Seingat aku, kueh Raya kami yang selalu ada ialah samprit, baulu dan kueh goyang. Kueh goyang ni menarik. Sebab kita kena goyang dia untuk tanggalkan adunan dia dari melekat kat acuan tu dan terus masuk ke dalam kuali panas penuh dengan minyak. Mana yang tak menjadi iaitu kembang dia tak betul, senget ke, patah ke, Mak akan beri kami makan. Yang elok-elok terus masuk dalam bekas iaitu tin-tin Milo, Ovaltin, Susu Tepung Dutch Lady dan sebagainya. Dalam dia alas dulu dengan kertas dan Mak dan Kak Limah akan susun elok-elok. Kemudian sebelum tutup, Mak akan lapik lagi satu kertas lubang tin dan tutup untuk bagi kedap udara. Selalunya Mak akan susun tin-tin berisi kueh ni nun jauh kat atas Gobok Pak Awang supaya kami tak dapat curi senyap-senyap.

Lama-lama bila Adik-adik perempuan aku dah besar dan Mak pon dah tua, maka kerja kerja buat kueh tu semua dan diserah kepada mereka. Apatah lagi dengan resipi-resipi modern dari majalah Wanita la, Jelita la, maka suasana kueh Raya kami dah berubah. Tapi dalam semua tu Mak masih akan buat untuk aku, kueh beskut gunting. Khas sebab aku yang mintak. Masa ni aku dah tak duduk JB dan bila balik semula ke KL, mak bungkuskan aku dalam satu tupperware penuh, of course yang kedap udara. Masa ni, kalau aku minta, adik-adik aku akan buatkan. Adik-adik aku jugakla yang menggantikan membuat kueh raya di rumah bila Mak dah takda. Ni pon Kak Limah dah dua tahun takda. Cumanya acara buat kueh mueh raya ni memang dah lama berkurang kat rumah sebab bila diorang dah berkerja dan dah berumah tangga, susah la nak datang atau luang masa buat kueh kat rumah untuk Bak. Lagi pon zaman modern ni lagi senang beli kueh aja. Order aja.

Aku tak kesah itu semua. Sebab kat di KL pon Ibu lebih cenderung order kueh-kueh dari kawan kawan dia. Tapi, tentunya aku tetap berasa nostalgia bila ketika Hari Raya semakin mendekat. Aku sentiasa teringat Mak membuat kueh dengan Kak Limah dan aku tergodek godek adunan kueh baulu. Dan bau kueh yang semerbak di dapur keluar dari oven hitam beralaskan tudung periuk. Indah sekali.

Abang bersuara memecah lamunan aku, 'Ayah, that's a nice and VERY LONG.. LONGGGGGGGG story. Now I am wondering whether I should ask you about how you celebrate Raya. I think not!'
Adik terus menjerit, ' Some other time, some other time'. Gaya dentist dalam Sesame Street.
Aku hanya tersengeh. Fikiran aku melayang balik.

Friday, September 12, 2008

Quality Time

Faim balik dari sekolah terus mencari Abang Long dan Acik.
Zaim dipanggilnya Abalon dan Naim si abang kecik, dipanggil Abacik atau Acik.

'Ibu, where's Abalon?', dia bertanya.
'He is still school', jawab Ibu. Acuh tak acuh.
'And where is Abacik?', dia tanya lagi.
'At school too', jawab Ibu yang bersama-sama kakak mengemas rumah yang tak sudah-sudah.

'Yahoooooo....', dengan riang Faim berteriak. Shazam pon sampai terkejut berlari masuk bawah meja.

Ibu berhenti sekejap.
'Why Faim?', tanya Ibu.

'Now, I can play LEGO Star Wars XBOX by myself', dia jawab dengan selamba dan turun ke basement.

Ibu hanya tersenyum menggeleng.

Saturday, August 30, 2008

BALADA KUCING HILANG

Dalam kami sibuk memunggah
Shazam mendapat peluang indah
Meluru keluar ke belakang rumah
Terlonjak-lonjak dengan meriah

Shazam meniti di atas pagar
Pagar tipis tidaklah lebar
Lagak gaya seorang balerina
Jaga bahaya disebelah sana

Sekali Kakak menjeling ke kiri
Bayang Shazam dah tiada lagi
Kakak meluru mencari-cari
Anjing-anjing sebelah pulak menyepi

Keliling kampung kakak meronda
Mencari Shazam entah di mana
Abang dan Adik dan Baby Faim jua
Eh eh.. Ibu pon turut mencari sama

Shazam kucing nakal aku berkata
Selamat di rumah, keluar kenapa?
Bagus juga dia tiada
Kencing di sofa aja selalu kerjanya

Jangan risau aku berkata
Pulang sendiri kepandaian spesisnya
'This is a new home', kata Adik pula
Sambil terjegil-jegil dua bijik mata

Mencari-cari sampai ke petang
Namun Shazam tetap tak pulang
Apalah nasib si kucing malang
Hujan turun malam menjelang

Jam 9 malam aku keluar
Di garaj jiran cuba mendengar
Ada bunyi loceng perlahan sekali
Di bawah kereta ku dengar teliti

Abang datang, Adik pon datang
Makanan Shazam digoncang-goncang
Suara kucing makin menguat
Tapi tak nampak apa kelibat

Akhirnya Shazam keluar meluru
Mendengar suara kami sepadu
Basah kuyup semua bulu
Abang memeluk dengan syahdu

Di dalam rumah Shazam gembira
Memakan meminum dengan lahapnya
Semua melihat senyum dan girang
Berakhir sudah balada kucing hilang

Wednesday, August 20, 2008

Abang dan Sekolah

Kaedah di kampung tempat kami tinggal ini ialah kalau kita berpindah rumah, kita mungkin perlu bertukar sekolah. Abang perlu bertukar ke sekolah yang lain apabila kami berpindah kelak. Oleh kerana dia sudah serasi dengan sekolah tersebut dan lokasi sekolah baru adalah lebih jauh jaraknya dari sekolah sekarang, maka aku dan Ibu membuat lawatan ke Jabatan Pendidikan untuk merayu supaya Abang dapat meneruskan persekolahan di sekolah sedia ada.

Bermacam alasan kami berikan, jarak persekolahan, keserasian, persahabatan dan lain-lain alasan. Pegawai Pendidikan mendengar dengan teliti dan mengangguk dan akhirnya berkata yang semua ini akan diputuskan oleh pihak sekolah sendiri. Kami disuruh pulang dan menunggu jawapan. Sebaik sampai di rumah, aku terangkan kepada Abang kedudukan perkara. Abang hanya mendengar sambil bermain Mass Effect. Tak lama kemudian pegawai pendidikan menelefon dan memberitahu bahawa sekolah tersebut memaklum yang mereka gembira sekiranya Abang tidak ditukarkan ke sekolah yang lain dan terus belajar di sekolah tersebut.

Aku dan Ibu merasa lega. Aku cuba berfikir dan mendalami pernyataan sekolah. Aku yakin bahawa keputusan sekolah tersebut pastilah bukan kerana Abang lebih banyak menggunakan masa cutinya bermain XBOX di basement.

Aku menepuk kepala Abang dan berkata, ' You are one weird kid'.
Abang terpinga-pinga dan bertanya, ' What did I do this time?'.

Friday, August 08, 2008

Under the weather


Baby Faim sakit. Ini semua salah Ayah.

Minggu lepas cuti panjang. Ayah seronok sebab cuaca pun baik. So Ayah angkut la, Faim, Acik dan ibu berjalan menikmati cuaca yang sebenarnya panas terik. Mula Faim nak main dekat 'playground', di taman. Bagi. Kemudian nak naik miniature train, bagi. Kemudian nak lumba go kart.

'Ayah, you drive me ok', kata Faim. OK la Ayah jadi supir. Bagi.

Esoknya Ayah nak pergi menebas rumput. Balik dari ladang, nampak Faim tenang aja berbaring tanpa melompat ke sana sini. Controller XBOX disebelah pon tak dipandangnya. Ayah pon merapat dan bertanya, ' Are you OK Faim?'.
Tanpa menoleh kepada aku, Faim menjawab, ' Faim muntah and 'pupu' banyak'.
Aku pegang dahi dia, panas!
Ibu kasitau dia demam dan ceret beret serta muntah. Esok kami bawak Faim ke Doktor.

Hari ni dia masih lemah. Kasian.

Semua Ayah punya pasal.

Friday, July 25, 2008

Nostalgia animasi

Selesai berjumpa Doktor petang tadi, aku balik ke rumah dan terserempak dengan Adik dan Baby Faim berkelahi di depan TV. Seorang nak menonton Spongebob dan seorang lagi nak menonton Dora. Nampaknya keduanya seperti tak mau beralah.

Adik yang lebih tua enam tahun patut beralah. Aku minta Adik turun ke basement dan menonton di TV yang satu lagi. 'I can't do that. Abang is there playing XBOX. He just started', jawab Adik. Itu satu lagi masalah nak minta mengalah sebab aku tau kalau Abang baru mula, maknanya semenjak pagi dia dah beralah dengan Adik dan Baby Faim.

Aku mula mengeluh,' Why must u guys watch cartoons all the time. Go read a book or something', kata aku separuh hati.
'You watched cartoons when you were small', Adik cuba berbahas dengan aku.
'Well I watched good cartoons,' jawab aku. Silap la nak berdebat dengan aku. Ini bukan Dewan Bahasa.
'What cartoons did you watch when you were small, Ayah?', tanya Adik ingin tahu.
'Oh.. all the good ones and educational too...', jawab aku spontan sambil aku memutar ingatan ke zaman silam. 'Let me tell you upstairs, come! Faim, you can go watch your Dora'...














Tuesday, July 08, 2008

Chotto Matte Kudasai

Petang itu aku turun dan mencapai sepatu dan terus menuju ke pintu. Selesai memakai sepatu, aku mencapai kunci kereta dan menoleh kepada semua dan memberi isyarat, 'OK everyone, let's go'.

'Wait, Ayah! Faim is still downstairs', Adik menjawab.
'What is he still doing downstairs? Ibu, I thought you went down to get him? What happened', tanya aku sedikit kecewa dengan Ibu.
'He is very engrossed. Why don't you try', Ibu bagitau aku yang dia dah mengalah.

Aku terus turun ke basement mencari Baby Faim. Dia sedang khusyuk bertarung dengan droids sambil melonjak ke sana sini.
'What are you doing Faim? We should be going now!', aku mengesa Faim segera.
'Wait, I am killing bad guys, Ayah. Some more minutes, OK!', jawab Faim tanpa sedikit menoleh ke aku.
'But, we are all ready to go', aku cuba bertegas dengan Faim.
'Some minutes, some minutes. Wait long hand there OK', Faim meminta waktu. Melihat kesungguhan Faim aku hampir tergelak.Baby Faim sudah semakin membesar. Pandai bermain XBOX Star Wars. Pandai bercakap sensible sentences. Pandai memohon waktu. Dan pandai membuat kami menunggu.

Aku naik semula ke atas dan buat pengumuman, 'SOME MINUTES! SOME MINUTES!'. Adik menyambut dengan keluhan dan menjuling mata ke atas.

Tuesday, June 24, 2008

Terima kasih kepada pengirim.


R asulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah

Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a

Share a doa or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

Saturday, June 07, 2008

MEET SHAZAM







Shazam the Cat : Notice the flash on her forehead...




















Shazam and Diggy the Hamster



















Don't tell Faim I am here, OK!?
Please.. please...

Wednesday, May 28, 2008

KNOW YOUR FEAR

Ibu datang opis hari ni terus mengadu.
'Baby Faim ni dah jadi ganas', kata Ibu.
'Aku hanya mengiakan aja. Ibu ulang lagi,'Baby Faim ganas dah'.

Aku berhenti menulis. Aku pandang ke Ibu dan bertanya,'Kenapa? Apa dia dah buat?'
'He came back from school with his kite with a long tail. Shazam saw it and chased the tail. Faim ran into his room but Shazam caught the tail and ripped it. Faim got so angry he kicked the cat out of his room. Then he threw the kite out too', kata Ibu tanpa berhenti menghela nafas.

Aku nak tergelak. Tapi bila terpandang muka serius Ibu, aku cuba mengawal.
'Really? That's bad. I will speak to him when we get home', aku cuba berserius juga.

Balik rumah lepas aku 'interrogate' Faim, aku menjatuhkan hukuman ikat kaki sekejap. Tapi Baby Faim membela diri, ' Ayah you tie Shazam legs too. Bekos she did my kite'.
'Oh really', kata aku. Aku dan Faim memandang Shazam. Seperti memahami, Shazam lari lintang pukang turun tangga.

Thursday, May 22, 2008

ROCKY PATRIOTISM

'What are you reading Ayah?', Adik tanya kepada aku.
'This is a book on Isaac Brock', jawab aku tanpa menoleh.

'Who is that?', tanya Adik. Abang pon mula datang mendekat.
'He's the guy who was responsible in defending his country from the American attack about 200 years ago', jawab aku secara ringkas. Aku nak habiskan sedikit lagi 'chapter' yang menarik ini.

'So, he was a hero?', Adik bertanya lagi.
'Yes, he was a hero to his people. Even though he died in battle shortly after', aku menambah.
'But, he died!', Abang mencelah.
'Well, dying for your country is the ultimate display of patriotism. Of course it has to be for the right reason. We have several outstanding individuals who have sacrificed their lives for our country', aku menjawab.
'Who Ayah?', tanya Abang mula menunjuk minat.
'Well I told you of Adnan Saidi's exploits at Bukit Candu, right? There's also Jamil Md Shah, slightly a decade later', aku menerangkan kepada Abang dan Adik.
'You should also learn about Dol Said, Maharaja Lela, Tok Gajah and Mat Kilau... heroes of long ago', kata aku lagi.
'Oh I know.. I know... Pbt Aznan', cepat Abang mencelah.
'Yep, him too of the recent time.. and on a different continent', aku mengangguk setuju.

'But there are also nationalists and patriots who have done a lot for our country without having to bear arms or taking any lives', aku menambah lagi.
'What do you mean, Ayah?', tanya Abang. Adik pon mengangguk-angguk ingin tahu.
'Well, in addition to the heroes in the mainstream history books, there are also journalists, writers, educationists who played a role in our history. I can only remember Ahmad Boestaman, Ishak Haji Yaacob, Zaaba, Ibrahim Yaacob...', aku menutur sebutir-sebutir cuba mengingat.

'So, my children, it would make every parents proud if you would have inside you strong feeling of love for your country and would strive to defend its every inch', aku saja berucap sedikit. Aku nak nengok ropa mereka. Muka Abang dan Adik biasa aja.
'Even for a piece of rock?', tanya Abang.
'Yes, even for a piece of rock', jawab aku sambil menghela nafas panjang.

Friday, May 16, 2008

TASEK UTARA

Semenjak aku lulus SPM, aku jarang mengunjung sekolah lama ku. Kerana lepas sekolah, aku sudah tidak tinggal tetap di JB. Tapi, tak ramai yang akan ragui bahawa alam persekolahan penuh dengan saat-saat yang indah. Juga ada saat yang jelek. Tapi bagaimana pun pengalaman nya, kita tidak akan lari dari sentiasa mengingat kenangan persekolahan masing-masing. Dalam bermenung pasal sekolah, aku selalu teringat akan cikgu-cikgu yang aku rasa memberi kesan kepada diri dan sentiasa membuat aku tersenyum dan mengucap terima kasih di dalam hati kepada budi mereka. Aku tak tau di mana mereka sekarang. Aku harap aku dapat mengucap terima kasih ke wajah mereka.

Kalau sekolah rendah, aku masih ingat dengan Puan Hasnah. Cikgu Ilmu Hisab Darjah 5. Cikgu Hasnah juga guru kelas aku. Lima Biru. Sebagai persiapan peperiksaan penilaian, dia akan beri 100 soalan Ilmu Hisab sebagai kerja rumah sebagai tambahan kepada kerja sekolah yang dah dibuat di sekolah. Dan aku akan teresak-esak sendirian menghabiskannya di rumah kerana aku takut tak dapat menunaikan tanggung jawab aku menyelesaikan semuanya. Hingga aku dah tua ni, kalau ada sesuatu yang menganggu aku dari dapat menyempurnakan sesuatu, aku akan mula terganggu emosi gaya seorang pelajar berusia 11 tahun.

Aku teringat Mr Goh masa aku di Tingkatan 2 Zuhrah. Mr Goh Guru Sejarah. Aku tak tau kenapa tapi pada aku Mr Goh seorang yang patriotik pada aku. Mungkin sebab ilmu yang diajarnya itu melibat aspek kemanusiaan dan kenegaraan. Dia mau semua anak murid mengingat segala fakta sejarah yang ditulis di papan hitam. Selepas beberapa hari menghamburkan fakta, pada hari-hari tertentu, dia akan mengarah Ketua Darjah meminjam rotan dari Guru Besar. Kemudian dia akan buat 'announcement', - ' hari ini, rotan!' dalam pelat cinanya. Sesiapa merasa tidak tahu jawapan kepada soalan beliau, boleh terus keluar untuk menerima sekali rotan dari beliau. Sesiapa yang merasa tahu tetapi memberi jawapan salah pula akan menerima dua kali rotan. Tapi aku bukan hanya menghafal sejarah dalam kelas Mr. Goh. Aku diperkenal kepada sosok-sosok manusia yang banyak menyumbang kepada tamadun manusia. Aku kenal Jose Rizal, Gandhi, Lincoln. Aku kenal HM Stanley, Marie Currie dan Albert Schweitzer. Aku juga diperkenal kepada Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan Syed Sheikh Alhadi dan rakan-rakan dari Kaum Mudanya.

Aku teringat juga kepada Mendiang Dr Matley. Professor Geografi bagi subjek kajian Eropah Timur dan Soviet Union. Apa yang terkesan dalam hati ku selain cerita tentang bentuk muka bumi fizikal benua Eropah sebelah sana, ialah cerita-cerita peperangan Dunia Kedua yang dialaminya semasa berjuang sebagai anggota artillery tentera British. Aku seronok mendengar cerita-cerita beliau dan turut bersedih bila dia menceritakan tentang rakan-rakan yang tidak pulang bersama beliau dari medan juang di Eropah. Aku memahami pergorbanan diri kepada kepada sesuatu manafaat yang lebih besar dari diri sendiri.

Itu antara yang aku ingat. Banyak lagi. Cikgu Besar Karim bin Man, Cikgu Sarijan Sarjono(guru BM), Puan Lek(Cikgu Fizik), Pn Fazillah(Bio) dan Mr. Lai yang mengajar Kimia dan Matematik Modern dan Tambahan. Cikgu Tan, guru darjah Satu Kuning. Aku juga ingat kepada Cikgu Teo, Penolong Kanan yang hampir dipukul oleh pelajar-pelajar Cina ketika cuba meleraikan pergaduhan besar-besaran di sekolah antara kumpulan pelajar Melayu dan Cina. Siapa pula yang sanggup melupakan Puan Khatijah yang suka mengancam murid-murid (ancaman dia : 'aku pulas sampai tinggal sarang'). Aku selalu lari dari Puan Khatijah.

Dan siapa tak ingat Mary Ellis di KPP.

'But, Ayah.. tell me about the little green man at your school..', Adik merengek.
'What geen man?', tanya aku balik kepada Adik.
'The green man your friend found in the Chinese cemetery near your school', Adik mengingatkan aku.
'Oh that one, some other time, some other time....', jawab aku segera meniru gaya Telly dari Sesame Street.
Adik berpusing dan menarik selimut.

Friday, May 09, 2008

REVIVAL

Furishikiru ame no naka o

Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari

Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita

Aaaaahhhh...
Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru
Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Tolong Translate :

Monday, April 28, 2008

NATIONAL HOCKEY

'Are they strong, Ayah!', tanya Abang kepada Aku.
'They are the last-ranked of the teams here. But, I am sure they are gonna give the best they could', jawab aku.
'But, they lost yesterday', kata Abang lagi.
'Well, they are a young team. They are playing far away from home and it is really cold today. I see you too are shivering incessantly', jawab aku lagi, saja menambah.
'OK.. go Malaysia...Go... I think we need a kompang next time la Ayah', Abang berkata sambil terus menyorak.






The Great MALAYSIA BOLEH huddle before the start.










Getting ready to go... In the very cold Spring weather.









Attacking the Koreans, with gutso!







Final score. Didn't really reflect how well they played and considering the really strong opponents they have.






video

Friday, April 25, 2008

MANAGING TIME

Malam tadi Abang datang kepada aku sambil aku mengetuk komputer menghabiskan kertas kerja. 'Ayah, could we make a deal?', kata Abang sambil menunduk muka. Mengelak dari memandang aku.
'What kind of deal. What about?', tanya aku berhati-hati.
'Computer time. I want to control my computer time', jawab Abang.
Ini menarik ni. Fikir aku dalam kepala.
'And how is that?', tanya aku.
'Well, say you allow me 4 hrs of computer playtime every week. I decide when I can play weekend or weekdays. So long as I don't play more than the 4 hrs.', jawab Abang.
'And how do I know you won't exceed the 4 hrs? Can I trust you?', aku bertanya.
'You know you can trust me', jawab Abang.

Abang akan mencapai 14 tahun usianya Oktober depan. Aku tak mengalami banyak kepelikan dalam menangani Abang. Selain dari kekadang dia suka merajuk diri bila tidak mendapat sesuatu, dari segi kerja sekolah dan mengetahui baik buruknya sesuatu tindakan, dia nampaknya boleh mengawal dengan baik. Aku jarang perlu menunjuk ajar kerja sekolahnya. Bila kadang-kadang aku minta buku untuk disemak, aku dapati dia buat dengan kemas dan jarang membuat kesalahan. Kadang dia sempat lagi buat kerja-kerja tambahan untuk markah bonus. Aku rasa aku boleh mempercayai Abang.

'I want a contract on it. Put it on a piece of paper and we both sign', jawab aku.
'No problem', Abang akur dan sekejap kemudian dia bawak kertas sehelai siap dengan tempat untuk initial dan tandatangan.

Aku tandatangan dengan senang hati. Tapi dengan ingatan bahawa aku boleh mengubah bila keadaan berubah seperti kalau aku tergerak menunaikan permintaan mereka membeli XBOX360. Abang mengganguk sambil memikirkan implikasinya.

Sekejap kemudian Adik datang dengan sehelai kertas. Tertulis disitu sejam main komputer pada hujung minggu. Ini kurang sejam dari apa yang aku benarkan. Aku pun tandatangan dengan senyum melebar.

Sunday, April 20, 2008

Aku, Adik dan Ibu sedang berjalan dari garaj ke pintu dapur.

'It is so sunny, Ayah', Adik menjerit-jerit kesukaan.
'Yeah', jawab aku separuh mengantuk dan masuk ke dalam.

'It would be nice to go have a walk outside. We should go to Kerrisdale. They have sidewalk sales now, I was told', kata Ibu kepada Adik.
'Really, Ibu!', suara Adik kegirangan.
'Yup, go tell Ayah. We could go', kata Ibu.

Aku dengar aja perbualan mereka dari dalam. Aku penat.

Sekejap kemudian, Adik muncul depan aku tercungap-cungap.
'Ayah, let's go to Kerrisdale, now! They are selling sidewalk over there', Adik beria-ia mengajak aku.

Selling sidewalk?. Aku terpinga-pinga sebentar sebelum ketawa sampai sakit perut.

Tuesday, April 15, 2008

BIRTHDAY HYPE AND SKYPE

Semalam Birthday Adik. Usia Adik dah menjangkau sepuluh tahun.

Kami menyambut secara sederhana di rumah. Ibu beli kek Ice Cream dari Safeway. Kemudian kami order pizza dan chicken wing halal dari Chicago Pizza. Ibu juga beli party hats untuk kami semua pakai. Kakak pon kena pakai sama. Dan yang pasti kena ada hadiah untuk dia. Kami dah beli Lego semenjak 2 minggu lepas.

Nenek pon gembira tengok Adik. Sebab Adik sangat suka sampai makan 5 ketul chicken wing. Nenek ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Adik dan tawar diri untuk menyanyi lagu kebangsaan Hari Jadi sekali. Nasib baik Adik kata tak usah.

Selesai makan semua, aku bagi isyarat untuk bersurai. Adik kena sambung buat kerja sekolah dia. Selepas ucapkan terima kasih kepada Nenek, Adik turun ke bawah untuk habiskan kerja. Ibu tutup skype dan Nenek pon hilang dari pandangan.

Sunday, April 13, 2008


Hero of Heroes by Sam Hui

The seas laugh, lashing on both shores.
Carried in the waves, we only know the here and now.

The heavens laugh at the troubled world.
Only they know who is to win and lose.

The mountains laugh, the rain is afar.
When the waves grow old, the world still goes on.

The clear winds laugh, such a feeling of solitude.
Bygone camaraderie, leaving behind a tinge of melancholy.

The earth laughs, solitude no more.
My sentiments laughing still.

(aka "A Laugh at the World" or "A Single Laughter in the Sea")


Friday, April 11, 2008

SELINGAN - BANG USIN ( WORK IN PROGRESS )

'Betul ke ni, Usin? Kamu ke yang buat kerja-kerja tu?, Tok Aji bertanya kepada Bang Usin dengan lembut.

Bang Usin diam membatu. Mulutnya tertutup. Hanya sesekali aku dengar suara aneh dari mulut Bang Usin seperti menangis sahaja. Dia hanya memejam mata dan terus berbunyi aneh.

PELEPUK! Kaki Din Bagak singgah di pinggang kanan badan Bang Usin yang separuh merangkak. Terus dia tertiarap jatuh. Terus Bang Usin mengeluh kesakitan, aduh! aduh! sambil terus dengan tangisan berbunyi aneh.
'Ambik ni.. bodoh. Jawab tu Tok Aji tanya kau! Bodoh punya budak', Din Bagak jerkah dengan bengis.

Tok Aji bingkas bangun dan memandang tajam kepada Muka Din Bagak. 'Apasal kamu tendang dia? kamu nak seksa dia? Nak bunuh dia? Kalaupun dia bodoh, dia bukan binatang kamu nak seksa', Tok Aji marah sangat.

'Sudah! Sini biar aku selesaikan. Amin kamu bawak Usin naik ke rumah', Tok Aji mengarahkan ke aku. 'Suruh Mak Aji letak ubat', tambah Tok Aji lagi. Aku pandang Mak Aji dengan Kak Ton sedang menuruni tangga mendatangi kami.

Cepat-cepat aku merangkak dan memeluk Bang Usin bangun. Aku kuis kaki Din Bagak dengan tangan supaya dia menjauhi kami. Mata aku memandang ke depan dan mengelak dari melihat muka-muka samseng kampung yang membuas.

'Kamu semua boleh balik dulu. Nanti aku panggil', Tok Aji kembali bersuara.

Apabila semua mereka tetap tidak bergerak, Tok Aji naik marah, 'aku kata balik, balik la. Pergi balik dulu. Nanti aku cakap dengan Si Usin. Kita selesai cara damai', Tok Aji mengeras suara sedikit.

Mendengar nada suara Tok Aji, Din Bagak memandang kepada gerombolan disekeliling dia. sesekali aku nampak mata dia menjeling kepada Kak Ton. Akhirnya dengan perlahan dia mula bergerak pergi sambil memberi amaran, 'Tok jangan ingat ini dah selesai faham. Saya tangkap dia. Saya tahu dia la yang baling batu-batu tu ke pondok-pondok kami. Saya yakin pondok-pondok Si Soh tu pon dia yang baling jugak'.

Aku berhenti di tangga beranda dan menyerah Bang Usin. Aku berpaling ke Tok Aji.
'Itu kata kamu', pendek jawab Tok Aji. Dia malas nak melanjut berbalah dengan Din lagi.

Din Bagak berhenti dan bersetentang muka dengan Tok Aji. 'Saya nampak dia mengutip-ngutip batu-batu tu. Saya tangkap dia tengah kutip batu kat Kuari lama tu. Dia kumpul batu-batu tu nak baling kami la. Ni.. Si Ajin ni nampak berpuluh-puluh batu ada kat kebun pisang mak dia tu. Banyak Tok. Dia nak buat apa dengan batu-batu tu kalau bukan nak baling ke kami? Sudah la Tok. saya dah bagitau kat Ngah kat Balai seberang tu. Suruh dia datang tangkap si Gila ni masuk jel. Kang dengan Tok sekali saya suruh masuk nanti', marah betul Din Bagak dengan Tok Aji. Apatah lagi bila dicabar di depan kuncu-kuncunya, dan juga di depan Kak Ton.

Aku faham kenapa Din Bagak marah sangat.

Thursday, March 27, 2008

'Well... how Ayah? Is it OK now?', adik bertanya kepada aku. Kepala dia terjulur-julur ke depan cuba melihat apa yang aku sedang tukangkan.
'I fixed the nut already, but I think, when u paddle, it might come off again', aku jawab kepada Adik menerangkan masalah yang aku hadapi.

Adik diam sejenak berfikir. Aku pon terdiam berfikir sama. Lama jugak kami terdiam sambil bercangkung dan merenung masalah di depan mata.

Adik tetiba bersuara, ' Take them off, Ayah. I try to learn'. Adik menambah.
Aku mengangkat kepala ragu-ragu,' Are you sure. I don't think so la. Nanti you jatuh how?'.
Aku memang kurang yakin. Kalau aku cabut terus training wheels ni, sure Adik bermasalah nak mengiringi kayuhan-kayuhan Abang nanti. Dan satu lagi, aku akan perlu memegang basikal dari belakang sampai dia pandai.

Adik menangkap keraguan aku. 'You just help me hold the bike first. I will learn fast. Then I can try myself with Abang'.
Aku angguk dan akur dengan keyakinan Adik. Kami cabut training wheels yang memang sudah hampir tercabut. 'OK Dik, let's do it'.

Tak sampai sejam kemudian, Adik sudah boleh mengayuh sendiri. Walaupun ada jatuh-jatuh sedikit, dia boleh mengimbangi diri dia dengan baik untuk mengelak dari jatuh terlungkup dan mengelak dari memberi Abang peluang untuk ketawa berdekah-dekah.

Aku tersenyum dari pintu rumah. Ibu sembunyi di tingkap mencuri-curi dengan video kamera merakam telatah Adik.

Friday, March 21, 2008

SELINGAN - BANG USIN ( WORK IN PROGRESS )

'Hah, kamu ada apa Din? Terpekik macam orang kena rasuk ni!', Tok Aji menjerit dari beranda. Aku pandang ke halaman. Din Bagak sedang menolak-nolak sambil mencengkam leher baju seseorang ke depan. Keliling Din Bagak ramai orang mengerumuni sambil bersorak-sorak. Aku perhati muka mereka satu persatu. Muka Ajin, Mat Lajim, Bang Min, Majid, semuanya kawan-kawan Din Bagak. Sesekali mereka tunjal-tunjal kepala orang yang dipegang oleh Din. Aku cuba mengenal siapa yang menajdi mangsa Din bagak kali ni. Dari jauh aku rasa macam kenal rupanya walaupun terdapat kesan lebam dan sedikit darah pada mukanya.Macam Bang Usin.

'Eh, apa kamu buat dengan si Usin tu?', Tok Aji menjerit sekaligus mengesahkan telahan aku. Dia terus terjun ke halaman dan mendekati sosok yang sudah tertiarap di laman rumah Tok Aji. Dia mencangkung depan Bang Usin , memegang dan mennggosok-gosok badan Bang Usin yang sudah layu. ‘Kenapa jadi begini? Kenapa macam ini?’,keluh Tok Aji penuh kesal. Aku berjalan perlahan-lahan menghampiri Tok Aji dan Abang Usin sambil mata aku megelak dari melihat muka Din Bagak yang pastinya bengis.

'Si gila ni la Tok yang buat kerja semua tu. Dia la yang baling batu-batu tu ke pondok-pondok kita semua, Tok. Kami dah tangkap Tok', jawab Din Bagak dengan keras. Muka Din Bagak merah padam macam orang kerasukan. Aku nampak Ajin mengganguk angguk kepala mengiyakan kata-kata Din Bagak, ketua kumpulannya.

Friday, March 14, 2008

SELINGAN - BANG USIN(Work in Progress)

Suara hiruk pikuk di luar membuat aku terhenti. Aku pandang muka Tok Aji. Dia memandang keluar. Aku ikut arah pandangan dia. Suara-suara menjerit itu semakin kuat dan dekat. Tok Aji bingkas bangun menuju ke beranda. Aku kemas Muqadam dan rehal dan bergegas membuntut Tok Aji.

'Ini dia orangnya, Tok! Saya dah tangkap dia. Dialah orangnya yang kita cari selama ini'. Kuat jeritan suara ttersebut. Aku kenal suara tu. Suara Din Bagak.

Wednesday, March 12, 2008

'Look, Ayah! My new shoes', Adik menggayakan kasut barunya.
'Is that your new boots. The one Ibu bought at Mountain Equipment?', tanya aku berpura tidak tahu.
'Yes, and I am gonna wear for my school trip tomorrow', Beria-ia Adik menceritakan.

'Tell me again where you are going for that Tobogan ride and the snow shoeing thing tu?', yang ni aku tak pepura tanya sebab aku memang lupa.
'Seymour Mountain la... I told you so many times', jawab Adik sedikit keras. Apa pulak boleh lupa kegiatan anak dia. Gitu agaknya dia fikir dalam hati.
'Sorry Adik. I am getting old you know', aku cuma memohon simpati Adik.
'I know', selamba aja Adik menjawab tanpa berfikir panjang.

'It also means you are getting bigger. You got to do more things on your own without us. Like this school trip to the errr errr ....... Mountain', tambah aku. Aku dah terlupa balik nama gunung tu, jadi aku sebut aja la Mountain.
'I know Ayah. Thats why I told you I can walk to school on my own now. And back home. You have to let me', jawab Adik panjang.
Aku kena faham. Adik tau apa dia hendak dan apa dia boleh buat sendiri. Cumanya dia pada pendapat aku kurang self-discipline. Dia lebih suka sesuatu yang menyeronokkan hingga boleh lupa diri. Ini bermaksud hal-hal seperti homework, practise dan sepertinya amat susah nak lihat dia boleh betul-betul menumpukan diri.
'Ok la Adik. Next month when you reach 10, I will let you', kata aku mengalah. Aku pandang muka anak no 2 aku yang orang kata paling mirip wajahnya dengan aku. Anak yang masih nak aku atau Ibu peluk dirinya sebelum dia tidor. Aku tarik nafas dan beralih ke buku panduan pinjaman rakan aku. Pinggang aku masih sakit mengikut panduan-panduan tersebut.

'and Ayah! ... its Seymour Mountain, tau!', Adik mengingatkan aku.
Aku tertawa kecil.

Sunday, March 09, 2008

Hanya melalui penulisan beginilah aku berharap
dapat melihat mereka dengan lebih jelas
apabila pemikiran aku akan mulai pudar kelak.

EMPAT TAHUN

Empat tahun. Perubahan masa, perubahan minda dan yang nyata perubahan budaya dan kehidupan yang dibawa bersama perubahan tempurung teduhan.

Sudah empat tahun. Hampir kesemua yang ingin dikata, sudah dikata. Yang ingin dicerita, telah dilipur-lara, di sabul-hikayat. Namun aku sedar, tidak aneh kalau pemenang tendesius melapor apa yang dikatanya. Mencatit hanya kemenangannya. Mencorak dari kejuarannya.

Kalau kita merenung belakang, memori kita terwarna untuk lebih melihat akan hari yang cerah dari yang celap, laman yang indah dari yang terbengkalai, kehendak yang rupawan dari yang huduh. Dan selanjutnya yang terjadi, tatkala kita ingin kepangkal jalan untuk mengorak langkah, kita terdorong memilih untuk mengingat tanda jalan yang jelas, simpang yang terurus, dan perhentian yang indah semata. Bolehkan ditanya, apakah akan lengkap pembelajaran, kalau hanya disuap dengan hanya berbatas keindahan.

Empat tahun. Tirai terbuka. Yang jelek kan ku satukan bersama. Semoga sejarahnya tetap berlengkap, hitam dan putih, terang dan gelap. Cerita duka dan cerita suka. Gembira disekalikan gundah-gulana. Dengan sejarah selengkapnya memberi pengajaran yang lebih seluruh dari seloroh.

Empat tahun penulisan secara. Demi masa depan pahlawan tercinta, kan ku ceritakan segala.

Dan hanya melalui penulisan begini juga aku berharap ingatan mereka
akan tetap segar walau ingatan aku dan Ibu
akan perlahan menjadi layu kelak.....

Friday, March 07, 2008

NOSTALGIA - IBU

Monday, February 28, 2005

Sedang aku meneliti akhbar petang tadi, aku terperasan Ibu berulang-alik depan mata aku berkali-kali. Aku tumpu perhatian kepada Ibu. Kali ini dia keluar dari dapur dengan kain buruk. Rupanya Adik dah tumpah air kat depan TV. Dia beri kain kepada Adik dan minta dilap. Adik mula reluctant tapi akhirnya akur. Aku baca akhbar balik.

Sekejap lagi Ibu turun dari atas. Bila dia naik aku tak sedar. Di tangan ada Baby Faim. Di tangan dia juga ada tuala mandi Abang dan Adik. Waktu mandi la ni. Dia sangkut tuala mandi kat banister tangga dan mengarah kedua-duanya mandi. Lama juga dia memujuk akhirnya kedua-dua anak aku capai tuala dan mandi juga. Selesai, dia letak Baby Faim di bouncer dan ke dapor. Dia tanya kakak kalau dah siap makan. Sudah rasanya. Senyap sekejap. Aku perhati Ibu terus.

Siap mandi dua-dua anak aku turun. Semua baju kotor diletak di belakang. Tuala disidai juga. Itu peraturan Ibu. Ibu sikat rambut adik. Kemudian dia bagi dua pinggan nasi dengan ayam yang diracik tipis oleh kakak untuk dimakan.

Sementara Abang dan Adik makan, Baby Faim menangis minta didukung. Dia ambil Baby. Dia datang kepada aku dan mula bersuara kepada aku.

'Ayah after this the boys will do their homework. Can you go mandi now, pray and then help them with their work' biasa je suara dia.

Aku tersengeh. Tanpa menjawab aku pon naik ke atas sambil mencuit Baby Faim. Ibu tak hilang rentak. Terus aja dia ambil bag buku Abang dan Adik dan keluarkan semua buku dan folder mereka dan letak atas meja.

Aku terus ke bilik mandi sambil berfikir. Ibu macam Ibu orang lain juga rasa aku. Kadang penyayang, kadang garang sangat(aku pon saspen), kadang serba mengetahui dan kadang tak reti. Pada ku Ibu seorang teman, seorang rakan dan seorang tersayang sekaligus.

Ibu adalah Ibu. Walaupun masa dia mengandung Faim dulu Adik panggil dia Fat Lady.

Wednesday, February 27, 2008

NOSTALGIA - HOBBY

Monday, October 02, 2006

'Ayah, why must it be white?', tanya Adik ingin tahu.
'I just paint it white because the old color is white. So, it is easier, Dik', aku jawab kepada Adik sambil terus mengecat batang-batang besi untuk meletak pasu bunga.

'Did you plant all these trees too?', tanya Adik lagi.
'Yup', jawab aku pendek sambil terus meneruskan kerja.
'And i planted all those bendi trees that just coming out from the ground', tambah aku melihat Adik tidak lagi berganjak.
Abang pulak mencelah, 'The one at the side? Aren't those weeds?'. Zaim tersengeh.
'No, Abang. Its a kind of vegetable. You don't eat veggie, so you won't know', aku jawab. Muka aku berkerut.

'Ayah, is Ibu making you do all these? Are you being punished?', tanya Abang lagi.
'What's make you say that. I am doing this for myself. Just thought I want to do something different with my time', aku berhenti mengecat dan memandang ke Adik dan Abang. Banyak benor soalan mereka ni. Bukannya nak menolong.

Aku tambah,' In fact, after this I am gonna dig a hole for the Bunga Raya. You guys can help me there'.
Mendengar ajakan aku, Abang cepat bangun dan menjawab,' Err.. I think my show is starting. See you Ayah!'.
'Yea, see you Ayah', Adik pon menyahut.

'Hey, I thot you guys are interested', aku mengusik.
'Hehehe... some other time, Ayah', Abang berjalan tanpa menoleh dan cecepat masuk ke dalam diikuti Adik.

Aku senyum melihat mereka melangkah. Aku sambung balik mengecat.

Thursday, February 21, 2008

Nostalgia - Baca Buku

Saturday, February 26, 2005

===========

Aku beli buku tentang sejarah modern Timur Tengah. Bukunya tidak berapa tebal sekadar bacaan ringan sahaja. Nenek terlihat dan meminta untuk membacanya sama. Mendengar semua ini, Zaim pon meminta untuk membacanya. Aku suka anak-anak aku membaca. Aku tidak pernah menghalangnya. Dan Zaim memang minat membaca. Membaca menambah pengetahuan sama seperti kalau dia pi berjalan-jalan keluar atau dalam negeri.

Tapi aku cukup tak suka kalau diorang tak menjaga buku-buku dengan baik. Aku beritahu peraturannya. Buku jangan dicampak, jangan dilangkah, jangan dilipat jangan itu ini. Setiap buku yang aku beli aku minta Ibu sampulkan supaya tahan lama. Aku masih ada buku/novel berusia 20 tahun. Kertasnya dah lusuh tapi covernya masih ada.

Aku melangkah ke arah toilet membawa buku Timur Tengah tersebut.

'Are you planning to open a library, Ayah?', tanya Zaim.

'If I have enough books, I may' jawab aku.

'Maybe you should, cause you are turning our toilet into one already' kata Zaim selamba.

Aku malas nak jawab. Aku kunci pintu bilik air dari dalam dan mula sesi membaca aku. In peace and quiet.

Bila aku keluar dalam beberapa minit kemudian, Zaim dah menunggu di luar dan bertanya,' So Ayah, how are we gonna solve the Middle East problems. Any bright ideas yet?'

Aku jalan terus.

Thursday, February 14, 2008

NOSTALGIA - AKU DAN BABY FAIM

==========

Tuesday, November 29, 2005

Hujung minggu lepas Ayah tak sehat. Ayah demam dan selsema.

Ayah kena dok rumah dengan Baby Faim. Ibu sahajalah yang menghantar Abang ke kelas drum dan Bahasa Malaysia. Adik pergi kelas Art pon, Ibu yang hantar. Nenek sibuk dengan tution Math.

Ayah dengan Baby Faim. Rasanya Baby Faim sekarang lebih demanding. Dia mintak dipimpin keliling rumah. Memula dia tunjuk ke pintu. Kemudian dia tunjuk ke sepatu dia. Selepas disarungkan dia tunjuk ke halaman. Dan seterusnya Ayah berkeliling rumah macam nak tawaf haji sambil memimpin Baby Faim. Oleh kerana Ayah tak berapa sehat, Ayah sampai tergelincir kat tepi longkang. Nasib baik Baby Faim tak apa-apa.

Bila bosan keliling rumah, Baby Faim minta keliling kampung. So, Ayah bawak Baby Faim naik kereta keliling kampung perlahan-lahan. Turun naik bukit. Naik turun bukit. Bila dah bosan keliling kampung, Ayah pandu kereta jauh sedikit sampai ke Putrajaya. Pagi begitu petang pon begitu.

Namun begitu, Ayah puas. Petang tu, bila Ibu tanya Ayah macamana, Ayah kata GREAT!!, sambil tersenyum lebar. Walaupun Ibu heran, tapi Ibu pon senyum.

Sebenarnya, Ayah puas sebab petang tu dalam kereta balik menghala ke rumah, Baby Faim dah boleh sebut AYAH! AYAH! AYAH!. Sukanya Ayah. Hilang demam segala.

Monday, February 11, 2008

Nostalgia - Aku dan Adik

==========
Wednesday, May 11, 2005

Adik ni sangatlah persistent dan penuh dengan trick dan tipu daya.

Aku balik rumah dan lihat dia menunggu dengan muka yang separuh nak hujan.'What's wrong with you?' tanya aku sebaik aku tutup enjin kenderaan.

'They all laughed at me at school when I was singing', keluh Adik sambil masuk dan duduk di kerusi passenger depan. Dia termenung sebentar.

'Well, maybe they laughed because they really like your songs' aku cuba memujuk. Tapi nampak sangat macam dia sedih.

'I dont think so', jawab dia tanpa menoleh.

'Maybe because you are funny? You really are a funny boy', kata aku masih mencuba.

'No, Ayah. I feel sad' suara dia macam dah nak naik geram pulak.

'OK, I tell you what. After I bathe, we go down to 7-Eleven to get Slurpee. You sing the song again to me in the car. I tell you if you are good or not' aku cuba nak beli jiwa dia.

Adik toleh ke aku. ' ... and after that, can I play computer?' Adik mencuba nasib.' Hah? ...errrr we'll see lah' kata ku sambil garu kepala. Dalam sedih pon ingat komputer.

Adik keluar dari kereta menuju ke dalam rumah.

Aku tak tau kalau aku dah solve masalah dia ke belum.
# posted by Ayah @ 7:05 PM
==========

Saturday, February 09, 2008

NOSTALGIA - Aku dan Abang

==========
Friday, April 23, 2004
Pagi tadi Zaim bangun awal. Dapatlah aku sembang sedikit dengan dia sebelum aku bertolak ke opis. 'Ayah, how do we ensure that we get the best things in life?' tanya Zaim. '

Well, I don't think that we can be certain that we could always get the best things in life. We may get the best, the worst and everything in between, all in turns. But, like I said if we try very hard, work hard and pray to Allah, Insyallah, good things will come', kataku sambil melihat jam di tangan.

'What about the Echo principle, Ayah?', tanya Zaim.
'The what?' tanya ku balik.

'The Echo principle! Well, its like this, if you shout something at a cliff, you will hear echo right?' terang Zaim.
'Yes...' kataku perlahan. '

So, if you shout bad things, you will hear bad things coming back to you. If you shout good things, then only good things will come to you', jelas dia lagi sambil tangan dia goyang sana sini. Animated betul.
'Ummm ..' angguk aku perlahan.

Zaim sambung lagi, 'So in life, if we want good things to come to us, we must do good things first. We use the Echo principle la, logic right, Ayah?' kata Zaim.

Aku termanggu-manggu.
'Where do you learn about this?' tanya aku. Sambil tangan aku mencapai stokin.
'From the book I got from the library', jawab Zaim ringkas sambil menunjuk sebuah buku biru berkulit tebal.

Aku tepok kepala Zaim dan berjalan ke kereta. Pagi ini waktu aku memandu ke opis, aku patuh segala road signs dan lampu isyarat.
# posted by Ayah @ 8:20 AM
==========

Tuesday, January 08, 2008

'Mak, orang nak ikut kawan pegi tangkap ikan kat Kempas', aku minta izin dari Mak.
Kalau aku pergi terus pon mak bukan tau. Tapi, aku rasa aku kena bagitau Mak juga supaya dia tau, atau ada restu dia. Mak selalu akan bagi dengan cara dia.
'Kau tu bukan tau berenang. Kau jangan masuk air yang dalam, dalam.. kang kau lemas', Mak jawab dengan tegas dan keras. Amaran bercampur sindiran sekaligus dengan izin(aku anggap la).
Dan, aku pon ikut kawan aku dengan gembiranya.

Di hari lain pulak.
'Mak, orang nak ikut Udin pegi tangkap belalang kat pusing-pusing(Merry-Go-Round-maksudnya kawasan playground)', aku beritau Mak.
'Kau nak buat apa? Nak makan suma belalang tu?', Mak tanya aku dengan cara tersendiri.
'Taklah. Kitorang nak jual pada Ah Kow tu bagi burung dia makan. Nanti dapat duit nak beli eskrim', aku kena jawab dulu dan beri alasan baik.
'Pepanas buta ni? Sukati kau la. Kang kalau dia tanak beli, kau bawak balik; makan dengan nasik. Duit ke mana, eskrim ke mana', jawab Mak sambil terus buat apatah kerja mengemas dia.
Walaupun aku boleh anggap jawapan dia sebagai izin, aku rasa ada banyak maksud lain. Aku kensel plan aku.

'Ayah, I am bored. I got nothing to do all day', Abang beritau aku separuh merengek.
'The school haven't called?', aku tanya balik.
Abang geleng.
'What about the book I bought for you yesterday? The Golden Compass tu..', aku tanya lagi.
'Halfway.. but I got headache. Can we go out and eat something?', Abang meminta dari aku.
'Hey.. it's nearly 10 o'clock. The shops are closed. This is not like KL where we can have our roti canai at anytime we fancy', aku jawab mengingatkan Abang.
'Oh ya... I miss the roti canai at Putrajaya', Abang mengangguk-angguk.

Kesian menengok Abang, aku ajak dia naik tidor.
'Now, come let's go up to Adik and see whether he is asleep already. I'll tell a story. Do you remember my Mother, Tok Mak. I don't think Adik does. He was so small... let me tell you about my mother... she was a real special lady... you always have to listen carefully to what she was saying or you would miss what she actually wanted you to hear... ......' Dan aku cerita bagaimana peleotnya kalau nak minta sesuatu dengan Mak. Atau nak menapsir kata-kata dia.