My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, August 30, 2008

BALADA KUCING HILANG

Dalam kami sibuk memunggah
Shazam mendapat peluang indah
Meluru keluar ke belakang rumah
Terlonjak-lonjak dengan meriah

Shazam meniti di atas pagar
Pagar tipis tidaklah lebar
Lagak gaya seorang balerina
Jaga bahaya disebelah sana

Sekali Kakak menjeling ke kiri
Bayang Shazam dah tiada lagi
Kakak meluru mencari-cari
Anjing-anjing sebelah pulak menyepi

Keliling kampung kakak meronda
Mencari Shazam entah di mana
Abang dan Adik dan Baby Faim jua
Eh eh.. Ibu pon turut mencari sama

Shazam kucing nakal aku berkata
Selamat di rumah, keluar kenapa?
Bagus juga dia tiada
Kencing di sofa aja selalu kerjanya

Jangan risau aku berkata
Pulang sendiri kepandaian spesisnya
'This is a new home', kata Adik pula
Sambil terjegil-jegil dua bijik mata

Mencari-cari sampai ke petang
Namun Shazam tetap tak pulang
Apalah nasib si kucing malang
Hujan turun malam menjelang

Jam 9 malam aku keluar
Di garaj jiran cuba mendengar
Ada bunyi loceng perlahan sekali
Di bawah kereta ku dengar teliti

Abang datang, Adik pon datang
Makanan Shazam digoncang-goncang
Suara kucing makin menguat
Tapi tak nampak apa kelibat

Akhirnya Shazam keluar meluru
Mendengar suara kami sepadu
Basah kuyup semua bulu
Abang memeluk dengan syahdu

Di dalam rumah Shazam gembira
Memakan meminum dengan lahapnya
Semua melihat senyum dan girang
Berakhir sudah balada kucing hilang

No comments:

Post a Comment