My photo
Stories for my three heroes.

Friday, July 30, 2004

 
Selingan - Mencari Aku (work in progress )

Langkah aku semakin berat. Terhoyong hayang, akhirnya aku berpaut kepada railing jambatan yang beku. Dari atas ini aku nampak sungai Grand River yang mula membeku. Sudah tentu ia dapat menyegarkan badan aku yang sangat sangat panas dan gelisah ni. Aku mula buka sweater dan pakaian lain. Aku rasa aku nak terjun bersedia dibibir jembatan. Panas badan ku semakin meninggi dan kepala ku semakin berpusing-pusing sekejap ke sana sekejap ke sini.
 
Tetiba satu sorotan cahaya lampu dari kereta entah dari mana menyuluh tepat kepada aku diikuti bunyi breknya yang mengejut. Aku menoleh dan mendengar pintunya dibuka. Terus aku mendengar suara yang aku sangat kenal menjerit, ' there you are. what are you doing .. stop it!!!'.
 
Aku jadi kaku. Bidadari menjelmakah, fikir otak yang sedang berkecamuk. Kaki aku sudah bersedia untuk melonjak tapi otak aku belum memberikan isyarat. Malah ia berbisik,' wait for her, she might have something to say ... listen'
 
'What do you want? I just wanna have a swim to cool myself down', aku melaung ke arah kereta tersebut.
 
' Not when it's 5 below zero. You'll kill yourself. Come here and put your clothes back on' , dengan cepat dia merapat kepada aku dan menarik tangan dan memeluk ku. ' Here put this back on. Lucky i found you or they gonna have to fish you out tommorow. You must be out of your mind'.
 
'Lucky i found you'. katanya separuh bersyukur, berulang-ulang.
 
Aku jadi tak bermaya dan membiarkan sahaja aku dipapah masuk ke kereta. Dengan mata separuh terbuka aku bertanya,' How did you find me?' .
 
'Zack called and said you left the bar an hour ago. He was worried because you didn't look so good when you left. Why are you doing this?'.
 
' I don't feel good and wanna get some fresh air'
 
'Not this way, you crazy. Let me take you home'.
 
'OK' aku akur.' I wanna puke' . Terus aku muntah keluar tingkap. Aku rasa kali kelima aku muntah malam ni. 'OK'. ulang ku lagi.
 
'Let me take you home,' kata bidadari ku lagi.
 
'OK', macam tak keluar suara aku.
 

Saturday, July 24, 2004

Alzaim masuk ke bilik tempat ibu sedang berehat di atas katil kelelahan. Ibu tak buleh bangun, almaklumlah Ibu sekarang bertambah berat. Alzaim cuba tolong tarik Ibu bangun tetapi tidak begitu berjaya.
Alzaim keluar dan bercakap pada aku.
'Ayah, we gotta call Greenpeace', katanya dengan muka yang bersungguh-sungguh.
'What in the world for?', jawab aku keheranan.
' SAVE THE WHALE!, Ayah, SAVE THE WHALE!', jawab Zaim sambil ibu jari dia menguit-guit ke bilik Ibu.
Aku terdiam dan tidak ketawa tetapi sebaliknya masuk ke bilik untuk tolong Ibu. Sebabnya ialah aku masih belum lupa bahawa Ibu ada belajar Tae Kwan Do.
 
Alzaim dah balik dari lawatan ke Finland, Sweden, Norway dan Denmark. Aku ambik dia di Airport. Dia suka saja nampaknya. Tapi aku tak sempat dengar seluruh cerita dia malam tadi. Sebab aku keletihan dan tidur lebih awal dari dia. Yang aku ingat sebelum aku tidor ialah dia tengah berceloteh dengan Adik. Adik bergolek-golek dengan dia. Sukanya depa.
 
Pagi tadi lepas aku keluar bilik mandi, aku tengok Zaim dah bertenggek atas katil dan Adik pon dah bangun. Ini suatu perkembangan baru sebab selalunya Zaim dan Naim akan bangun hanya selepas aku dah sampai ke pejabat.
 
' Ayah, You know i visited Bergen in Norway. Bergen was the old capital for Norway. But, they switched to Oslo later. Do you want to  know why Ayah?' Zaim bertanya kat aku tak pasal-pasal.
 
'Er .. was Bergen sacked by the Teutons?' Aku cuba mengagak. ' Or was Bergen caught fire during the long wintry nights in the Middle Ages.' Sejarah Scandinavia mana la aku tau sangat.
 
'Nope', jawab Zaim. 'They moved the capital in 1299. Do you know what's the old name for Oslo?' Dia bertanya lagi.
 
Aku tak tau. Jadi aku katala,' why don't you tell me. I really don't know about Norway that much. I only know about fjords along their beaches and that they don't have a good soccer team at the moment'.
 
'It is because the King wanted to move the castle to Oslo which at that time was named Kristiana. There was a big fire in Oslo though, but the city was rebuilt later'.
 
Aku angguk. At least ada la juga dia belajar sejarah. Pada aku sejarah itu penting untuk kita mengenal asal usul kita, untuk memandu kita bergerak ke hadapan. Kita belajar dari sejarah dan dari sejarah kita mengorak langkah. Sepatutnya sejarah mengajar kita mengelak melakukan kesilapan. Aku rasa banyak disaster yang berlaku yang bertaraf dunia disebabkan oleh sikap manusia yang tidak mau belajar dari sejarah. Manusia terlalu pandai seperti Hitler yang tidak mau belajar dari Bonarparte semasa melancar Barbarossa sampailah kepada Ku li yang tak mau belajar dari diri dia sendiri. Hehehhe...
 

Thursday, July 22, 2004

 
I found this on the net, maybe a good thing to live by....


I BELIEVE ( DEDICATED TO THE LOVES OF MY LIFE  - IBU AND THE KIDS )
 
I believe that imagination is stronger than knowledge -
That myth is more potent than history.
I believe that dreams are more powerful than facts -
That hope always triumphs over experience -
That laughter is the only cure for grief.
And I believe that love is stronger than death.



Robert Fulghum
It Was on Fire When I Lay Down on It

Wednesday, July 21, 2004

 
Malam semalam, sebaik aku sampai rumah pukul sepuluh, Adik dah menunggu. Bila aku duduk aja, Adik mula menghambur segala apa yang agaknya dia dah pendam satu hari kepada aku. Habislah cerita dia main itu ini dan menonton itu ini, semua dicerita, termasuklah cerita spongebob. Baru la aku paham yang spongebob tu ada kawan nama patrick seekor tapak sleman dan mereka berdua suka makan crabby patty.  Aku rasa crabby patty tu samada kawan depa sejenis ketam atau sejenis makanan. Aku belum pasti.
 
Bila dia berhenti sekejap untuk mengambil nafas, aku pon mencelah,' Dik, why you have to tell me all this? I am tired la'.
 
Dengan muka dan mulut dia yang herot dia pon explain,' Ayah, when spongebob was on tv, u were not around, so i have to tell you now'.
 
'But, I don't like spongebob. Anyway, i was at work, OK' kata ku defensif.
 
'Ayah, you always work lah, meeting lah, always come back so late. So i tell you now!', jawab Adik nak naik angin. Adik garang. Renungan dia dengan dahi berkerut aja boleh buat Atok saspen.
 
Aku toleh ke Ibu. Ibu geleng kepala, ' Don't look at me. I didn't say all those things to him'.
 
Masa aku mandi, aku berfikir yang Jumaat ni,  lepas kerja aku mesti terus ke KLIA ambik Abang dan nenek.  Mesti.

Friday, July 16, 2004

 
Selingan - Kelakar
 
Satu karektor Zaim yang aku tak faham ialah sifat penakut di dalam gelap dia. Dia tak bolehlah kalau nak tidor tu sendiri bila lampu dah ditutup. Maksud aku, bukan lah selalu tetapi lebih kerap dri tidak. Selalunya Ibu atau Nenek akan tidor sebelah dia. Bila dia dah lelap, barulah mereka berpindah. Kalau aku yang temankan dia tidor, kadang aku yang lelap dulu.
 
Mungkin salah aku jugak. Masa dia Baby, bila dia menangis malam, aku selalu tunjukkan dia sesuatu di luar rumah untuk menarik perhatian dia supaya senyap. Selalunya berjaya. Tapi aku rasa dah terlampau berjaya dah sampai bila dah sunat pon dia jadi penakut.
 
Ada sekali tu, aku dekat atas dan depa berdua dibawah menonton TV. Aku suruh Zaim ambik gelas dari dapur bawa ke atas. Dia kata OK la. Yang kelakarnya aku dengar perbualan ini.
 
' Adik, let's go to the kitchen '.
 
' Wait Abang, i want to watch this '.
 
' Aww..  Mannnnnnn. Come Adik!!'
 
Sekejap kemudian.
 
' Ok, Abang, let's go! What we do? '
 
' OK, you just go first, then you try to switch on the light. Ok, easy'
 
Sekejap kemudian aku dengar Adik berjalan dan lampu di pasang.
 
Aku dah tergelak dah. Namun aku cuba menahan. Bila Zaim muncul dengan gelas yang aku minta, aku terus tergelak. Zaim tersipu-sipu.
 
Walaupun Zaim ada takut dengan kegelapan, tapi dia paling suka baca cerita-cerita hantu. Mungkin sebab masa dia baca tu selalunya lampu masih terpasang. Tak tau la aku. Takut gelap mungkin satu sebab dia selalu menolak kalau aku ajak menonton kat panggung wayang. Tapi alasan dia selalunya nanti panggung wayang tu akan tayangkan iklan dan trailer cerita cerita akan datang, yang rated R. Dia tak boleh menonton bab-bab cam tu. Kata dia.
 
As usual aku malas nak berkata apa-apa.
 
Adik keseorangan kebelakangan ini. Abang dah merantau ke Negara-negara Matahari tengahmalam dengan Nenek. Adik tiada kawan maka masanya dihabiskan dengan Starcraft kat Komputer, Toy Story Racer kat Playstation dan Land Before Time kat DVD player.
 
Ibu kesian kat Adik so Ibu nak bawa Adik pi Langkawi weekend ni. Adik tak kisah asalkan dia dapat berjalan dan tengok 'fish'.
 
Aku rasa Adik kesunyian tanpa Abang dia. Bila aku sampai rumah, dia akan berebut bukak gate dan buka mulut nak cerita adventure dia kat komputer dan Playstation. Jenuh nak mengikut cerita dia sebab dia sambung semua cerita-cerita berbeza dalam satu.
 
Malam semalam dia cerita lain pulak.
 
'Ayah, next time when Abang is gone, I can play with Baby Faim. You know after Baby Faim come out from Ibu stomach, he can play with me the Playstation and the Starcraft and the Age of Mythology and ... this and that and this and that ...' Aku dah tak larat nak dengar dia cerita apa semua aktiviti yang dia nak masukkan future Adik dia ni.
 
Jadi aku usik la dia,' You mean, you won't play with me anymore. Baby Faim will be your best friend after this. Who i gonna play with Dik?'.
 
Adik fikir sekejap,' You can play with Abang. Abang is bigger, Ayah. When I fight Abang, he win all time. Baby Faim still small, I can win'.
 
Aku terus give up dan naik untuk mandi.