Malam semalam, sebaik aku sampai rumah pukul sepuluh, Adik dah menunggu. Bila aku duduk aja, Adik mula menghambur segala apa yang agaknya dia dah pendam satu hari kepada aku. Habislah cerita dia main itu ini dan menonton itu ini, semua dicerita, termasuklah cerita spongebob. Baru la aku paham yang spongebob tu ada kawan nama patrick seekor tapak sleman dan mereka berdua suka makan crabby patty. Aku rasa crabby patty tu samada kawan depa sejenis ketam atau sejenis makanan. Aku belum pasti.
Bila dia berhenti sekejap untuk mengambil nafas, aku pon mencelah,' Dik, why you have to tell me all this? I am tired la'.
Dengan muka dan mulut dia yang herot dia pon explain,' Ayah, when spongebob was on tv, u were not around, so i have to tell you now'.
'But, I don't like spongebob. Anyway, i was at work, OK' kata ku defensif.
'Ayah, you always work lah, meeting lah, always come back so late. So i tell you now!', jawab Adik nak naik angin. Adik garang. Renungan dia dengan dahi berkerut aja boleh buat Atok saspen.
Aku toleh ke Ibu. Ibu geleng kepala, ' Don't look at me. I didn't say all those things to him'.
Masa aku mandi, aku berfikir yang Jumaat ni, lepas kerja aku mesti terus ke KLIA ambik Abang dan nenek. Mesti.
No comments:
Post a Comment