Adik keseorangan kebelakangan ini. Abang dah merantau ke Negara-negara Matahari tengahmalam dengan Nenek. Adik tiada kawan maka masanya dihabiskan dengan Starcraft kat Komputer, Toy Story Racer kat Playstation dan Land Before Time kat DVD player.
Ibu kesian kat Adik so Ibu nak bawa Adik pi Langkawi weekend ni. Adik tak kisah asalkan dia dapat berjalan dan tengok 'fish'.
Aku rasa Adik kesunyian tanpa Abang dia. Bila aku sampai rumah, dia akan berebut bukak gate dan buka mulut nak cerita adventure dia kat komputer dan Playstation. Jenuh nak mengikut cerita dia sebab dia sambung semua cerita-cerita berbeza dalam satu.
Malam semalam dia cerita lain pulak.
'Ayah, next time when Abang is gone, I can play with Baby Faim. You know after Baby Faim come out from Ibu stomach, he can play with me the Playstation and the Starcraft and the Age of Mythology and ... this and that and this and that ...' Aku dah tak larat nak dengar dia cerita apa semua aktiviti yang dia nak masukkan future Adik dia ni.
Jadi aku usik la dia,' You mean, you won't play with me anymore. Baby Faim will be your best friend after this. Who i gonna play with Dik?'.
Adik fikir sekejap,' You can play with Abang. Abang is bigger, Ayah. When I fight Abang, he win all time. Baby Faim still small, I can win'.
Aku terus give up dan naik untuk mandi.
No comments:
Post a Comment