My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, April 27, 2005

Baby Faim dah besar, hampir 6 1/2 bulan. Dan pandai bergolek, telungkup dan terlentang. Kalau dia menangis dan meradang, dia akan melonjak-lonjak badan sampai kepala dia termasuk bawah kerusi. Kekuatan nangis dia dan kemudahan ketawa dia buat aku pelik. Sangat berlawanan.

Baby Faim selalu menangis malam. Bila dia menangis, Ibu akan biar dia nangis sampai penat sebelum memujuk dia tidur balik. Aku tak boleh. Kalau aku terjaga(kadang-kadang), aku akan terus dukung sampai Faim tidur balik. Aku berbahas dengan Ibu kenapa dia biar Faim menangis sementara Ibu pula berdebat kenapa aku cepat mengangkat Baby yang baru berbunyi. Aku sebab tak mau Baby sakit, Ibu pula kerana tak mau Baby manja. Satu jangka pendek, satu jangka panjang. Sangat berlawanan.

Entah, tak tau siapa yang betul. Aku rasa dedua kami betul. Sebab dedua kami hanya fikirkan apa yang baik untuk Anak kami ni. Seerti. Tapi aku yakin Baby Faim lebih sokong aku. Apa takya nya, dengan aku dia dapat didukung dan didodoi.

Patut pon la ni selalu hujan.

Tuesday, April 26, 2005

Alzaim semenjak balik dari sleepover rumah kawan dia, kadangkala nampak murung atau bersendiri. Dia masih ada bermain dengan Adik dan Baby, tapi kemurungan dan kesendirian dia nampak juga di mata aku, apatah lagi di mata Ibu yang sentiasa peka dengan tingkah-laku anak-anak dia. Ibu suruh aku luang masa bercakap dengan dia.

Semalam aku panggil dia lepas Maghrib.

'Bang! Is anything wrong?' tanya aku.
'What do you mean Ayah?', Alzaim tanya balik kepada aku.
'It seems that of recent days, you are more quiet and less involved' kata aku membuka jalan.
'Nope, everything OK', Alzaim jawab sambil merenung muka aku.

'How was your sleepover? You guys sure had lotsa fun, right?' aku cuba yang tu pulak.
'Yup, It was fun. We went bowling, computer games and mostly we watched VCDs' jawab Zaim enthusiastic tetiba.

'You guys talked about me?' tanya aku.
'Nope', jawab Zaim pendek.
'About family, religion, house, girls and er.. girls and girls?', aku tanya lagi.
'No la Ayah' kata Zaim.

Aku diam sekejap.

Ibu pernah kata yang Cikgu Zaim beritahu bahawa umur dan pendewasaan Abang masa ini membuat dia lebih cenderung untuk bersama teman-teman sebaya dia. Cara berfikir, konteks bercerita dan gaya bertutur semuanya akan mencerminkan tahap pembesaran dia, fizikal dan minda serta pergaulan. Aku terfikir sudah sampai kah masa aku perlu mengambilkira perubahan dia dalam aku berhubung dengan anak aku yang paling tua ini. Tak tau la aku.

Aku cuba a trojan horse ,' What if I let you decide on your own, your computer time, your bedtime and homework, on your own'. Mata aku memandang kepada dia.

'Wow..that's great Ayah'. Mata dia bersinar-sinar.

'So, you want that?' tanya aku. ' You sure?'.

' Yes I'm sure.' Kata Zaim. 'But... then I will end up sleeping at midnight.. or not finishing my homework' keluh Zaim.

'Oh like that!' kata aku. 'Let's go down and see what the Baby is doing', sengaja aku ajak ke bawah dan tidak rumuskan semuanya.

Baru tadi ni aku telefon Ibu kat sekolah diorang. Ibu kata dia nampak Abang jalan dengan bergaya dengan kawan sebaya dia. Bila dia lalu depan Ibu dia kata,' I think I know this lady. Oh..it's my mom' dia ketawa dengan kawan dia.

Tuesday, April 19, 2005

Pagi Ahad, ada elektrician datang nak repair lampu. Untuk bolehkan dia buat kerja, suis utama kena tutup dan semua alat letrik tak boleh dipakai lah. Adik pon mengamuk. Dia sedang menonton TV cerita kartun kegemaran dia. Habis dia jerit kat semua di rumah.

Aku fikir. Adik paham kenapa suis kena tutup. Dan Adik paham kalau tutup, semua barangan letrik tak fungsi. Yang buat dia ngamuk ialah kenapa kena buat masa dia nonton. Ego dia buat dia marah.

Cara nak hilang marah dia ialah dengan menghilang tumpuan dia dari TV dan cerita benda lain. Bila dia tengok kita usaha sesuatu untuk dia, ego dia tak akan terasa tercabar dan boleh terima hakikat.

So bermulalah negosiasi dengan Adik.

'Adik, what happened?'

'I want to watch TV and cannot'

Tak perlulah aku beritahu sebab apa takda letrik. Dia dah tahu, tak pasal-pasal dia ngamuk nanti.

'Easy, let's watch TV upstairs, come', aku tarik tangan Adik ke atas.

Sampai kat atas. Aku saja petik suis lampu.
'Eh, here no eletricity as well la Adik'. Aku petik suis kipas. Memanglah takda. Ini hanya satu charade aja. 'Probably the TV also cannot be turned on', kata aku. 'I know, I think the man switched off the main switch. Adik, where is the main switch?'.

'It's downstairs. I saw the man did it'.
'You show me', adik pimpin aku pulak ke bawah.
'Thereeeeee..', kata Adik.

'Ohh.. yes I see. Tokay, berapa lama ini, saya anak mau tengok TV'.
'Lagi sikijap'

'Kalau mandi dulu nanti boleh siapka?'
'Boley boley'. Tokey pon berlakon sekali.

'Adik, you bathe first, nanti when everything ok, I pasang TV for you, OK?'

Adik angguk, 'OK'.
Marah dia entah ke mana.

Monday, April 18, 2005

Susah betul aku nak aturkan family outing Sabtu lepas. Pagi lepas ke pejabat lawyer, Abang pulak kena pi tution BM dia kat rumah bawah. Bila Abang balik, petang Ibu pulak pi kelas Mandarin.

Dalam-dalam begitu, aku pandang Adik. Adik mengadap komputer. Abang kena tution Math dengan Nenek.

'Jom Dik, we go Leisure Mall', aku mengajak Adik macam dah takde kawan lain. Bukan 'macam' tapi 'sebab'.

'Will you buy me toys?', Adik menjawab.
Memang itupun soalan Adik selalu kalau diajak keluar.

Aku mengangguk separuh,'Maybe, if there's a good one'.

'OK, soon as i finished this game. It's warcraft, Ayah', jawab Adik tanpa menoleh ke aku pon.

'OK' , jawab aku. Aku baring di katil Adik sambil menunggu.

Tetiba aku terjaga. Depan komputer Abang sibuk surfing mencari maklumat pasal Inca Culture. Adik dah takda. Rasanya di bawah menonton Spongebob .

Aku bangun, mandi dan solat Asar.

Thursday, April 14, 2005

Adik sudah mencecah 7 tahun hari ni. Tiada apa-apa yang istimewa yang aku aturkan. Tak seperti tahun lepas Adik minta party dibuat ditempat khusus diluar. Kali ini Adik tak minta apa-apa pun. Hadiah pon dia tak kesah. Kalau dulu dia akan minta itu ini dari setiap ayah, Ibu, atuk, nenek dan abang sorang satu, kali ni tiada. Aku takut juga kot dia minta dari Baby Faim sekali.

Ibu tak sampai hati pulak. So, Ibu aturkan supaya ada jamuan kecil kat sekolah dia esok. Naim setuju aja. Tak banyak soal.

Aku tanya Adik, 'Adik, you okay we don't have any party arranged for you?'.
'It's okay, Ayah. Can I play computer?', jawab dia innocent.

'No', kataku. ' Adik, we have a small party also at home with the family ok?' kata aku cuba juga menjaga hati.

'Ok, Ayah', katanya. 'Ayah, can I invite 3 friends to our house and sleepover?' Adik tanya lagi.

'Er....who ?' aku bertanya balik.

'Patty, Timmer and Adriana', jawab Adik sambil menghitung jari jemari.

'Adik those are girls.. You want their dads to kill me?' aku kata kat Adik.

'But, they are my best friends' rayu Adik.

'Ish no la Adik. Not now, we'll talk again about this after you sunat, OK' , aku termangu-mangu.

Adik muka selamba aja. 'OK', pendek jawabnya.

Monday, April 11, 2005

Aku bawak Tok Bak pergi hospital sebab nak periksa mata dia.

Memula dia tak mau buat. Tapi aku suruh juga dan aku bawa Zaim dan Naim balik untuk pujuk dia. Pandai depa memujuk sampai akhirnya dia mengalah dan ikut aku balik KL untuk mendapat rawatan.

Dan aku pon bawa dia ke hospital tadi. Peninglah juga nak mengurus itu dan ini. Dah hampir 4 jam baru selesai dan kena datang lagi bulan 6. Tok Bak tenang aja, bila doktor letak ubat kat mata dan suruh pejam mata, dia pejam kuat-kuat sampai berkerut-kerut.

Aku perhati keliling, punya la ramai manusia sakit mata. Dan sangatlah ramai orang tua yang dibawa oleh anak-anak dan isteri/suami untuk rawatan. Dekat sinilah aku boleh nampak sedikit perasaan manusia ke atas manusia yang lain.

Tetiba aku teringat masa Tok Bak bawak aku jumpa Doktor klinik masa kecik. 'Ala sikit aja macam gigit semut' kata Tok Bak sambil menepuk lengan aku bekas suntikan doktor tadi. Memancut darah keluar.

Aku panggil Tok Bak untuk balik. Dia tengah seronok cerita pasal prosedur yang Doktor buat keapda sorang makcik tua yang baru datang.

Thursday, April 07, 2005

Baby Faim dah kena demam.

Aku dah jangka bahawa apabila Faim dalam 5 bulan sure akan kena penyakit. Abang dulu masa usia 5 bulan dok sehari dua kat Pantai Cheras takut kena denggi. Adik masuk HUKM seminggu sebab kena coxsackie. So, bila Faim membesar ke 5 bulan aku dah jangka-jangka.

Tapi alhamdulilah, cuma demam-demam kecil aja. Rasanya pon sebab jangkit Adik minggu lepas. Anyway, Baby Faim dah pandai meniarap dan mencapai semua benda untuk masuk dalam mulut. Jadi tidak heran la kalau mungkin senang nak terkena jangkitan.

Yang tak syoknya, kesian dia asyik merengek-rengek. Ibu dukung ke, Kakak ke, dia tetap menangis-nangis merengek. Yang bestnyer pulak, bila aku nak dukung, dia akan betul-betul berpaut macam koala bear dan diam terus. Kalau tengah malam, senang aja dia terlena.

Malam tadi aku tengok Ibu macam cemburu je akan kebolehan aku menidurkan Baby yang merengek-rengek. Tapi aku kata kat Ibu, jangan risau, kalau Ibu demam nanti aku dukung dia macam Baby. Ibu terus sambung tidur.

Aku dah buat lawak bongok.

Monday, April 04, 2005

Abang denagn Adik dah cuti sekolah. Seminggu aja. Tak kesahlah seminggu je, aku lebih kesian Ibu sebab nak ngelola tiga orang anak lelaki yang semakin menakal.

Semalam aku ajak semua anggota keluarga pi Jaya Jusco Maluri. Aku kurang rajin dah nak pi Leisure Mall sebab sempit; jalan dan parking dia.

Tujuan sebenar nak beli electric shaver untuk Atuk, jeans Abang dan Tshirt untuk Adik. Baby Faim pakai aja baju Adik.

Ibu memang bijak, sampai aja dia ajak beli shaver dulu. Lepas tu baru cari Jeans dan Tshirt. Entah macam mana, cari punya cari, bila kami sedar, Abang dan Adik dah dapat pokemon kad sorang satu kotak. Jeans dan Tshirt entah ke mana. Aku rasa terpedaya. Aku paksa semua turun untuk makan.

Kat bawah, Abang dan Adik komplot lagi. Abang nak KFC, Adik nak McD. Aku suruh mereka decide. Bila masih bertelagah, aku ajak semua balik rumah tanpa makan apa pon.

Sampai rumah Abang dan Adik macam tak kesah. Aku tengok depa macam suka dapat balik. Masuk aja depa dah belek-belek kad pokemon mereka. Mereka mengunyah keropok gorengan Kakak. Aku rasa terpedaya lagi.

Friday, April 01, 2005

Kami sedang duduk-duduk depan TV sambil bergilir-gilir mengagah Baby Faim yang baru nak reti meniarap dan berpusing balik. Abang dengan Adik tengah main Pokemon cards kat satu penjuru.

Tiba-tiba Adik bersuara. 'Abang...... You are such a MORON'.. Kuat dan nyaring.

Semua terpaku sebentar. Atok dan Nenek pandang aku. Ibu angkat kepala dari perut Baby Faim.

Aku terus menegur Adik dengan keras. 'Adik, don't say moron. It is not a good word. It's rude. I am gonna have to wash your mouth with soap'. Mata aku memandang keras keapda Adik.

Adik jegil mata balik kat aku. Dia jerit,'But, you said it'.

'When did I say it?', aku jadi geram.

'Yes, Ayah you did', Zaim pulak mencelah.

'When?', aku makin berkeras.

'While you were driving and someone drove carelessly. You said he was a moron', kata Zaim.

Aku terdiam dan tertunduk. Ibu bangun dan bawa Naim ke belakang.

Rasanya aku nak basuh mulut aku dengan sabun basuh kereta.