My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, April 14, 2005

Adik sudah mencecah 7 tahun hari ni. Tiada apa-apa yang istimewa yang aku aturkan. Tak seperti tahun lepas Adik minta party dibuat ditempat khusus diluar. Kali ini Adik tak minta apa-apa pun. Hadiah pon dia tak kesah. Kalau dulu dia akan minta itu ini dari setiap ayah, Ibu, atuk, nenek dan abang sorang satu, kali ni tiada. Aku takut juga kot dia minta dari Baby Faim sekali.

Ibu tak sampai hati pulak. So, Ibu aturkan supaya ada jamuan kecil kat sekolah dia esok. Naim setuju aja. Tak banyak soal.

Aku tanya Adik, 'Adik, you okay we don't have any party arranged for you?'.
'It's okay, Ayah. Can I play computer?', jawab dia innocent.

'No', kataku. ' Adik, we have a small party also at home with the family ok?' kata aku cuba juga menjaga hati.

'Ok, Ayah', katanya. 'Ayah, can I invite 3 friends to our house and sleepover?' Adik tanya lagi.

'Er....who ?' aku bertanya balik.

'Patty, Timmer and Adriana', jawab Adik sambil menghitung jari jemari.

'Adik those are girls.. You want their dads to kill me?' aku kata kat Adik.

'But, they are my best friends' rayu Adik.

'Ish no la Adik. Not now, we'll talk again about this after you sunat, OK' , aku termangu-mangu.

Adik muka selamba aja. 'OK', pendek jawabnya.

No comments:

Post a Comment