My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, January 26, 2005

'Mak, apa lauk ni. Tak sedap langsung'
'Kalau kau tanak makan, jangan makan. Biarkan situ, ramai lagi orang lain yang nak makan'

Aku teringat dialog ini dan terus tersedar dari lamunan. Dialog di atas sudah lama. Tapi entah bagaimana ianya seakan menjadi falsafah hidup aku. Dalam setiap aspek harian aku, selalu aku teringat dialog tu dan merasakan ianya kena kepada hampir semua keadaan dan dilema. Selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Itulah yang aku pelajari. Dan itu yang akan aku pegang. Senantiasa.

Sekejapan angin meniup lembut membuat aku berasa sangat segar dan tenteram. Pohon berdahan melebar menutup aku dari cahaya matahari petang. Aku berseorangan. Tenteram di bawah lindungan. Di bawah naungan.

Aku melamun balik.

Aku juga masih ingat saat akhir itu. Aku kepenatan setelah selesai seminggu menginap dihotel bertugas melayan karenah petinggi negara dan rombongan dia. Aku baru hendak melelap mata, bila Abang aku telefon meminta aku balik segera. Kemudian dia bertanya samada aku ingin memberi penghormatan terakhir atau boleh sahaja mereka teruskan. Aku fikir tentang perjalanan yang aku perlu tempoh dan berkata akan berkunjung keesokan harinya sahaja. Dan setelah menyeberang lautan, aku sampai keesokan harinya ditempat aku berdiri sekarang.

Angin bertiup lagi ke puncak Bukit Alif. Aku terfikir kembali kepada dialog di atas. Mungkin dialog-dialog sebegitu jugalah menjadi penyebab aku menulis. Semoga akan ada dialog-dialog aku yang diingat oleh pahlawan-pahlawan masa hadapan. Pahlawan yang perlu ku bimbing. Semoga aku dapat meninggalkan sesuatu. Lagipun, itu sahajalah yang aku ada untuk mereka.

Segera aku bacakan lagi fatihah dan kusiram air yang ku bawa. Aku hidup enjin kereta dan memandu terus. Aku akan datang lagi kata hatiku sambil aku mataku melirik cermin pandang belakang.

Tuesday, January 25, 2005

Walau sekecil mana pun anak itu, dia pasti mempunyai perasaan. Aku mengambil lewa kenyataan ini sehinggalah malam tadi.

Adik menangis sebaik sahaja aku sampai rumah lewat malam tadi. Puas aku bertanya kenapa, dia cuma kata Abang dapat main komputer tapi dia tak dapat. MenurutAbang, Ibu beri Abang main sekejap sebab Abang telah mengaji dengan baik petang tadi dan Adik hanya main-main. Aku risau sebab kalau Adik masih menangis, dia tak akan tidur dan kalau dia tidak tidur lagi, dia akan bangun lambat untuk sekolah esok. Aku janji bahawa kalau dia tidur cepat dan bangun awal esoknya, aku beri dia peluang main komputer sekejap. Dia angguk dan masuk tidor dengan Nenek. Cumanya, masa aku nak mandi, aku masih dengar dia menangis dalam bilik Nenek.

Hati aku jadi sayu. Aku panggil dan suruh tidur dengan Ibu sementara aku mandi. Bila aku keluar dia dah tertidur. Aku tanya Ibu kenapa Adik begitu. Ibu kata Adik beritahu 'I cannot sleep because I don't have good feeling. My brain say I don't have good feeling'. Aku terfikir sejenak. Adik jarang keluarkan kenyataan begini kecuali kalau dia betul-betul sedih. Dia pernah mengadu kat aku menangis-nangis dulu sambil bertanya kenapa Abang dan sepupu dia (yang sebaya dengan Abang) tak mau bermain dengan dia masa diorang datang visit. Dia terasa.

Aku rasa kesian dengan Adik. Aku cuba fikir kenapa. Jawaban yang aku dapat teka sebelum aku pon terlena ialah dia mungkin sedih sebab Abang diberi lebih keutamaan dari dia. Dia masih tak faham yang Abang diberi reward sebab mengikut kata. Mungkin juga dia merasakan yang dia jarang mendapat layanan baik seperti dulu tanpa menyedari yang oleh sebab dia semakin membesar, dia akan dinilai atas dasar yang sama dengan Abang. Bukan lagi sebagai Adik yang manja. Tambahan pula, dia sendiri sudah ada Adik kecil. Mungkin semua perubahan ini berlaku terlalu cepat bagi dia dan dia tak faham lagi. Cuma yang dia tau, dia takda 'good feeling'.

Angst of a growing child.

Monday, January 24, 2005

Aku bawak Zaim dengan Nenek pergi tengok Orchestra kat KLCC petang semalam. Zaim setuju ikut Nenek hanya kalau aku ada bersama. Jadi inilah kali ke empat aku ke sana semenjak balik dari luar negeri.

Sebenarnya aku bukan pandai sangat dengan orkestra ni, yang aku selalu ingat orkestra RTM dengan Orkid Abdullah. Sebab apa aku boleh ingat, tah la tapi ... scary. Zaim masuk aja dah mula explain semua instrument kat aku.

'That's a basson' kata Zaim menunjuk kepada seorang lelaki memegang alat meniup di baris kedua belakang.

'Yes he does look a bit odd' jawab aku selamba sambil terus memerhatikan pemain violin yang sedang meluruskan rambutnya yang panjang.

'AYAH! Not buffon, BASSOON... the long blowing instrument tu...' Zaim membetulkan aku. Annoyed agaknya.

'Oh.. that one... I thought it's a blow pipe', kata ku pura-pura terkejut.

'Why would there be a blow pipe in an orchestra?' Zaim tension.

'To shoot at people who act like a buffon of course', kata ku. ' People who forgot to switch off their handphones, for example'.

'Ayah........ you are such a BASSOON lah, ayah...!' kata Zaim.

Nenek tak kata apa. Dia hayal melihat tempat duduk-tempat duduk orang lain. Agaknya meneka harga tiket tempat duduk diorang.

Sunday, January 23, 2005

Kami balik dari JB dengan selamat semalam dan sampai di KL petang Sabtu.

Dalam perjalanan tu Zaim duduk depan dan menjadi rakan berbual kepada monotoni pemanduan aku. Kadang dia buat-buat nak muntah sebab aku bawak terlalu laju katanya. Aku slow down sebab aku tau dia sindir pemanduan aku.

Zaim tanya aku,'Ayah, we went back to JB for Kurban, but I didn't see anything being slaughtered like in Jakarta'.

Aku tersenyum. Aku teringat masa kat Jakarta bila kami semasyarakat buat gotong royong semelih lembu dan kambing. Masa memula tu dua-dua anak aku suka sangat. Tanya apa tu kurban dan menyampaikan hasrat nak berkorban. Bila hewan-hewan tu sampai dan diikat, seronok mereka bermain memberi makan rumput dan sebagainya. Tapi bila hari sembelihan datang dan hewan tersebut disembelih, Adik menangis dan Abang bermuka sedih sepanjang hari. Memacam aku bagi alasan dari kata itu perintah agama, nak sedekah kepada fakir miskin dan juga bahwa roh hewan-hewan tu dirahmati dan menjadi suci sebab dia membantu orang Islam mendekatkan dengan Agama masing-masing. Aku juga cerita pasal Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

'Well, judging by previous experience, I decided that we should be in JB after all those slaughtering have been completed. So that there would be no trauma' kata aku sambil menumpu kepada jalanraya. Ada segerombolan geng motosikal laju sedang meluncur kiri kanan bas macam stunt dalam movie Matrix.

Zaim kata balik, 'Anyway, I am glad we went back. Tok Bak is so old now, his one tooth is sticking out. Kesian Tok Bak'.

'Well, Abang, that's one main reason why I took you guys back home. To see him and the others. We couldn't visit them during Aidil Fitri, so even if its only for one day... I think it's enough' kata aku. Aku cuba nak cerita panjang lebar lagi tapi tiba-tiba mata aku tertumpu kedepan. Semua kenderaan nyala lampu merah dan menjadi sangat perlahan. Accident kata hati aku.

Memang betul.

Apabila kami berselisih dengan tempat kejadian, aku nampak seimbas sebuah Kembara mengiring atas jalanraya dan beberapa orang duduk memegang kepala. Beberapa kenderaan lain berhenti di tebing jalan membantu yang malang dan mengurus trafik. Amazing human instinctive behavior. Yang menonton pon ramai la juga.

Zaim tiba-tiba bersuara,'I don't know how it happened but isn't it so wasteful'.

Aku hanya mengganguk. Aku pandang Ibu dibelakang. Muka Ibu pon kelam aja melihat kejadian.

Friday, January 21, 2005

Rabu lepas aku dapat balik rumah cepat sebab kena pi outstation ke KL. So malas nak balik ke opis aku balik rumah terus at five.

Selesai aku mandi aku mula nak buka newspaper sebab dah tiga hari aku tak sempat baca. Aku dengar suara Ibu meninggi kat bawah.

'You do it now and don't dilly-dally. You waited long enough', suara Ibu keras.

Dalam hati aku kata ini mesti Adik tak mau buat school work. Memang sengaja melambat-lambat. Biar aja la, aku sambung balik baca suratkhabar. Halo Bos belum sempat aku tatap.

' I don't want to do. I want Ayah. I want Ayah', aku dengar suara Adik menjerit-jerit balik.

Aku dah terpalit. Aku panggil Adik naik. Aku masak sangat dengan perangai Adik. Dia tak boleh diperintah. Dia yang memerintah. Aku tau ini fasa masa kecik aja. Dan aku ada cara nak 'defeat' perangai ini. Cara kasar atau cara lembut.

'Adik why you don't want to do your work?' kataku lembut.

'Cause I am tired and it's so hard' jawab dia dengan buat muka manja. Naim ni dah nak masuk 7 tahun.... still my Baby. Aku tau jawapan dia tu cuma alasan dia buat-buat.

'Oklah, if you are tired, you rest 5 minutes, then you do, OK?' aku cadang dateline.

'Ok, I want to rest here... then I do homework' jawab Adik. Dia setuju pilih masa nak buat suruhan Ibu.

Aku minta Ibu turun dan jamin Adik akan mula buat homework dalam masa 5 minit.

Aku pilih cara lembut.

Friday, January 14, 2005

Pagi ni aku lambat ke opis. Selalunya sebelum jam 7 aku dah keluar. Nak elakkan jalan jam dan elak kena silau matahari yang boleh menggangu pemanduan aku.

Aku bersiap sambil melihat Ibu menyiapkan Abang dan Adik untuk ke sekolah. Riuh rendah macam nak tumbang rumah. Selepas depa bertolak ke sekolah, rumah jadi senyap sunyi. Aku pon turun ke bawah untuk bersarapan.

Tetiba aku dengar suara rengekan dari ruang tamu memecah kesunyian. Baby Faim keseorangan di atas 'bouncer' mencari kawan atau mungkin juga mencari orang yang sudi mendukung.

Thursday, January 13, 2005

Aku jalan keliling Carrefour sendirian dan ternampak sarung tinju di seksen sukan. Entah terminat, entah curious dan entah apa sebabnya, aku pon terbeli alat sukan tersebut. Aku campak ke belakang kereta dan terlupa tentangnya sampaila aku balik ke rumah.

Kat garaj sedang aku terfikir cemana nak cerita belian aku tadi ni, Abang dengan Adik menerpa ke kereta tengok kalau aku ada beli 100+ atau sprite untuk mereka. Kadang memang aku belikan.

'Ibu look! Ibu look!' Adik berlari ke dalam dengan tangan dia mengoyang-goyang sarung tinju tersebut kepada Ibu yang sedang mendukung Baby Faim. Ibu tak suka violence jadi reaksi pertama Ibu ialah macam tak percaya. Tapi belum sempat dia berkata apa, Baby Faim dah nangis dan Ibu terus naik ke atas sambil berkata,' We'll talk later'.

Aku hanya senyum.

Tetiba Zaim menyampuk,' Ow man, I thought the rotan was bad enough. Now Ayah got Boxing. Adik, we better better behave'. Adik mengangguk laju ke atas ke bawah.
Perbualans singkat dengan Zaim.

Atuk : You know Pak Long was born in 1918 during World War One.

Zaim : Are we involved in World War One?

Ayah : No.

Zaim : Because it was in Europe?

Ayah : Yes.

Zaim : In Europe where they killed the Jews....

Ayah : That was World War Two.

Zaim : Yeah, the Nazis put the Jew in Concentration Camps and put gas to kill them?

Ayah : How do you know about this? Did you see it? Were you there?

Zaim : I read from some books.

Ayah : They teach you at school?

Zaim : Yes err no. I read from books.

Atuk : What they did was very bad. Many people died. Maybe similar to what happened in Palestine now.

Zaim terdiam. Aku renung Zaim. Dia sambung baca buku Redwall oleh Brian Jacques. Aku harap dia akan mula cari buku tentang Palestine.

Saturday, January 08, 2005

Zaim takda petang ni. Dia ikut Atuk ke KLCC. Atuk hantar Nenek ke Petronas Philharmonic sebab ada Viennese Opera ke apa ka. So aku duduk dengan Ibu dan Adik serta Baby Faim di rumah.

Tetiba aku teringin pasang radio dan lagu yang berkumandang pulak kegemaran Ibu dengan aku dulu. Ini lirik dia.

I don't wanna hear about it any more
It's a shame I've got to live without you any more
There's a fire in my heart
A pounding in my brain, it's driving me crazy

We don't need to talk about it any more
Yesterday's just a memory
Can you close the door
I just made one mistake
I didn't know what to say when you called me baby

Don't say good night(bye)
Say you're gonna stay forever
Oh, all the way

Can you take me high enough
To fly me over over yesterday
Can you take me high enough
It's never over
Yesterday's just a memory.Yesterday's just a memory.

I don't wanna live without you any more
Can't you see I'm in a misery
And you know for sure
I would live and die for you
And I'd know just what to do when you call me baby

Yesterday's just a memory away
I was runnin' for the door
The next thing I remember
I was runnin' back for more

High Enough by Damn Yankees

'Ayah' kata Adik. ' Why you like listen to this song' tanya Adik heran.

'I don't know, it just a nice song' jawab aku selamba. 'You don't like it?' tanya aku pula.

Tengok Ibu diam aja, Naim tanya semula,' Ibu you like the song?'.

Ibu angguk.

'OK then i also like the song', jawab Adik.

Aku senyum. Adik is so easy to please, kalau dia in Good Mood.


Friday, January 07, 2005

Zaim bermain flute dalam persembahan Konsert akhir penggal sekolah dia Disember lepas.

Dia mengingatkan aku sebulan sebelum persembahan dia dan bertanya dulu dengan aku samada aku dapat hadir atau tidak.

'Ayah, do you think you will be at office on 9 December', katanya.

' Why? Are the Japanese attacking again?' aku mengusik merujuk kepada kehadiran tentera katik di Tanah Melayu lebih 60 tahun dulu.

' What ever that for. No la Ayah, my school band will perform so I will be there playing the flute. Ibu said she will come with Nenek. Will you come?' tanya Zaim separuh berharap.

Aku faham. Aku jarang ada masa untuk aktiviti sekolah Zaim. Selalunya Ibu yang terlibat. Kalau ada conference dengan cikgu, selalu Ibu pergi. Kalau ada Charity Bazzar atau apa apa yang lain selalu Ibu seorang. Ada la aku pergi masa dia berlakon Gingerbread House dan masa dia main bola. Sebab aku memang minat seni lakonan dan bolasepak. So, aku rasa Zaim bertanya lebih awal supaya aku boleh aturkan masa aku untuk melihat dia bermuzik itu.

'Let me see, maybe I could because I will attend a course during that time. Meaning, I would be free in the evening. I try ok' kata aku separuh memberi harapan.

'You try ok Ayah' kata Zaim. Dia faham bahawa kadang aku terpaksa membatal kehadiran kerana aku lebih beri perhatian kepada kerja-kerja pejabat aku.

Aku cuba pastikan bahawa tarikh tersebut akan tetap 'open' bagi aku sambil aku bergelut dengan kursus dan juga sibuk mencari baju kemeja, bow tie dan kasut kulit hitam untuk Zaim pakai masa persembahan nanti.

Dan, akhirnya aku dapat juga hadir. Dan aku rasa sedikit bangga kerana dia cukup bergaya. Aku gambar dia dengan Video Cam yang aku pinjam. Yang aku sengeh sedikit, bila dia ternampak aku memfokus kepada dia, dia meninggikan duduk badan dia supaya aku dapat mengambil gambar dia dengan lebih jelas.

Selesai acara, kami ambik dia di belakang pentas. Kami bagi pujian sewajarnya. Zaim gembira sambil bersalaman dan ber hi-five dengan kawan-kawan dia.

Dalam berjalan ke kereta, Zaim beritahu aku,'Ayah, next I want to learn the guitar. Can you send me to take guitar lesson Ayah after all these?'.

'Sure' kata ku tersenyum. Aku memang lebih suka kalau dia main gitar atau dram. 'But, does that mean you won't play the flute anymore?' tanya ku.

'I dont think I want to play anymore, why?' kata Zaim perlahan.

'Nothing. Just that I am glad that from now on then I could take my afternoon nap peacefully' kata ku mengusik.

Zaim ketawa. 'Errr, maybe I should learn the Scottish bagpipe next, what say you, Ayah!' Zaim pulak mengusik aku.

Aku, Ibu, Nenek dan Zaim sekali ketawa berdekah-dekah.



Tuesday, January 04, 2005

Aku terjumpa web site ni dari satu komuniti bloggers. Aku dapati ianya sangat menarik dan contents dia sangat berterus terang dan sangat nyata. Aku appendkan satu coretannya dibawah. Boleh kunjungi weblog ini di makandeh.blogspot.com

23 December 2004

Raising Kids
Masa aku kecik-kecik, aku cukup marah bila dengar orang cakap, lebih senang jaga lembu sekandang daripada anak dara seorang. Now that I am a mother of one (anak dara), aku boleh faham maksud tersirat. Dulu, aku ingatkan orang samakan anak dara dengan lembu ! Cehh…Actually, bukan susah jaga pun. Sama aje, anak lelaki anak pompuan. Apalagi zaman sekarang, lelaki pun boleh taram lelaki. But, yang mencabar ialah to raise them without controlling too much. To give them freedom yet in a controlled environment. Camana tu ? Measurement dia berubah-ubah ikut keadaan. Sebab itu aku rasa all ibubapa tak leh “lepa” dan biarkan anak tanpa kawalan. Sebab budak-budak ni akan sentiasa test kita. Kalau dia lepas Level 1 tanpa kita kata apa-apa, they will proceed to level 2 dan seterusnya. But, bila kita step down kat Level 3, dia akan turun balik ke Level 2. Alah, macam main computer games lah tu. Sama aje analogy nya.That is why aku ini agak strict dengan anak-anak aku and yet, aku bagi kebebasan to explore within my guidance.. Satu nasihat yang amat berguna aku pernah come across tentang raising kids ialah :“ Raising kids is like holding a bar of soap. If you squeeze it too hard, it will slip out of your hand. But if you hold it gently yet firmly, it will stay there. ““Raising children is much like flying a kite. If you let out too much string too fast, the slack in the line will cause it to crash. On the other hand, if you don't let out enough string, the kite will be held back and will never fly as it was intended. The key for both kite-flying and parenting is...balance.”See, everything in life is about BALANCE.

posted by mak andeh at 11:10 AM

Aku balik dari menonton satu perlawanan mengecewakan di Stadium malam tadi. Kecewa dengan keputusan tapi juga kecewa dengan suasana nak mencapai ke Stadium semalam.

Bila aku sampai rumah Zaim dah tidor. Sepanjang aku diluar Zaim menyampaikan keputusan perlawanan melalui sms kepada aku sehinggalah talian tidak mengizinkan. Aku ingat nak cerita dengan dia tapi aku tunggu esok sahaja.

Pagi tadi Zaim dan bangun.

'Ayah, I know we lost. They didn't play very well' kata Zaim.

'You know we should do?' tambah dia.

'What?' tanya aku balik sambil pakai kasut.

'Maybe we should play chess from now on' kata Zaim sambil tergelak.

Aku diam. Melihat aku diam, Zaim pon diam.

Monday, January 03, 2005

Aku masuk bilik tengok Ibu tengah susukan Baby Faim.

Tiba-tiba ada kelucuan dalam hati aku melihat pemandangan di depan mata. Aku membuat bunyi ' Moooooooooooooooooooo' sambil tertawa kecil.

Ibu tak suka dan menghayun bantal besar ke arah aku. Aku cuba mengelak tetapi terjatuh dari katil terjelepok. Sakit belakang aku. Tapi aku lihat muka aku betul-betul dekat kaki Ibu.

Aku bangun terhegeh dan tersengeh keluar bilik. Cukuplah mengusik Ibu. Zaim lalu dan bertanya,' What's wrong Ayah?' .

'They say heaven is under the foot of your mother. Please remember that' kataku sambil berlalu.

Zaim pelik.