My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, January 13, 2005

Aku jalan keliling Carrefour sendirian dan ternampak sarung tinju di seksen sukan. Entah terminat, entah curious dan entah apa sebabnya, aku pon terbeli alat sukan tersebut. Aku campak ke belakang kereta dan terlupa tentangnya sampaila aku balik ke rumah.

Kat garaj sedang aku terfikir cemana nak cerita belian aku tadi ni, Abang dengan Adik menerpa ke kereta tengok kalau aku ada beli 100+ atau sprite untuk mereka. Kadang memang aku belikan.

'Ibu look! Ibu look!' Adik berlari ke dalam dengan tangan dia mengoyang-goyang sarung tinju tersebut kepada Ibu yang sedang mendukung Baby Faim. Ibu tak suka violence jadi reaksi pertama Ibu ialah macam tak percaya. Tapi belum sempat dia berkata apa, Baby Faim dah nangis dan Ibu terus naik ke atas sambil berkata,' We'll talk later'.

Aku hanya senyum.

Tetiba Zaim menyampuk,' Ow man, I thought the rotan was bad enough. Now Ayah got Boxing. Adik, we better better behave'. Adik mengangguk laju ke atas ke bawah.

No comments:

Post a Comment