Pagi ni aku lambat ke opis. Selalunya sebelum jam 7 aku dah keluar. Nak elakkan jalan jam dan elak kena silau matahari yang boleh menggangu pemanduan aku.
Aku bersiap sambil melihat Ibu menyiapkan Abang dan Adik untuk ke sekolah. Riuh rendah macam nak tumbang rumah. Selepas depa bertolak ke sekolah, rumah jadi senyap sunyi. Aku pon turun ke bawah untuk bersarapan.
Tetiba aku dengar suara rengekan dari ruang tamu memecah kesunyian. Baby Faim keseorangan di atas 'bouncer' mencari kawan atau mungkin juga mencari orang yang sudi mendukung.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment