Zaim bermain flute dalam persembahan Konsert akhir penggal sekolah dia Disember lepas.
Dia mengingatkan aku sebulan sebelum persembahan dia dan bertanya dulu dengan aku samada aku dapat hadir atau tidak.
'Ayah, do you think you will be at office on 9 December', katanya.
' Why? Are the Japanese attacking again?' aku mengusik merujuk kepada kehadiran tentera katik di Tanah Melayu lebih 60 tahun dulu.
' What ever that for. No la Ayah, my school band will perform so I will be there playing the flute. Ibu said she will come with Nenek. Will you come?' tanya Zaim separuh berharap.
Aku faham. Aku jarang ada masa untuk aktiviti sekolah Zaim. Selalunya Ibu yang terlibat. Kalau ada conference dengan cikgu, selalu Ibu pergi. Kalau ada Charity Bazzar atau apa apa yang lain selalu Ibu seorang. Ada la aku pergi masa dia berlakon Gingerbread House dan masa dia main bola. Sebab aku memang minat seni lakonan dan bolasepak. So, aku rasa Zaim bertanya lebih awal supaya aku boleh aturkan masa aku untuk melihat dia bermuzik itu.
'Let me see, maybe I could because I will attend a course during that time. Meaning, I would be free in the evening. I try ok' kata aku separuh memberi harapan.
'You try ok Ayah' kata Zaim. Dia faham bahawa kadang aku terpaksa membatal kehadiran kerana aku lebih beri perhatian kepada kerja-kerja pejabat aku.
Aku cuba pastikan bahawa tarikh tersebut akan tetap 'open' bagi aku sambil aku bergelut dengan kursus dan juga sibuk mencari baju kemeja, bow tie dan kasut kulit hitam untuk Zaim pakai masa persembahan nanti.
Dan, akhirnya aku dapat juga hadir. Dan aku rasa sedikit bangga kerana dia cukup bergaya. Aku gambar dia dengan Video Cam yang aku pinjam. Yang aku sengeh sedikit, bila dia ternampak aku memfokus kepada dia, dia meninggikan duduk badan dia supaya aku dapat mengambil gambar dia dengan lebih jelas.
Selesai acara, kami ambik dia di belakang pentas. Kami bagi pujian sewajarnya. Zaim gembira sambil bersalaman dan ber hi-five dengan kawan-kawan dia.
Dalam berjalan ke kereta, Zaim beritahu aku,'Ayah, next I want to learn the guitar. Can you send me to take guitar lesson Ayah after all these?'.
'Sure' kata ku tersenyum. Aku memang lebih suka kalau dia main gitar atau dram. 'But, does that mean you won't play the flute anymore?' tanya ku.
'I dont think I want to play anymore, why?' kata Zaim perlahan.
'Nothing. Just that I am glad that from now on then I could take my afternoon nap peacefully' kata ku mengusik.
Zaim ketawa. 'Errr, maybe I should learn the Scottish bagpipe next, what say you, Ayah!' Zaim pulak mengusik aku.
Aku, Ibu, Nenek dan Zaim sekali ketawa berdekah-dekah.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment