My photo
Stories for my three heroes.

Monday, January 03, 2005

Aku masuk bilik tengok Ibu tengah susukan Baby Faim.

Tiba-tiba ada kelucuan dalam hati aku melihat pemandangan di depan mata. Aku membuat bunyi ' Moooooooooooooooooooo' sambil tertawa kecil.

Ibu tak suka dan menghayun bantal besar ke arah aku. Aku cuba mengelak tetapi terjatuh dari katil terjelepok. Sakit belakang aku. Tapi aku lihat muka aku betul-betul dekat kaki Ibu.

Aku bangun terhegeh dan tersengeh keluar bilik. Cukuplah mengusik Ibu. Zaim lalu dan bertanya,' What's wrong Ayah?' .

'They say heaven is under the foot of your mother. Please remember that' kataku sambil berlalu.

Zaim pelik.

No comments:

Post a Comment