My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, February 28, 2006

Sedang aku pakai kasut nak pi opis tadi, terdengar Adik bergaduh dengan Baby Faim. Berebut coklat. Ibu pergi leraikan dan marah kedua-duanya sebab dah makan coklat pagi-pagi. Curi dari peti ais pulak tu. Aku suruh Ibu tarik Baby Faim masuk kereta dan pusing keliling kampung macam selalu.

Dalam aku memandu perlahan aku renung Baby Faim tenang dalam pelukan Ibu sambil memandang ke lampu-lampu jalan.

'Does it worth it?', aku bertanya.

'Worth what?', tanya Ibu dan berpaling kepada aku.

'Assistant Manager OCBC 7 years ago?', aku ingatkan.

Ibu palingkan muka Baby Faim. 'For this?, every penny', kata Ibu perlahan sambil cium pipi Baby Faim.

Aku senyum. Pagi ni, lepas turunkan mereka, aku bawak kereta dengan sangat cermat ke opis. ( Walaupun ada Satria bernafas dekat buntut kereta aku ).

Tuesday, February 21, 2006

Tahun lepas masa Abang balik dari Seam Reap dengan Nenek, kami semua berkumpul nak dengar cerita tentang apa yang dia dah tengok, amati dan alami sepanjang masa lawatan sambil belajar dia tu. Aku tanya Abang, ' So, how was the trip Bang?'.

Abang terus menarik tangan aku untuk duduk dikerusi menghadap televisyen. Dia panggil Ibu, Atok dan Adik sama. Nenek pon ada. Kemudian dia sambung Digicam ke TV dan pasangkan video yang diambil semasa di sana. Nampak la aku imej-imej Angkor Wat, lakaran dinding, seni bina dan pemandangan sekitarannya serta kawasan perkampungan setinggan di Tasik Tonle Sap yang berdekatan. Semasa tayangan tu, Abang akan beri running commentary tentang apa yang ada dikaca TV. Selesai aja tayangan, Abang menutup persembahan dengan mengatakan, 'Well ladies and gentlemen, the trip was very informative and educational. Thank you very much'.

Aku menjeling mata ke atas dan berkata, ' Modern technology really takes the fun away in this case!'.

Abang hanya sengeh.

Thursday, February 09, 2006

Dua tiga hari ni aku balik lambat. Sampai di rumah aku masuk bilik Abang dan Adik yang tengah tidor. Dari sinar lampu tidor, aku perhatikan mereka tidor. Adik tidor tunggang-langgang. Badan dia melintang dan tangan dia sebelah menutup dahi sementara sebelah lagi terlipat kebelakang. Selimut dia menyelimut bantal peluk dia bukannya badan dia. Aku perhatikan Abang pula di katil sebelah. Abang tidor mengiring dan mukanya menghala ke dinding, mengelak dari cahaya lampu yang samar-samar. Selimut dia tertutup rapi. Aku dengar nafas dia turun naik dengan tenang dan tersusun.

Aku ngelamun sebentar. Abang dengan Adik memang karektor berbeza. Aku rasa ini memang satu yang nyata, yang berkali-kali aku perasan. Abang membuat aku ketawa dengan tutur-kata sementara Adik cukup hanya dengan kelakuan dia. Apabila aku tak benarkan Abang main komputer, Abang akan berkata, ' hmm this prison sure looks funny'. Kalau Adik pula, dia akan terus melutut depan aku, membuka mata sebesar 'puss-in-boots' dalam cerita Shrek dan mengenggam dua tangannya sambil merayu-rayu,' please, please, please'. Kalau gagal, dia akan bangun dan cium, cium pipi aku. Kalau ada orang lain yang berdekatan, dia cium sekali Ibu ke, Atok ke atau Nenek sekali pon. Dan aku akan ketawa.

Aku tersentak kejap. Abang batuk dan berpusing sambil membuka mata sedikit. Dia sedar kehadiran aku. Aku usap rambut dia dan minta dia tidur semula. Aku keluar dan masuk bilik untuk mengambil tuala. Aku ternampak Baby Faim tertidor dalam kegelapan. Aku dekati dan nampak mulutnya masih tersumbat dengan botol yang sudah kosong. Aku letak botol di atas meja, pergi mandi dan turun makan.

Selesai makan aku ke ruang depan sambil cuba mengingat sesuatu. Ada macam sesuatu yang aku terlupa dari tadi. Aku cuba mengingat kerja yang belum selesai tadi sambil mata aku menatap TV yang entah apa ceritanya hingga perlahan-lahan aku terlelap.

Dalam tidor aku teringat dan terus terjaga tiba-tiba. Aku tutup TV, kipas dan lampu dan bergegas masuk ke bilik untuk sambung tidor. Ibu gerak kepala dan bertanya perlahan, ' You are back?'. Aku pandang muka Ibu dan jawab perlahan juga,' yes, ...err how were the kids today?'. Ibu berpaling balik ke dinding (macam Abang). 'They were OK!......... so was I', bisik Ibu perlahan dan sambung tidor. Aku pon sambung tidor dengan lebih lenyak sebab aku dah teringat apa yang menggangu fikiran aku tadi.