My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, February 09, 2006

Dua tiga hari ni aku balik lambat. Sampai di rumah aku masuk bilik Abang dan Adik yang tengah tidor. Dari sinar lampu tidor, aku perhatikan mereka tidor. Adik tidor tunggang-langgang. Badan dia melintang dan tangan dia sebelah menutup dahi sementara sebelah lagi terlipat kebelakang. Selimut dia menyelimut bantal peluk dia bukannya badan dia. Aku perhatikan Abang pula di katil sebelah. Abang tidor mengiring dan mukanya menghala ke dinding, mengelak dari cahaya lampu yang samar-samar. Selimut dia tertutup rapi. Aku dengar nafas dia turun naik dengan tenang dan tersusun.

Aku ngelamun sebentar. Abang dengan Adik memang karektor berbeza. Aku rasa ini memang satu yang nyata, yang berkali-kali aku perasan. Abang membuat aku ketawa dengan tutur-kata sementara Adik cukup hanya dengan kelakuan dia. Apabila aku tak benarkan Abang main komputer, Abang akan berkata, ' hmm this prison sure looks funny'. Kalau Adik pula, dia akan terus melutut depan aku, membuka mata sebesar 'puss-in-boots' dalam cerita Shrek dan mengenggam dua tangannya sambil merayu-rayu,' please, please, please'. Kalau gagal, dia akan bangun dan cium, cium pipi aku. Kalau ada orang lain yang berdekatan, dia cium sekali Ibu ke, Atok ke atau Nenek sekali pon. Dan aku akan ketawa.

Aku tersentak kejap. Abang batuk dan berpusing sambil membuka mata sedikit. Dia sedar kehadiran aku. Aku usap rambut dia dan minta dia tidur semula. Aku keluar dan masuk bilik untuk mengambil tuala. Aku ternampak Baby Faim tertidor dalam kegelapan. Aku dekati dan nampak mulutnya masih tersumbat dengan botol yang sudah kosong. Aku letak botol di atas meja, pergi mandi dan turun makan.

Selesai makan aku ke ruang depan sambil cuba mengingat sesuatu. Ada macam sesuatu yang aku terlupa dari tadi. Aku cuba mengingat kerja yang belum selesai tadi sambil mata aku menatap TV yang entah apa ceritanya hingga perlahan-lahan aku terlelap.

Dalam tidor aku teringat dan terus terjaga tiba-tiba. Aku tutup TV, kipas dan lampu dan bergegas masuk ke bilik untuk sambung tidor. Ibu gerak kepala dan bertanya perlahan, ' You are back?'. Aku pandang muka Ibu dan jawab perlahan juga,' yes, ...err how were the kids today?'. Ibu berpaling balik ke dinding (macam Abang). 'They were OK!......... so was I', bisik Ibu perlahan dan sambung tidor. Aku pon sambung tidor dengan lebih lenyak sebab aku dah teringat apa yang menggangu fikiran aku tadi.

No comments:

Post a Comment