My photo
Stories for my three heroes.

Monday, July 17, 2006

Hari tu, aku dengan Abang dalam kereta bersama Baby Faim. Lagu berkumandang di radio. Eric Clapton bertanya samada dia akan diingati kalau terserempak di Syurga.

Aku tanya Abang, ' Do you know the signifance of this song and the words?'
Abang hanya menggeleng.
'Well, if I am not mistaken, the song was written after his son dies. So, in a sense, he is missing his son and wondering whether if they will ever meet again in the after life', aku cerita. Rasa aku begitu le ceritanya.

'Do we recognize each other, Ayah. I mean when we are in paradise. Brother Yahya said that we will be in our young age. So, how Ayah?', tanya Zaim macam heran.

'I am not sure, but surely I will look for you, Ibu, Adik and Baby Faim', jawab aku sambil terus memandang ke jalanraya. Ada kereta besar terlalu dekat dengan kereta aku.

'That means we might not see or recognize each other again?', tanya Zaim lagi.

'Entahla Bang. I am not sure. You should have asked Brother Yahya the other day', jawab aku lemah. Aku kena carik jawapan untuk dia jugak nampaknya ni.
'But there is one thing that a son can help his parents. By being 'anak soleh' and keep praying for his gone parents. That I know cause it's a saying by the Prophet', aku menambah.

'Hmmm... Ayah, if a baby die after birth for example, in the haeven, he will be like a baby? So that the father can recognize?', Abang tanya lagi ke aku.

'I am not sure la Bang. Can we talk about something else. Anyway, do you remember what the guy said in John Q?', aku sengaja nak mengubah cerita.

'I AM NOT GOING TO BURY MY SON. MY SON IS GOING TO BURY ME', serentak aku dengan Abang menjerit dailog Denzel Washington dan terus ketawa.

Kemudian aku terdiam. Abang pon diam. Mata aku terus merenung ke depan. Fikiran aku menerawang. Aku teringat sesuatu. Esok aku telefon Doktor Cheah kalau result blood test aku dah sedia.

Thursday, July 13, 2006

Kat KFC Pekan Kemamang.

'Ayah!, when you and Ibu die, can you be ghosts?', tanya Adik sambil mengunyah original snack plate.

Ibu terhenti makan. Aku tersembur coleslaw. Abang berhenti makan dan memandang ke atas.

'Why do you want us to be ghosts, Adik?', Ibu bertanya sambil tersengeh-sengeh sinis. Aku nak tau jugak.

' You know... so that one of you can come and stay with me, and another one stay with Abang', Adik memberikan hujah-hujah yang nampak konkrit kepada dia.

Kami semua tertawa terbahak-bahak. Baby Faim tercengang dulu sebelum ikut ketawa.

Tuesday, July 04, 2006

Baby Faim batuk-batuk. Habuk dekat rumah dah tahap tinggi sebab kerja-kerja renovasi. Mangsanya Baby Faim. Selalunya dia tidor malam lena dan bangun nangis minta susu aja. Kali ni susu dah habis pon dia masih nangis dan minta dikelek. Ibu yang tak suka memanja, akan meminta aku mendokong. Yang sedihnya kadang dia menangis sampai termuntah keluar semua susu yang diminum. Aku kena dua kali. Ibu dah kena sekali. Atok Nenek tidak la.

Untuk memberi keselesaan kepada Baby Faim, aku cadangkan supaya dia tidur di ruang depan. Selain lebih luas, habuk pon kurang. Lagipun senang nak menjaga nangis dia. Dan, malam tadi aku, Ibu dan Baby Faim tidor depan TV. Bila dia nangis, dan ibu kejutkan aku, aku bangun dan dodoikan sampai tidor balik. Bila aku nak kembali tidor, aku terperasan Abang dengan Adik ada kat sebelah tepi.

Wah... family picnic ni!