My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, July 04, 2006

Baby Faim batuk-batuk. Habuk dekat rumah dah tahap tinggi sebab kerja-kerja renovasi. Mangsanya Baby Faim. Selalunya dia tidor malam lena dan bangun nangis minta susu aja. Kali ni susu dah habis pon dia masih nangis dan minta dikelek. Ibu yang tak suka memanja, akan meminta aku mendokong. Yang sedihnya kadang dia menangis sampai termuntah keluar semua susu yang diminum. Aku kena dua kali. Ibu dah kena sekali. Atok Nenek tidak la.

Untuk memberi keselesaan kepada Baby Faim, aku cadangkan supaya dia tidur di ruang depan. Selain lebih luas, habuk pon kurang. Lagipun senang nak menjaga nangis dia. Dan, malam tadi aku, Ibu dan Baby Faim tidor depan TV. Bila dia nangis, dan ibu kejutkan aku, aku bangun dan dodoikan sampai tidor balik. Bila aku nak kembali tidor, aku terperasan Abang dengan Adik ada kat sebelah tepi.

Wah... family picnic ni!

No comments:

Post a Comment