My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, December 22, 2004

Alzaim dan Alnaim bercuti. Sebelum cuti, guru kelas Zaim menghadiahkan sehelai stokin besar kepada rakannya sempena hari jadi.

Zaim bertanya kepada gurunya,' How come on my birthday, i didn't get that?'

'The sock is to be hung on his Christmas tree. You don't have a Christmas tree at home, do you?' balas guru Zaim macam separuh menyindir.

Zaim menjawab,' As a matter of fact, I do have Christmas tree. I got three of them in the garden'.

Guru Zaim terpinga-pinga sebentar sebelum terketawa kecil.

Cerita ini Zaim kasi tau aku minggu lepas. Aku pon ketawa kecil masa tu.


Tuesday, December 21, 2004

Aku selalu ditegur oleh Ibu kerana selalu mengomentari cara pemanduan orang lain di tengah jalanraya. Kenapa aku sangat cerewet dengan pemanduan orang, aku pon kurang arif.

Semalam aku memandu untuk ke bank dengan seluruh anak-beranak aku pada sebelah malam. Aku pasang radio tapi mata aku masih melilau ke sana sini melihat cara orang lain memandu. Aku tidak berapa sedar yang aku mengomen itu ini kerana mungkin aku hayal mendengar radio.

' Ibu, where's the off switch to this thing?', aku dengar Zaim bertanya.

Aku mencelah,' hey, i want to listen to this ok, i like this song'. AKu menjawab sambil menjeling Zaim.

Zaim diam seketika. Dia menoleh ke belakang dan berkata perlahan, ' I didn't mean that radio, Ibu'.

Aku melihat Zaim.

Aku diam.