My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, August 25, 2009

Adik and Me

Aku teringat kejadian sebelum aku balik bercuti dulu. Waktu itu aku sedang duduk mendengar Iman Rachid memberikan khutbah sambil sesekali menjeling ke Adik yang aku yakin sedang menerawang pemikirannya entah ke mana.


Tiba-tiba Adik menghulur kedua-dua tangan dan mencapai cermin mata aku yang sedang aku pakai. Dia ambil dan usap-usap dan gosok di sana dan di sini. Lepas berbuat semua itu, dia pasangkan balik ke mata. Aku pon hairan tetapi aku tunggu sehingga selesai solat Jumaat sebelum aku bertanya.


‘Adik, why did you take my glasses just now?’, tanya aku kepada Adik sambil berjalan ke kereta.

‘ I wanted to clean it’, jawab Adik selamba.

‘ Oh!, Was it dirty?’, dengan hairan aku bertanya lagi.

‘ Yea, it was. Just a little bit’, jawab Adik.


Aku pelik. Setau aku takda la kotor sebab aku selalu lap cermin mata aku. Sebab kalau kotor atau berminyak sedikit, pandangan aku akan terus jadi kelabu. Yang lebih menghairankan aku ialah Adik tergerak hati untuk membersih cermin mata aku. Adik yang ku kenal selama ni jarang mengambil berat mengenai kekemasan atau perapian sesuatu benda. Baju kotornya sentiasa berterabur dan meja tulisnya selalu berselerak. Mungkin ada perkembangan baru. Mungkin ada kaitan dengan nasihat gurunya semalam kepada dia di depan aku. Tak apa la. Satu perkembangan baik jangan kita pelikkan sangat pulak.


‘Thank you, Dik. I can see very clearly, now. Thanks to you’, aku berterima kasih kepada Adik.