My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, August 30, 2008

BALADA KUCING HILANG

Dalam kami sibuk memunggah
Shazam mendapat peluang indah
Meluru keluar ke belakang rumah
Terlonjak-lonjak dengan meriah

Shazam meniti di atas pagar
Pagar tipis tidaklah lebar
Lagak gaya seorang balerina
Jaga bahaya disebelah sana

Sekali Kakak menjeling ke kiri
Bayang Shazam dah tiada lagi
Kakak meluru mencari-cari
Anjing-anjing sebelah pulak menyepi

Keliling kampung kakak meronda
Mencari Shazam entah di mana
Abang dan Adik dan Baby Faim jua
Eh eh.. Ibu pon turut mencari sama

Shazam kucing nakal aku berkata
Selamat di rumah, keluar kenapa?
Bagus juga dia tiada
Kencing di sofa aja selalu kerjanya

Jangan risau aku berkata
Pulang sendiri kepandaian spesisnya
'This is a new home', kata Adik pula
Sambil terjegil-jegil dua bijik mata

Mencari-cari sampai ke petang
Namun Shazam tetap tak pulang
Apalah nasib si kucing malang
Hujan turun malam menjelang

Jam 9 malam aku keluar
Di garaj jiran cuba mendengar
Ada bunyi loceng perlahan sekali
Di bawah kereta ku dengar teliti

Abang datang, Adik pon datang
Makanan Shazam digoncang-goncang
Suara kucing makin menguat
Tapi tak nampak apa kelibat

Akhirnya Shazam keluar meluru
Mendengar suara kami sepadu
Basah kuyup semua bulu
Abang memeluk dengan syahdu

Di dalam rumah Shazam gembira
Memakan meminum dengan lahapnya
Semua melihat senyum dan girang
Berakhir sudah balada kucing hilang

Wednesday, August 20, 2008

Abang dan Sekolah

Kaedah di kampung tempat kami tinggal ini ialah kalau kita berpindah rumah, kita mungkin perlu bertukar sekolah. Abang perlu bertukar ke sekolah yang lain apabila kami berpindah kelak. Oleh kerana dia sudah serasi dengan sekolah tersebut dan lokasi sekolah baru adalah lebih jauh jaraknya dari sekolah sekarang, maka aku dan Ibu membuat lawatan ke Jabatan Pendidikan untuk merayu supaya Abang dapat meneruskan persekolahan di sekolah sedia ada.

Bermacam alasan kami berikan, jarak persekolahan, keserasian, persahabatan dan lain-lain alasan. Pegawai Pendidikan mendengar dengan teliti dan mengangguk dan akhirnya berkata yang semua ini akan diputuskan oleh pihak sekolah sendiri. Kami disuruh pulang dan menunggu jawapan. Sebaik sampai di rumah, aku terangkan kepada Abang kedudukan perkara. Abang hanya mendengar sambil bermain Mass Effect. Tak lama kemudian pegawai pendidikan menelefon dan memberitahu bahawa sekolah tersebut memaklum yang mereka gembira sekiranya Abang tidak ditukarkan ke sekolah yang lain dan terus belajar di sekolah tersebut.

Aku dan Ibu merasa lega. Aku cuba berfikir dan mendalami pernyataan sekolah. Aku yakin bahawa keputusan sekolah tersebut pastilah bukan kerana Abang lebih banyak menggunakan masa cutinya bermain XBOX di basement.

Aku menepuk kepala Abang dan berkata, ' You are one weird kid'.
Abang terpinga-pinga dan bertanya, ' What did I do this time?'.

Friday, August 08, 2008

Under the weather


Baby Faim sakit. Ini semua salah Ayah.

Minggu lepas cuti panjang. Ayah seronok sebab cuaca pun baik. So Ayah angkut la, Faim, Acik dan ibu berjalan menikmati cuaca yang sebenarnya panas terik. Mula Faim nak main dekat 'playground', di taman. Bagi. Kemudian nak naik miniature train, bagi. Kemudian nak lumba go kart.

'Ayah, you drive me ok', kata Faim. OK la Ayah jadi supir. Bagi.

Esoknya Ayah nak pergi menebas rumput. Balik dari ladang, nampak Faim tenang aja berbaring tanpa melompat ke sana sini. Controller XBOX disebelah pon tak dipandangnya. Ayah pon merapat dan bertanya, ' Are you OK Faim?'.
Tanpa menoleh kepada aku, Faim menjawab, ' Faim muntah and 'pupu' banyak'.
Aku pegang dahi dia, panas!
Ibu kasitau dia demam dan ceret beret serta muntah. Esok kami bawak Faim ke Doktor.

Hari ni dia masih lemah. Kasian.

Semua Ayah punya pasal.