Walau sekecil mana pun anak itu, dia pasti mempunyai perasaan. Aku mengambil lewa kenyataan ini sehinggalah malam tadi.
Adik menangis sebaik sahaja aku sampai rumah lewat malam tadi. Puas aku bertanya kenapa, dia cuma kata Abang dapat main komputer tapi dia tak dapat. MenurutAbang, Ibu beri Abang main sekejap sebab Abang telah mengaji dengan baik petang tadi dan Adik hanya main-main. Aku risau sebab kalau Adik masih menangis, dia tak akan tidur dan kalau dia tidak tidur lagi, dia akan bangun lambat untuk sekolah esok. Aku janji bahawa kalau dia tidur cepat dan bangun awal esoknya, aku beri dia peluang main komputer sekejap. Dia angguk dan masuk tidor dengan Nenek. Cumanya, masa aku nak mandi, aku masih dengar dia menangis dalam bilik Nenek.
Hati aku jadi sayu. Aku panggil dan suruh tidur dengan Ibu sementara aku mandi. Bila aku keluar dia dah tertidur. Aku tanya Ibu kenapa Adik begitu. Ibu kata Adik beritahu 'I cannot sleep because I don't have good feeling. My brain say I don't have good feeling'. Aku terfikir sejenak. Adik jarang keluarkan kenyataan begini kecuali kalau dia betul-betul sedih. Dia pernah mengadu kat aku menangis-nangis dulu sambil bertanya kenapa Abang dan sepupu dia (yang sebaya dengan Abang) tak mau bermain dengan dia masa diorang datang visit. Dia terasa.
Aku rasa kesian dengan Adik. Aku cuba fikir kenapa. Jawaban yang aku dapat teka sebelum aku pon terlena ialah dia mungkin sedih sebab Abang diberi lebih keutamaan dari dia. Dia masih tak faham yang Abang diberi reward sebab mengikut kata. Mungkin juga dia merasakan yang dia jarang mendapat layanan baik seperti dulu tanpa menyedari yang oleh sebab dia semakin membesar, dia akan dinilai atas dasar yang sama dengan Abang. Bukan lagi sebagai Adik yang manja. Tambahan pula, dia sendiri sudah ada Adik kecil. Mungkin semua perubahan ini berlaku terlalu cepat bagi dia dan dia tak faham lagi. Cuma yang dia tau, dia takda 'good feeling'.
Angst of a growing child.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment