Selingan - Mencari Aku (work in progress )
Langkah aku semakin berat. Terhoyong hayang, akhirnya aku berpaut kepada railing jambatan yang beku. Dari atas ini aku nampak sungai Grand River yang mula membeku. Sudah tentu ia dapat menyegarkan badan aku yang sangat sangat panas dan gelisah ni. Aku mula buka sweater dan pakaian lain. Aku rasa aku nak terjun bersedia dibibir jembatan. Panas badan ku semakin meninggi dan kepala ku semakin berpusing-pusing sekejap ke sana sekejap ke sini.
Tetiba satu sorotan cahaya lampu dari kereta entah dari mana menyuluh tepat kepada aku diikuti bunyi breknya yang mengejut. Aku menoleh dan mendengar pintunya dibuka. Terus aku mendengar suara yang aku sangat kenal menjerit, ' there you are. what are you doing .. stop it!!!'.
Aku jadi kaku. Bidadari menjelmakah, fikir otak yang sedang berkecamuk. Kaki aku sudah bersedia untuk melonjak tapi otak aku belum memberikan isyarat. Malah ia berbisik,' wait for her, she might have something to say ... listen'
'What do you want? I just wanna have a swim to cool myself down', aku melaung ke arah kereta tersebut.
' Not when it's 5 below zero. You'll kill yourself. Come here and put your clothes back on' , dengan cepat dia merapat kepada aku dan menarik tangan dan memeluk ku. ' Here put this back on. Lucky i found you or they gonna have to fish you out tommorow. You must be out of your mind'.
'Lucky i found you'. katanya separuh bersyukur, berulang-ulang.
Aku jadi tak bermaya dan membiarkan sahaja aku dipapah masuk ke kereta. Dengan mata separuh terbuka aku bertanya,' How did you find me?' .
'Zack called and said you left the bar an hour ago. He was worried because you didn't look so good when you left. Why are you doing this?'.
' I don't feel good and wanna get some fresh air'
'Not this way, you crazy. Let me take you home'.
'OK' aku akur.' I wanna puke' . Terus aku muntah keluar tingkap. Aku rasa kali kelima aku muntah malam ni. 'OK'. ulang ku lagi.
'Let me take you home,' kata bidadari ku lagi.
'OK', macam tak keluar suara aku.
No comments:
Post a Comment