My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, October 11, 2008

Sleeping Arrangement


Adik sudah menjangkau 10 tahun setengah usianya. Tapi, bila waktu malam, Adik masih ingin tidur menemani Ibu dan Ayah. Alasannya kerana teman sebiliknya, Faim yang masih kecil akan tidur juga bersama Ibu dan Ayah dan Adik tidak mau tidur keseorangan di biliknya.

Malam tadi, seperti selalunya, aku tawarkan diri sekali lagi untuk tidur menemani Adik di bilik dia.
'OK, Ayah. You can accompany me. But, with two conditions', Adik bersetuju sambil meletakkan dua ibu jari di depan mata aku.

'Errr.. what are they, Dik?', aku bertanya. Hairan jugak aku dengan syarat-bersyarat ini.
'Number One - you can not run away in the middle of the night. And number two, you cannot snore so loud', kata Adik meletakkan syarat dengan tegas. Cara Adik memberikan syarat mengingatkan aku kepada Mr Bala, kawan aku.

Aku mengaru-garu kepala sambil bertanya,'Snore a little bit can or not, Dik?'
Saja aku mengusik Adik.
'OK, you can snore a little bit', jawab Adik selamba.

Jadi, malam tadi aku pon menemankan Adik. Aku baring sebelah Adik sambil menjeling sekejap-sekejap kepadanya yang sedang membaca buku Star Wars dengan diterangi lampu membaca dari meja di sebelah. Aku cuba memejam mata sambil memikir kenapa sebenarnya Adik perlu ditemani setiap kali dia ingin tidur. Mungkin dia merasa selesa apabila ada orang tua bersama dia. Mungkin keberadaan aku disebelah seolah-oleh memberi perlindungan kepada dia dalam ketidaktentuan kegelapan malam.


Aku sedar-sedar dari tidur apabila hampir waktu Subuh. Adik senang lena mengerekot di sebelah. Buku yang dibaca tersusun rapi di atas meja dan lampu meja pon sudah ditutup. Aku bangun dan beredar ke bilik air.

Sambil mengambil wuduq, satu pemikiran terlintas di kepalaku. Mungkin sebenarnya aku yang memerlukan adik untuk kelenaan tidur ku. Untuk membolehkan aku tidur dengan lenyak.
Hmmm... mungkin juga.

No comments:

Post a Comment