Apa maksud Hari Raya? Apa yang aku diberitahu semenjak kecil ialah ianya merayakan kemenangan kita sebagai individu dan sebagai satu umat, menahan nafsu makan dan syahwat di siang hari sepanjang satu bulan berpuasa. Itu yang aku tau dan itu yang aku beritahu kepada Zaim.
'What do we normally do on Hari Raya, Ayah?', tanya Zaim lagi.
Aku merenung lama. Apa selalunya yang aku buat? Yang aku ingat sembahyang raya, menziarah kubur, memohon maaf dan menziarah saudara-mara dan sahabat handai. Tapi semua itu ialah kegiatan yang aku buat semasa kecil. Masa sudah tua begini, di pagi raya, pernah aku tak ke mesjid. Pernah aku tak berziarah ke kuburan. Pernah aku tak berziarah ke saudara mara dan sahabat handai. Pernah aku tak berziarah ke kuburan saudara mara dan sahabat handai. Apakah aku sudah kehilangan maksud hari raya. Semangat hari raya.
Di mana aku selama ini?
Tahun ini aku tak akan balik ke kampung. Aku tak akan dapat bersembahyang raya di kampung. Aku tak akan dapat menziarahi pusara Ibu dan pusara kakak. Aku tak akan dapat bersalam dan memohon maaf dari Bak. Aku tak dapat berjumpa adik beradik, anak saudara, sepupu dan saudara.
'Ayah, you take me to the masjid again, like last year, ok?' , Zaim merayu aku. Naim pula mencelah,'when i salam you, you give moneeeeeey?'
' Sure, Im', jawab ku sambil masih mengerut dahi.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment