Aku tengah menonton satu filem di TV bila skrin menunjukkan pemandangan kota Berlin.
Zaim menyampuk,' Where's the Nazi ayah?'.
Aku jawab, ' This is the present. There's no Nazi now in Berlin'.
Kemudian aku pelik. Aku tanya balik,' Where do you learn about Nazi?'.
'They are bad people right. They tortured the Jews, right Ayah?', tambah Zaim, membayangkan kepada aku yang dia memang terdedah kepada maklumat itu samada dari bacaan dia atau pelajaran di sekolah. Aku belum pernah bercerita tentang kejahatan Nazi dan kesengsengsaraan Yahudi kepada Zaim. Kalau ada pun mungkin secara seimbas sewaktu menonton filem juga seperti cerita-cerita Perang Dunia Kedua. Aku rasa dia belum bersedia.
Aku belum bersedia lagi untuk menceritakan panjang lebar tentang kekejaman manusia ke atas manusia yang lain. Samada semasa Perang Dunia Kedua, Perang Dingin atau sepanjang sejarah manusia, bertamaddun atau tidak. Aku rasa aku ingin Zaim memahami perkara ini sendiri. Dari bacaan dia bila dia sedikit dewasa nanti dan membuat kesimpulan dia sendiri tanpa aku mencorakkan apa-apa. Aku membisu sahaja sambil meneruskan menonton.
Melihat aku berdiam, Zaim bertanya lagi mungkin ingin menunjukkan sebanyak mana dia mengetahui tentang peristiwa hitam manusia. 'Who is Anne Frank, Ayah? Do you know Anne Frank?' tanya Zaim sambil mencuit bahu ku.
'Yes' kata aku sepi. Anne Frank ialah gadis belasan tahun yang menulis dalam diary nya tentang kehidupannya semasa Perang Dunia Kedua sewaktu dia dan keluarganya terpaksa bersembunyi dari kekejaman Nazi di Occupied Holland. Tapi aku masih belum mahu menceritakan semua itu kepada Zaim. Aku pasti Zaim sudah ada sedikit pengetahuan tentangnya. Dia cuma sekadar ingin membayangkan kepada aku yang pengetahuan dia sudah mencakup kepada ini.
Aku terus diam. Mata Zaim merenung kepada ku. Melihat aku diam, dia terus menoleh kepada layar TV dan diam.
Aku rasa dia sedang berfikir.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment