Baby Faim dah masuk 7 bulan. Sangatlah comelnya dia sehingga aku terkadang terbayang akan dia, walaupun di puncak Bukit yang Tinggi. Comel dan montel.
Berat Baby Faim aku rasa dah melebihi 10 kilogram. Pada aku dia seorang Baby yang sehat. Yang tersangat suka minum susu. Dan yang sentiasa minta dimanja. Walaupun waktu dia tengah tidor. Dia minta dimanja dan diberi susu.
Baby Faim sangat bertuah. Kerana pada setiap masa, dia akan dilayani oleh seseorang. Abang, Adik, Kakak, Atok dan Nenek akan sentiasa meluang masa meng-agah Baby Faim bila sahaja terluang. Sebab itu jualah, dia akan sentiasa memanggil sesiapa yang berdekatan sekiranya dia merasa kesunyian atau ditinggal sekejapan.
Dia juga dapat menduga bila Ibu atau Ayah akan keluar dari rumah. Apabila dia lihat, Ayah keluar menghampiri kenderaan, dia akan tersengeh-sengeh dan mengangkat tangan. Begitu juga kalau melihat Ibu sudah menggunakan tudung.
Oleh yang demikian, aku mendapati Baby Faim lebih manja dari Abang atau Adik semasa kecil. Pada aku, Adiklah yang paling lasak. Oleh kerana Baby Faim paling manja, maka dia sajalah mendapat hadiah istimewa dari Ibu yang Abang atau Adik tidak pernah dapat semasa kecil.
Baby Faim dihadiahkan buaian yang digantung dibawah tangga untuk menenangkan tidor dia sewaktu Ibu sibuk mengatur hal rumah tangga yang lain.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment