Adik mula puasa semalam. Belajar berpuasa. Sebab dia tidak niat dan sahur. Dan bermulalah satu lagi cabaran aku dan Ibu untuk mendidik dia tahan berpuasa.
Aku, Ibu dan Nenek pagi-pagi bertolak ke Sungai Buloh. Oleh kerana Adik belum bangun, Ibu pesan sama kakak supaya kalau Adik bangun dan mintak makan jangan diberi. Suruh Adik telefon Ibu. Kalau boleh suruh dia mandi pagi dulu dan tengok TV. Memang betul, waktu kami sedang memilih pohon-pohon kecil untuk Nenek, Adik dah telefon. Ibu berjaya pujuk Adik supaya tunggu sehingga kami balik.
Jam sebelas lebih kami dah sampai ke rumah. Adik dah mula minta makan. Ibu kata tunggu la tengahari sebab kalau hari pertama puasa separuh, esok boleh puasa separuh lagi. Aku pon ajak Adik tolong aku pindah pohon-pohon Nenek ke dalam pasu.
Selesai semua dekat pukul satu, Adik minta makan lagi. Kali ni aku tawarkan dia main komputer selama sejam. Dengan syarat kalau dia nak main, dia tak boleh makan masa main komputer, hanya selepasnya. Dia setuju. Main komputer lebih penting dari makan. Dekat pukul dua, aku beritahu Adik yang aku tak kesah kalau dia nak main lagi setengah jam untuk habiskan segala orang jahat yang sedang menyerang dia. Dia senyum bersetuju. Kemudian aku pepura minta dia ajar aku main Playstation pulak.
Petang sebelum dia minta makan, aku ajak dia check pokok-pokok bunga yang kami tanam dan siram air. Kemudian Nenek ajak dia pi Pasar Ramadan. Nenek kata bukan main lagi dia minta beli makanan. Kueh lapis, siput sedut, u-chakue semua dia suruh Nenek beli.
Lagi 15 minit nak buka puasa, Adik dah sangat tak tahan. Dia asyik merenung makanan atas meja. Aku takut dia langsung 'ngap' aja bebenda semua tu. Tapi aku dah kehabisan idea nak lalaikan dia dari makan. Aku ajak dia duduk di luar. Entah mana datang ideanya, aku bercerita pasal membela ayam waktu aku kecil. Bukan main seronok dia mendengar cerita yang sudah tentu aku tokok-tambah sedikit supaya menarik.
Sedar-sedar dah azan. Dan Adik makan dengan sepuasnya. Dia berjaya puasa sehari penuh walaupun dia tidak bersahur. Ibu pun senyum dan ingatkan Adik supaya esok dia kena bangun sahur. Esok Adik tak sekolah, jadi satu lagi pusingan akan berulang.
Kemudian, kami sama-sama pandang ke Baby Faim. Lagi enam tahun.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment