'Ayah, Can I get the seeds now?', tanya Alfaim.
'Wait Faim. Our purpose is to check out birthday presents for Abang Cik, right. So, we must do that first', jawab aku cuba menahan sabar Faim yang dah tinggi separas pinggang aku. 'OK', jawab Faim beralah.
Selesai bertawaf dalam Toys r Us dan setelah mengenalpasti dua hadiah yang mungkin disukai Naim, aku mengajak Alfaim dan Alnaim makan tengahari dahulu. Faim dan Naim makan sepotong pizza berkeju seorang sementara aku makan sejenis benda bergelar keju empanada. Aku lihat Faim makan begitu cepat sekali. Selesai dimakannya dia nak tolong makan pizza Acik pulak.
'Ayah, we are done now right? Can we go', Faim mengajak. Aku tau dia nak suruh pergi beli biji benih sayur dekat kedai depan tu lagi. 'Be patient Faim. You have to go to the washroom and wash your hands and maybe peepee first. Then we have to find one more thing for Acik's school project', jawab aku. Acik yang ada bersama cuma diam mengganguk. Lain benar perangai Acik kali ni.
Akhirnya kami pergi juga dan belikan biji benih sayur seperti yang dikehendaki oleh Faim. Dia memilih benih lobak jingga dan jagung. Punya la susah nak jaga. Tapi atas kesungguhan dia aku belikan jugak. Sampai di rumah Faim terus minta supaya benih benih tersebut ditanam dengan segera. Aku nasihat Faim supaya bersabar sebab cuaca mendung dan sejuk petang ini tak sesuai untuk berkebun. Aku nasihat supaya menunggu bila matahari sudah bersinar terang supaya benih dapat zat dari matahari dan cepat membesar. Dia akur. Esok, sedang aku bersiap untuk ke pejabat Faim dah mendesak untuk menanam benih kerana matahari dah terang sedikit dari semalam. Aku minta kakak temankan Faim menanam benih benih tersebut di batas bunga Ibu di tepi garaj.
'And remember Faim, the instruction say it will take 30 days for the carrot and 90 days for the corn to properly grow. You have to be very patient ok. And not all the seeds will grow into an adult tree, maybe 3 or 4 will', kata aku lagi. Aku tak mau dia kecewa atau mendesak-desak kemudian kalau apa-apa berlaku. Faim ucap terima kasih.
Malam semalam sebelum tidorkan Faim, Ibu panggil aku ke bilik. Dia tunjuk satu jadual Faim tulis sendiri dengan tarikh satu hingga 30 tertulis rapi dalam kotak-kotak umpama kalendar. Dan tarikh 1 dan 2 telah dipangkah, menandakan dah dua hari dia menanam biji benih tersebut.
Aku memandang ke Ibu. Dalam hati aku berkata,' alamak, kalau tak tumbuh ni macam mana ye?'.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago