Faim hanya boleh bermain Nintendo atau Wii hanya pada waktu-waktu tertentu, dan hanya pada hari Ahad. jadi, setiap hari Ahad aku atau Ibu akan diberikan soalan-soalan yang sama bertalu-talu :
'Ayah, when can I play?'.
'After you have mandi and breakfast, at 10 am'.
'Ayah, how long can we play?', tanya Faim.
' Until 1130'
'How long is that'.
'One hour and a half'.
'How many minutes?'.
'90 minutes'.
'Long hand where and short hand where?'.
'Long hand at 6 and short had at 11'
'OK'.
Begitula cara dia mengukur waktu. Dan waktu sangat penting bagi dia untuk mengatur hari paling utama dalam seminggu. Hari dia dapat bermain dengan Wii atau Nintendo DS dia.
Untuk memendekkan dialog yang sangat serupa setiap masa itu, Ahad lepas juga aku membelikan Faim 'jam meja digital' untuk dia melihat waktu dengan lebih sempurna untuk menentukan waktu bermain. Faim gembira dan minta dipasangkan ditepi katil supaya dia dapat juga mudah mengerling pada muka jam sambil menonton TV dan menepati waktu tido dengan jam terbut. Aku tak sangka dia akan mentaati waktu ditunjuk jam tersebut tapi malam tadi waktu aku menemani Faim tidor, dia asyik mengerling-ngerling akan jam dan memberitahu aku pukul berapa setiap satu-dua minit.
'Ayah, it's 10.01',
'It's 10.02'.
'10.03'.
'10.04'.
'Now it's 10.05. We should sleep'. Bertalu-talu Faim beritahu aku waktu semasa.
Aku yang separuh mengantuk menjawab,' You should be asleep much earlier la. Now I cannot sleep'.