Cuti sekolah bermula lebih awal bagi Faim.
Sepatutnya dia bersekolah lagi seminggu tetapi Nenek telah membuat program sendiri dengan Faim, dengan persetujuan aku dan Ibu.
'So, how many days, Faim?', tanya aku dengan Ibu serentak. Kami memandang muka Faim.
'Ten. I told you so many times', jawab Faim. Menunduk muka tanpa memandang kepada kami.
'Will you miss us?', Ibu tanya lagi. Sengaja nak menduga.
'Well it depends!', Faim jawab selamba.
Kami kehairanan. 'Depends on what?', Ibu pulak bertanya.
'Well, it depends on whether all of you will miss me or not', Faim menjawab selamba. Tapi dia masih tidak memandang kepada kami.
'Of course, we will. My baby going away for so long.', Ibu menjawab sambil mengusap kepala Faim. Faim cuba mengelak dan beralih ke aku. Aku cuma diam sahaja kali ini.
'OK.. I will miss you,................... maybe', Faim tersengeh sedikit. Mengusik kami pula.
'Ayah, why you so quiet?', Ibu tanya sambil mencuit bahu aku.
'Oh nothing. Just wondering. Faim.. could get me a jersey. Err FC Panathinaikos', aku tanya kepada Faim.
Ibu menoleh segera ke aku.
'Hey Ayah.. Anak nak pergi ni, dia pikir itu pulak', tegur Ibu.
Aku hanya tersenyum. Aku peluk Faim.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago