My photo
Stories for my three heroes.

Monday, May 16, 2016

LET ME TELL YOU A STORY

Aku sampai ke rumah Jumaat lepas seperti biasa sewaktu Faim sudah mula proses untuk tidor. Memandangkan dah agak lama aku tidak berkesempatan berbual dengan anak aku yang dah hampir menjangkau 12 tahun ini, aku pon cepat-cepat masuk ke bilik Faim.

' Are you going to sleep already, Faim?', tanya aku.
' Nope. I am going to tanam padi', jawab Faim meniru gaya Ibu menjawab bila aku selalu sangat tanya Ibu sedang buat apa selalu.

' Óh.. You are copying Ibu now ya', aku mengusik.
' Hehehe.. I'm just teasing you, Ayah. Yea I am tired but cannot sleep yet', jawab Faim.
' Let me tell you a story, so you will fall asleep easier', aku kata kepada Faim. Aku terus berbaring sebelah Faim.

Dulu masa Faim masih kecil memang aku rajin bercerita kepada dia sebelum dia tidor. Kadang aku cerita untuk kedua-dua Acik dan Faim sekali masa mereka masih lagi berkongsi bilik. Sekarang Acik dah tido di bilik sendiri. Bilik Abang yang lama.

'No, Ayah. Let me tell you a story', Faim menawarkan kepada aku pula.
' OK', jawab aku sambil berfikir. This could be fun.

Faim pon berpaling mengadap aku dan mula membuka cerita,'Once upon a time, a boy is trying to sleep but his dad came and ask to tell the boy a bedtime story. But, the boy is so tired so he asked to tell his dad a story instead...''

'Hey, what kind of story is this', aku memotong cerita Faim. Anak 12 tahun aku ni memang sangat nakal dengan idea.

Faim tidak menjawab cuma tergelak kecil,' hihihihi'.
Aku pon tergelak sama,'hehehehe'.
'Hehehehe'sana, 'hihihi sini'... sedar sedar bilik dah gelap dan jam Garmin aku menunjuk pukul 2.30 pagi. Aku terlelap rupanya masa tergelak-gelak dengan Faim. Aku pon bangun dan pergi ke bilik air. Aku belum solat isya lagi.