Baby Faim telah mencapai satu lagi kemajuan dalam kehidupan dia yang baru setahun lebih tersebut.
Aku pulang ke rumah dalam kepenatan kerana kerap bertugas di luar. Masuk aja ke muka pintu, aku di sapa oleh suara girang Baby Faim yang menjerit ' Ayah ' dari dapur. Hampir hilang semua rasa penat di badan mendengarnya.
Tapi Baby Faim menunjukkan satu kepandaian baru. Dari dapur, dia terus berjalan tertatih- tatih tanpa pimpinan sesiapa menuju ke Ayahnya yang mula membongkok diri untuk mendakapnya. Dengan tersenyum-senyum dan dengan mata yang membulat dia berjalan seperti zombie mabuk hingga akhirnya aku dapat mendakapnya. Aku peluk dengan erat dan dengan rasa sayang yang teramat sambil bersorak girang. Pandai Baby Faim sudah berjalan. Ibu dan Nenek nampak tersenyum bangga.
Akhirnya, Baby Faim melepas aku dari dakapan. Aku sangka dia nak berjalan balik kepada Ibu di dapur. Tapi dia terus menonong ke arah pintu. Dia tunjuk ke arah kereta seraya berkata, 'Meh.. meh...meh...' sambil menoleh kepada aku. Rupanya dia nak naik kereta juga walaupun dah pandai berjalan. Ibu tertawa melihat gelagat Baby Faim
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment