My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, November 20, 2008

MEMBACA

Kawan aku menghadiahkan aku sebuah buku. Sebab aku dah semakin tua dan nyanyuk agaknya. Maka aku kena lebih banyak membaca dari bercakap.


Tapi memang kesukaan aku membaca. Ambil la nasihat apa sahaja pasal membaca ini, menambahkan ilmu, mengisi masa terluang, menambah pengetahuan, memperkaya perbendaharaan kata, apa la sahaja.. semua itu dianggap betul oleh aku. Yang pasti aku suka membaca dari bercakap.


Tapi aku tak tau dari mana boleh datang minat nak membaca aku ni. Yang aku ingat, aku tidakla dibesarkan di dalam perpustakaan. Rumah aku tak ada khutub khanah. Tapi aku rasa minat aku membaca mula dengan komik. Sebab ada gambar. Mak aku suka membacakan kepada aku kartun-kartun yang disiarkan dalam surat khabar Utusan Melayu/Zaman. Yang aku ingat Kartun Nancy oleh Bushmiller dan kartun Tarzan. Kartun tersebut dialih bahasa dan ditulis dalam tulisan Jawi. Macam juga seluruh berita dalam surah khabar tersebut yang ditulis dalam Jawi. Masa kecik aku tak pandai baca Jawi, jadi Mak la yang membacanya sambil membuat mimik suara sekali. Sekejap suara Nancy, sekejap Sluggo dan sekejap Aunt Fritzi. Macam suara kartun-kartun alih suara Jepun di TV sekarang. Bila dah sekolah, dah pandai membaca, aku banyak baca buku sekolah sambil terus mendengar Mak membaca kartun Nancy.

Aku mula didedahkan ke Perpustakaan seingat aku di sekolah masa darjah empat. Kami masuk ke perpustakaan sekolah dan didedahkan kepada konsep adanya tempat boleh meminjam buku, membaca dan memulangkannya, tempat yang perlu suasana tenang dan diam. Dan, aku pun mula meminjam buku-buku seperti Tiga Penyiasat, Tujuh Perisik dan Lima Sekawan yang juga dialih bahasa. Masa mula-mula aku tak tahu pon yang buku-buku tersebut dialih bahasa. Hingga lah aku terjumpa di Johor Central Store. Aku juga suka membaca cerita Noddy dan Mr Plod. He he he.


Di Sekolah Menengah, aku mengambil bahagian dalam ELRP(English Language Reading Programme), yang mana kami disuruh membaca buku cerita Inggeris dalam bahasa Inggeris dan diberi seminggu untuk menghabiskannya. Di akhir buku, ada soalan yang perlu dijawab. Jadi kami perlu memahami bahasa dan jalan cerita sekali. Dua tahun aku terlibat bersama-sama semua murid-murid setingkatan. Dan buku-bukunya selalu merupakan karya-karya popular Inggeris yang dipendekkan/dimudahkan seperti A Town Like Alice, Pride and Prejudice, Tom Sawyer, Treasure Islands, Call of the Wild dan sebagainya. Kadang dah habis baca buku dua tiga kali, aku masih tak dapat nak menjawab soalan. So apa lagi, aku pon merujuk kepada pakar rujuk kami, Charanpal Singh, cikgu Bahasa Inggeris tak rasmi. Aku dan Poon Keng Yuen(Spoon) akan mengasak beliau memanggil, 'chapal sing chapal sing'. Beliau tidak pernah menolak membantu kami walaupun kadang dia menasihat, 'You should try to answer yourself'.

Pada waktu yang sama, aku mula terbuka kepada karya sastera Melayu. Semuanya buku Abang aku yang dah habis sekolah dan berpindah ke KD Pelanduk. Aku belek buku tebal berwarna jingga dan berjinak membaca kumpulan-kumpulan cerpen yang tajuknya aku tak ingat kecuali Aku Di Sebuah Pulau dan Nasihat yang Memberi Berkas. Tapi kisah-kisahnya segar dalam ingatan. Aku juga mula membaca Tulang-tulang Berserakan, Nyawa Di Hujung Pedang dan patah Sayap Terbang Jua.

Aku kurang membaca pada awal 80an kerana aku lebih menumpu kepada peperiksaan besar dan Big League Soccer. Tapi aku masih suka membaca akhbar Star abang aku ( kadang Mak tak faham lalu aku bacakan dan terjemah untuk dia) dan Berita Harian Bak. Bak cukup tak suka tengok aku beli Star, NST atau Malay Mail. Baca tak mengapa tapi dia lebih suka aku beli BH atau Utusan. Tapi aku rasa Gila-Gila tetap menjadi bacaan bulanan (adakalanya dwi- mingguan) aku.

Apabila aku mula bermukim di Shah Alam, minat membaca aku timbul semula dengan lebih. Aku selalu menebeng di BBC PKNS dan Marwilis sambil kawan-kawan aku pergi mencuci longkang(istilah kawan baru aku yang juga terlibat dengan Perpustakaan). Malah, di Marwilis lah aku membeli novel pertama aku, Red Storm Rising. Itu pun bila aku terkesan mendengar cerita adik penjual (kami sama usia rasa aku) bahawa kedai baru itu hanya laris dengan majalah dan belum ada ramai membeli buku-buku dan novel terutamanya yang berbahasa Inggeris. Aku juga sering berlegar di Perpustakaan tempat aku sekolah untuk meneliti koleksi buku-buku bahasa Inggeris yang lebih lengkap dan dalam versi yang tidak diringkaskan. Juga aku mula meminjam karya utama JRR Tolkien dan membaca ketiga-tiganya hingga selesai. 15 tahun sebelum versi layar peraknya diusahakan.

Sehingga kini, aku masih meneruskan satu-satu nya kegiatan yang aku sukai. Terdapat masanya aku terpaksa kurang membaca atas sebab tertentu. Ada masanya aku keterlaluan membaca sebab terlalu seronok dengan cerita yang ingin disampaikan apatah lagi penulisnya sangat pandai mengadun cerita dan menarik selera membaca. Dari banyak genre dan tajuk, aku dapati bahawa kini aku menumpu kepada kisah-kisah sejarah dan kemanusiaan. Dan aku senang membaca di mana-mana, di atas katil, sofa, belakang kereta, atas bas dan LRT, dalam pesawat dan di luar, dalam kelas atau dalam bilik mesyuarat(kadang-kadang), malah di bilik sekecil mana pun.

'Yes, what do you need?', aku bertanya kepada Adik.
'Ayah, before you go in to read your book, can I ask you to purchase this book from school?', Adik meminta dengan mata dibesarkan dan mulut dicebik manja. Dia menunjuk brosur buku dari sekolah.
'What book is that?', tanya aku tegas.
'Guide to Club Penguin. 9.99 only Ayah', jawab Adik dengan manja.
Aku teliti sekejap brosur sua-an Adik.
'OK, you get the money from Ibu', jawab aku melangkah pergi.
Asalkan dia membaca.

Oh ye... sebelum aku terlupa(atas faktor usia yang meningkat).
Thank You, An!

Tuesday, November 18, 2008

Talking Science

Semalam sebelum tidur aku melayan Adik bermain Pokemon kad sambil mengambil kesempatan bertanya itu ini dengan dia.

'How is your school Dik?', aku bertanya sambil menyusun kad apa entah di atas meja mengikut arahan Adik.
'Good, but my science quiz was not so good, Ayah', jawab Adik sambil tangan dia menyusun semula kad yang aku letak tadi.

'Why is that?', tanya aku balik. Pada aku Adik adalah saintis ilmu hayat kepada Abang yang lebih suka kepada sains fizik dan pergerakan. Kemanusiaan berbanding teknologi.
'Well.. I missed one question and didn't get any point for that', kata Adik selamba meletak koin-koin kertas bertanda 10 di atas kad-kad aku. Aku tak faham pon apa maksud koin-koin tersebut. Aku berdiam sekejap.

'I forgot the answer. The question was asking "why is Force important to human?", Adik terangkan kepada aku.
Fikiran aku teringat kepada kelas Puan Lek. F=MA. V= U + at. Kelas dalam makmal fizik yang selalu kena buat eksperimen troli dengan pita detik. Yang Selalu aku jadi tukang catat masa dengan jam randik.

Aku paling ke Adik dan terus bertanya, ' Now have you found out the answer to that?'.
Adik mendongak, tapi belum sempat dia membuka mulut, Faim dah melompat dari depan TV ke meja dan menjerit.. 'I know, I know '.

'What do you know Faim?', aku bertanya kepada Faim yang masih melonjak-lonjak.
'The Force is important so I can be Jedi Master', jawab Faim sambil terus bersilat di depan TV.

Mata Adik terbeliak. Besar! Aku padang TV. Cerita kartun Clone Wars sedang ditayang.