My photo
Stories for my three heroes.

Friday, April 09, 2010

Where Do I Meet You?

Minggu lepas Abang minta aku menemani dia ke Metrotown Mall. Katanya dia ingin mendapatkan sesuatu. Aku merasa terkesan. Semenjak masuk kategori anak bujang, jarang Abang ingin aku bersama-sama dia tanpa aku perlu membujuk atau berkeras. Dengan girang aku memandu Abang ke Metrotown sambil mengambil kesempatan bercerita dengan anak bujang yang minat dan kegemaran yang telah banyak jauh berubah. Senagaja aku memandu dengan sangat perlahan supaya lebih panjang masa dapat aku luangkan bercerita dengan 'captive audience' aku.

Melangkah beberapa tapak ke dalam Metrotown, Abang terus bertanya, ' So, where do I meet you?'
Aku tergamam sebentar. 'Err where are you going?'. Akhirnya aku dapat bertanya.
'To get my stuffs', jawab Abang.
Aku terdiam lagi untuk berfikir sejenak.
'Oh you can see me inside Chapters after you got your things. I want to get some books for Faim. It's ok. You come and see me there. And, if you want some tshirts, we can get them after that if you want, at your favorite store' aku menjawab dengan cuba menahan sebarang emosi pada riak muka aku.
'OK' jawab Abang.

Beberapa minit kemudian, Abang mendekati aku di pintu masuk Chapters dan tersenyum mengajak pergi. Selepas ke J2 untuk sehelai dua tshirt kegemarannya, kami pun beransur pulang.

10 comments:

Anonymous said...

oh ayah!

saya pulak yg terkesan membaca ini..

janganlah anak2 saya membesar dengan cepat :(

BukaTutup said...

kau kena keluar dgn aku sekali lain kali. Boleh pekena teh ais dgn roti bom sambil Abg cari barang dia ... Dia tgh membesarlah beb. Jangan terkesan sangat. Kena terima

Ayah said...

Anon : jangan begitu. lain bebudak lain pemikirannya...

BukaTutup : nko ni asyik teh beng dengan roti bom. takda ke cerita beli kain ke, kueh akok ke, nasi lemak tanglin ke.. takda? Mungkin aku terasa sikit sebab aku terlalu rapat dengan dia semenjak kecil, tapi memang aku menyadari.. Namun demikian penerimaan sesuatu keadaan dan kesan sesuatu keadaan itu adalah dua fenomena berbeda walaupun berkait.

KakYang said...

sedihnyer..tak lama lg saya akan mengalami fasa yg sama mcm En Ayah...mentelah pulak anak hanya 2 jer...harap2 anak saya masih nak dok bawah ketiak maknya ini sampai kebesar..tak lah saya sunyi spt sebelum kewujudan mereka...huhuhu..(er..sorry yer.. sesekali your silent reader ni nak menyampuk juger..hehe)

afid said...

ayah dah tukar rumah baru la..

MA said...

Ayah : Setakat ini - anak-anak aku masih nak ikut aku. Mungkin antara dua. Samada diorang nak pow aku; or atas dasar kesian tengok aku sorang-sorang. I sure do hope it is the latter.

Anonymous said...

sedih bace post ni..
maybe sbb dlu mcm pernah ckp kt ayah sendiri macam ni..tp yela, seganlah nk shopping ngan ayah sendiri sbb sy perempuan..

Ayah said...

natrah : jangan takut. Mereka tidak bermaksud melukai kita. Cuma dunia mereka sudah lebih luas dan tidak lagi hanya beredar sekeliling kita.

afid : Ayah keluar kejap nengok rumah Ayah. Sama je. Kalau berkaitan rumah blog ni, ni semua pasal haloscan la..

MA : Aku pon rasa depa kesian nko. Tapi depa nak ikut nko ke atau nko yang ikut depa?

Anon7.04 : Jangan sedih itu fakta kehidupan. Tapi ingatlah, bahawa sesungguhnya mungkin pada suatu waktu itu anak-anak akan segan berdamping dengan ibu bapa di khalayak umum, namun demikian Ibu/Bapa tidak akan pernah berperasaan begitu. Kerana Ibu/Bapa faham bahawa akhirnya mereka akan kembali juga.

Anonymous said...

aku pun dlm phase ni..sedih + kena terima hakikat..masa kecik aku nak gi kerja pun nak ikut..Bila dah besar siap warn ambik kat gate ..jangan tunggu kat dlm sekolah...tu lah satu2 anak bertuah aku..Skrg tgh convince anak aku buat scuba diving so boleh joint aku ..hope dia akan suka..

Ayah said...

anon 3:54 : setuju. masa kecik kita nak pergi kerja asyik kena bawak keliling kampung pusing seround dua dulu... aiyooo...

Post a Comment