My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, May 20, 2010

Adik Bosan

Semenjak berusia 12 tahun, Adik jarang sangat membelanjakan masa untuk bersama aku ( spend time with me le). Menurut Kakak, kalau balik dari sekolah, adik akan memerap diri di dalam bilik tidor. Samada ingin menyudahkan kerja sekolah atau sengaja ingin menyendiri menonton TV. Berlainan dari kebiasaannya, sewaktu aku sampai ke rumah dari pejabat, Adik tidak pernah turun untuk menyambut aku. Hanya Faim dan Abang sahaja. Sehari-dua ini apabila aku menjenguk ke bilik, dia terbaring melepek kebosanan.

"Are you bored, Adik?', aku cuba bertanya.
'Yes, I got nothing to do', jawab Adik.
'Go and play outside. It's a nice day', aku cuba mencadang. Sambil tu aku mendekati dan duduk di sebelah Adik di birai katil. Mata Adik tidak bergerak dari kaca TV.
'No, I don't want. I am just bored', jawab Adik lemah. Adik mengesut menjauhi aku.
'Do you want to go see a movie with me this weekend. Shrek is showing?', tanya aku cuba mengatur program cuti hujung minggu.
'No', jawab Adik.
'Fishing?'.
Geleng.
'Bowling?'.
Geleng.
'Go-karting?'
Geleng lagi.
'What do you want to do?', aku bertanya.
'Nothing. I am just bored', Adik mengeluh sambil menujuk muka bosan.

Aku dah kehilangan idea. Aku keluar dari bilik setelah menasihat Adik memikirkan apa rancangan hujung minggu yang dia inginkan. Aku mencari Ibu.

Wednesday, May 05, 2010

Minum

'Ayah, when you come back from work, can you buy Coke for me?', tanya Faim dalam telefon.
'Sure, but I thought you like to drink Sprite?', aku suka cara Faim bertanya dan memohon. Sangat bersantun.
'Oh. I can not drink Sprite because last time when you bought for me, it was gassy', Faim menerangkan dengan yakin sekali.
'Oh but Coke is gassy too. Just like Sprite. Can I buy you some juice. What would you like?', aku bercakap sambil membayang dahi Faim berkerut memikirkan pilihan.
'Ermm What juice do you drink Ayah?', Faim tanya kepada aku balik.
'I like mango juice', jawab aku.
'What is mango, Ayah. Is it like orange?', tanya lagi.
'Yes, it's a fruit just like orange, only sweeter. Never mind la Faim, I just get you an orange drink', aku ingin memudahkan Faim.
'OK, I can drink orange. Oh, and Ayah, you can get one mango drink for yourself too', Faim menawarkan kepada aku pula.
'Oh ok, thank you Faim. See you this afternoon', aku menutup bicara dengan anak aku yang paling kecik dan semakin pandai berbual dengan orang dewasa.