Semenjak berusia 12 tahun, Adik jarang sangat membelanjakan masa untuk bersama aku ( spend time with me le). Menurut Kakak, kalau balik dari sekolah, adik akan memerap diri di dalam bilik tidor. Samada ingin menyudahkan kerja sekolah atau sengaja ingin menyendiri menonton TV. Berlainan dari kebiasaannya, sewaktu aku sampai ke rumah dari pejabat, Adik tidak pernah turun untuk menyambut aku. Hanya Faim dan Abang sahaja. Sehari-dua ini apabila aku menjenguk ke bilik, dia terbaring melepek kebosanan.
"Are you bored, Adik?', aku cuba bertanya.
'Yes, I got nothing to do', jawab Adik.
'Go and play outside. It's a nice day', aku cuba mencadang. Sambil tu aku mendekati dan duduk di sebelah Adik di birai katil. Mata Adik tidak bergerak dari kaca TV.
'No, I don't want. I am just bored', jawab Adik lemah. Adik mengesut menjauhi aku.
'Do you want to go see a movie with me this weekend. Shrek is showing?', tanya aku cuba mengatur program cuti hujung minggu.
'No', jawab Adik.
'Fishing?'.
Geleng.
'Bowling?'.
Geleng.
'Go-karting?'
Geleng lagi.
'What do you want to do?', aku bertanya.
'Nothing. I am just bored', Adik mengeluh sambil menujuk muka bosan.
Aku dah kehilangan idea. Aku keluar dari bilik setelah menasihat Adik memikirkan apa rancangan hujung minggu yang dia inginkan. Aku mencari Ibu.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
4 comments:
salam..adik dah nak masuk fasa baligh kot ehehe...
arsaili : mungkin juga tu. dahi dia dah ada jerawat sebiji
sorry im trespassing, been reading ur blog to fill up my times,
wish my parent would do the same thing to, it was really sweet. nice reading ur blog.
rendrazaleigh
rendrarazaleigh : thank you. Jangsan segan-segan.
Post a Comment