Aku potong rambut sebulan sekali. Aku masuk, tunggu kejap, duduk dan angguk bila tukang gunting tanya ' macam biasa?'. Aku diam sepanjang guntingan dan bayar bila selesai dan balik. Abang sekarang mengunting rambut di salon tempat ibu selalu potong. Dia tak mau gunting tempat aku selalu pergi.
Minggu lepas waktu aku cuti panjang, aku teman Ibu hantar Abang bergunting. Sebaik duduk di kerusi, Abang keluarkan kertas dan beri kepada Tukang Gunting. Aku tengok dari jauh Tukang Gunting membelek sekejap dan kemudian mengganguk. Rupanya Abang tunjuk gambar stail rambut yang dia hendak. Aku tengok gambar budak korea rambut terjulur ke depan. Aku pon diam aja. Dalam kereta waktu memandu balik, aku bertanya ke Abang :
'Why do you want to cut your hair like that?'
'Oh.. it's just the style I am comfortable with', jawab Abang.
'OK.. but I hope you don't mind me saying.. but it looks like 'diskang'', aku mengusik.
'Hah? what is diskang Ayah', tanya Zaim balik.
Aku termenung sebentar. Aku pon tak ingat maksud sebenar. Tapi rasa aku diskang merujuk kepada stail rambut atau seluar zaman muda mudi tahun 80an dengan rambut terjulur hasil solekan sekati gel rambut. Lama sungguh rasanya zaman tu dulu. Aku selalu gelak bila nampak dalam Bas KL-Klang No 63 atao Bas Sri Jaya No 338.
' I am not sure too la Abang. Your hair style sure looks like one to me, hehehehe', jawab aku.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
12 comments:
ayah, anak-anak kamu baca tak blog ni?
They know but they don't read. Kenapa?
salam ayah,
abang nak rambut macam david beckham ke? hehe
random question. tapi sebenarnya lebih kepada nak korek pengalaman. saya blog tentang anak juga, cumanya tak tahu apa outcome nanti bila anak saya besar dan baca blog saya.
anak2 ayah sudah besar, berminat juga saya nak tahu apa reaksi diorang.
rendra : rambut lebih kepada korean singer..
clone : abang tak minat nak membaca. dia ada blog sendiri (pasal game PS3). adik tau pasal blog tapi tak mau baca and mengeluh kalau Ibu suruh baca. faim baru belajar membaca buku ...
Ayah : Diskang tu kan style disco ala jinjang in the 80s...zaman duran-duran dgn Nick apa-kebender-ntah-nama-dia..
Anak bujang aku still maintain rambut belia dia, aku dah warning dia jangan ngengada nak stylo mylo macam jinjang joe...setakat ni masih ke kedai gunting mamak tarah macam biasa...
MA : tak tau le aku. Pada aku yang nampak rambut panjang terjulur kedepan tu diskang je la..
btw aku potong rambut mamak jugak namun tetap kemas dan rapi. masa kolej je rambut aku hard rock sebab lama cari kedai gunting tak jumpa..
no bus tu cam familiar jer ayah... tapi sy zaman early 90s...kl-klang...bus sri jaya too... umm im not fashionable pun..kalau potong ikut la tukang gunting nak potong
Diskang gaya michael jakson la tu ... jangan pakai subang pulak!
arsaili : bus tu le yang selalu ditunggu kat bas stand klang...
bukatutup : kau ke tuuuuuuu?
mantaf bos mkch infonya. mau kasih info juga ni jual furniture jepara harga murah kualitas mewah www.royalmebeljepara.com salam sukses
mkch gan infonya mebel furniture jepara www.jeparadisemebeland.com
Post a Comment