Esok nak raya tapi aku masih duduk kat opis tunggu bos. Ramai yang datang menjenguk dan ucapkan selamat. Aku cuma mengganguk aja sambil mata memandang ke bilik bos kalau dia dah selesai dan aku boleh pula teruskan tugas dari dia.
Sebelum ke pejabat, aku duduk merenung Faim yang tengah tidur selepas sahur. Sedap dia lena dalam kesejukan hujan. Abang masih di atas berchatting dengan kawan sementara Adik entah tengah menggangu Atuk rasa aku. Ibu dan Nenek sedang sibuk mengemas dan menyiap juadah untuk esok. Ibu kata esok masak ringkas aja sebab lepas solat raya kami nak terus pulang ke JB sehari sebelum ke Melaka jugak sehari. Aku tak kisah asalkan ada masakan kesukaan aku : nasi himpit dengan sayur lodeh. Balik rumah Bak nanti adalah ketupat dan rendang serta sayur goreng kering. Adik aku akan balik dari Muar jadi aku rasa sayur goreng tu mesti ada.
Aku tanya Faim samada dia akan kenal Atuk Johor dia. Maklumlah dah lebih empat tahun dia tak jumpa Tok Bak. 'Yes, Ayah. It's your father and he is older than Atuk', jawab Faim pandai.
Sebenarnya umur Tok Bak dengan Atuk sama sahaja, tapi memang Tok Bak Johor nampak tua sikit sebab dia kerja keras masa muda.
'What will you do when you see Tok Bak dik?', aku bertanya kepada Adik.
'Ask for duit raya?', jawab Adik.
'No Dik, I think we shouldn't. Tok Bak is old and not working. In fact we should buy for him something', jawab Abang.
'That's a good idea Bang', jawab aku sambil memikir apa nak aku sampaikan kepada Tok Bak.
Suasana raya memang tak begitu terasa walaupun kami sudah sebulan lebih di tanah air. Aku cuba juga untuk menghidup suasana. Aku beli lampu kelap-kelip untuk gantikan yang aku gantung 5 tahun dulu. Dah kerepot dan patah-patah. Tapi bila memikirkan beberapa wiring yang perlu di sambung, aku batalkan aja niat nak menggantung lampu baru. Dalam dok mengemas store, aku terjumpa pulak 3 pelita minyak tanah yang besar dengan kayu sekali. Segera aku cari minyak tanah tapi dah tiada. Aku pergi ke kedai runcit di bawah tapi Apek kedai kata,' aiyooo sikalang minyak manyak mahat ooo, tala manyak mau jual. Lu amit satu botot, pakai kasi jimat aaa, semilan lingit!' Aku hanya mengganguk tapi gembira sebab dapat juga memasang 3 biji pelita pada sebelah malam.
Malam tadi sekali lagi aku teman Atuk ke masjid untuk terawikh. Atuk sekarang tak berapa boleh memandu malam. Dan kalau ke masjid, dia tak boleh berjalan jauh. Aku selalu turunkan dia di depan masjid sebelum meletak kereta jauh sedikit kerana ramai pengunjung berdekatan yang sudah meletak kereta masing-masing dekat dengan pintu masuk. Lepas tu aku bawak kerusi untuk Atuk duduk waktu nak sembahyang nanti sebelum aku sendiri masuk ke dalam. Itu pon kalau Atuk sehat. Kadang lepas berbuka, Atuk akan mengadu lemah badan atau sakit perut dan terus meminta maaf kerana tidak jadi ke masjid untuk berterawikh. Aku hanya mengganguk.
Bulan Puasa ni hanya dua kali aku membeli juadah buka puasa di Pasar Ramadan. Tu pon pada hari Sabtu sebab Nenek dan Ibu selalu sibuk dan letih kerana banyak perkara dan kerja rumah yang perlu diurus. Di Pasar Ramadan aku cuba membeli benda-benda yang tidka keterlaluan dan pastikan bukan yang dibuat secara ala-kadar yang kadang-kala tidak bermutu langsung dari segi rasa berbanding harga. Letih kalau beli buha melaka, tapi gula merahnya macam dicampur gula pasir. Letih kalau makan nasi ayam kalau, ayamnya sekecik tangan Faim, sopnya tawar dan nasinya keras. Lebih sedap kalau Ibu sendiri yang buat nasi dan sopnya dan ayamnya beli di Ayamas.
Insyallah, hari ini hari terakhir berpuasa. Aku seronok kerana Faim insyallah akan dapat berpuasa penuh kecuali dua hari sewaktu dia masih belajar puasa sekerat hari masa mula-mula itu hari. Setiap berbuka, kami duduk bersama 7 orang da Abang akan membaca doa buka puasa dengan diaminkan oleh kami semua atau kadang dengan rengekan Adik kalau Abang baca terlalu dengan terlalu perlahan dan dia sudah kelaparan.
Tahun depan, aku harap dapat lagi berpuasa dan berbuka bersama. Selepas itu, Abang mungkin sudah mula merantau mencari ilmu dan keluarga kecil kami akan semakin mengecil.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago