Termasuk hari Ahad, Alfaim anak kecil ku sudah berpuasa penuh selama 5 hari. Satu pencapaian yang sangat aku banggakan. Hari pertama dia susah bangun sahur jadi sampai tengahari aja dia dah kelaparan. Hari kedua, dia cuba puasa tapi rupanya dia ada kena jumpa doktor dan doktor sudah bagi satu injection. dalam kesakitan Ibu sudah bagi dia makanan dan minuman yang lazat-lazat. Hari ketiga baru dia dapat berpuasa sepenuhnya.
'Congratulations, Faim! You managed to complete a full day fasting. After several tries', aku memuji Faim di depan anak-anak yang lain. Faim tersenyum memakan juadah kegemaran dia, chicken nugget Mcdonalds. Itu atau Maggi Kicap Indomie. Berpuasa pon tidak susahs etakat ini bagi Faim. Alhamdulilah. Kalau Naim dulu puas aku kena fikir cara nak lalaikan dia dari mengingat makan, Faim ni tak perlu pon. Rasa aku Faim sangat bangga bila dapat duduk berbuka dengan kami dan memakan juadah buka puasa satu meja dengan ahli keluarga lain yang juga berpuasa sama,
'So, how was it. How is fasting to you?', tanya Abang yang turut bebangga dengan pencapaian Faim.
'It's not very hard Along. It is very fast.', jawab Faim sambil terus mengunyah.
'What do you mean so fast?', tanya Along kehairanan. Atuk dan Nenek pon mengganguk kerana ingin tahu sama.
'Oh.. here we can eat at 730. Over there so long, we wait until 930. It's so longgggg', jawab Faim panjang.
'Ooooooo', serentak semua Abang, Atuk, Nenek, aku dan Ibu menyahut panjang jua. Hanya Adik yang seronok sibuk menyerang ayam percik AyamMas.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
4 comments:
wa..tahniah Faim!!
Ayah dah balik malaya kah? hehe
bagus faim, eh balik malaya ka?
Memang suka tengok dia semangat puasa. Ya... Kami sudah terbang semula kebelakang bangau
Cayalah Faim! Indomie ke favorit dia??
Post a Comment