Aku duduk berbual dengan Faim sambil melihat Abang bermain Playstation. Tiba-tiba Faim terpandang sesuatu di luar lantas dia melompat dan menunjuk-nunjuk sambil berteriak, 'Ayah, the birds are back!!!'.
Aku pon memandang keluar pintu dan nampak beberapa ekor burung sedang memakan 'bird seeds' yang digantung oleh kakak.
'It's true Faim. They are moving back north. Remember in the winter they migrated south to find better place to live and food to eat. Now the weather is better, so they return', jawab aku menerangkan prisnsip migrasi haiwan secara ringkas kepada Faim. Itu pon aku rasa pengetahuan setakat kelas Rampaian Sains sekolah rendah.
'Yeah, I know Ayah. Not only birds, Even buffaloes and goats move away when it was cold. Only bears stay inside the caves. They hibernate', terang Faim kepada aku. Wah, ini musti hasil pengetahuan dari Discovery Channel.
'But, do you know what we say back home? No matter how far the birds fly, to the back of the buffaloes they will return', aku cuba berkias dengan Faim. Entah dia faham ke tidak.
'Do you understand?', tanya aku.
'Never', jawab Faim ringkas.
Abang tetiba menyampuk,'It means that no matter where we go, we always want to be home. Home is like the back of the buffalo to the birds'. Habis bercakap Abang memandang kepada aku sambil tersengeh. Berlagak le tu.
Aku pon mengganguk.
'But, I never see a house on a buffalo's back', jawab Faim.
Alamak. Aku dan Abang saling menepuk dahi.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
8 comments:
salam ayah :)
terbaiklah faim. hehee.
rendra... faim ikut perangai sapa ntah!
selamat pulang ke atas belakang kerbau
BukaTutup : aku takut faim lastik je burung semua tu... naya je
ahahahah funny la faim~
Pandai Faim!
funny :)
fyZa/MA/kelon : funny and smart alecky...
Post a Comment