My photo
Stories for my three heroes.

Friday, June 01, 2012

THE END

Abang secara rasminya telah menjadi satu statistik ekonomi.

'What do you mean, Ayah?', tanya Abang kehairanan bila aku beritahu kan perkara ini kepada dia.
' Well as of last Friday, you are now economically categorized as the unemployed. Your economic status is the same as Tok Bak, Atuk, Nenek, the guy who sits all day at the mamak stall and soon   the Coach of MU... maybe, hehehe' jawab aku mengusik.

'But, I just finished school', jawab Abang selamba sahaja.
'Right, so could you help around the house a little bit. Maybe a little sweeping, farming or chicken rearing?..', aku mengusik Abang lagi. 
'Yeah, OK', jawab Abang lagi. 

Dia tau aku mengusik dan  tentunya sengaja buat endah tak endah dengan gurauan aku. Dia dah masak dengan telatah Ayah dia. Tapi sebenarnya aku berbangga bahawa setelah 13 tahun bersekolah di tiga negara berbeza, Abang akhirnya berhasil menamatkan persekolahannya. Jumaat lepas aku bersama Ibu, Adik, Faim dan Nenek bersama-sama menemani Abang semasa Majlis Tamat Persekolahan dan Penerimaan Diploma Sekolah Tinggi dia. Abang aku lihat sangat gembira dan sering bertepuk tangan dengan kawan-kawan dia. Sungguh meriah sekali majlisnya berbanding dengan masa aku habis sekolah dahulu.

Seingat aku, masa aku tamat sekolah dulu, err lebih kurang berpuluh-puluh tahun yang lepas, takda pon majlis-majlis seperti ini. Rasa aku hari terakhir sekolah aku ialah sebaik sahaja aku selesai dengan peperiksaan lukisan masa SPM. Aku rasa aku terus balik rumah dan tidor. Dan terus tidor sampai keputusan SPM keluar. 

'Ayah.. hey Ayah, wake up. Stop that dreaming about your graduation', Abang mengejutkan aku dari lamunan.
Aku tersenyum dan melihat Abang sudah siap bertukar pakaian untuk membuat persembahan gendang Cina. Kami saling bertepukan memberi Abang semangat semasa persembahan gendang tersebut. Selesai sahaja, Abang terus mengajak aku dan yang lain-lain balik.

'You sure you don't want to hang around with your friends..?', aku tanya Abang.
'No', jawab Abang yang nampak sedikit keletihan tetapi terpancar kepuasan di muka.
'How about your special friend?', aku sekali lagi cuba mengusik.
'What special friend? No la ', jawab Abang.

'Anyway, our group is going to Pangkor this Monday, remember. And you promised to send me to Puduraya', Abang mengingatkan aku.
'Oh yes', jawab aku mengaru kepala.
'And you promised to take me for Dim Sum this Sunday..', Abang ingatkan yang satu lagi.
'Yea yea I remember', aku mengaru kepala kuat sedikit sambil mencapai kunci kereta dari Ibu.

2 comments:

MA said...

Dah habis sekolah dah si Zaim? Kejap ajer ek....anak-anak aku pun dah 2 orang in college...

bak sini email aku nak bukak pintu pagor...or send it to andehxyz at yahoo dotcom

BukaTutup said...

aku ingat dia nak fly dah ,,,,

Post a Comment