My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, December 08, 2012

MONEY TALK


Semenjak kerajaan memperkenalkan duit kertas dan syiling baru, aku suka mengumpulnya dan menyimpan untuk Faim. Setiap kali aku membuat pembelian di kedai atau restoren, dan apabila mendapat pulangan duit syiling warna emas atau wang kertas baru, aku akan simpan dan masukkan ke kotak yang Faim guna untuk simpan duit dia. Kadang walaupun aku ada duit kecil, tapi sengaja aku bayar dengan duit yang lebih besar semata-mata untuk mendapat peluang menerima duit baru.

Bagi tempoh lebih kurang sebulan yang lepas, aku kira aku dah letak duit baru kertas dan syiling sebanyak lebih kurang tiga ratus dalam kotak Faim. Risau yang duit itu akan hilang atau terbelanja, Ibu mencadangkan supaya jumlah tersebut dimasukkan ke Bank. Jadi kami pon berusaha memujuk Faim supaya duit tersebut kami simpankan. Perangai Faim ini pulak, dia suka duit tu berada di depan mata supaya kadang kala dia dapat melihat dan membelek koleksi simpanan dia seolah-olah seperti hobi orang menyimpan stem. Puas kami memujuk tapi Faim masih kurang bersetuju. Bermacam alasan aku berikan namun Faim juga dapat berikan lebih alasan balas. 

'Come on Faim, it's better that we keep in the Bank so they won't get lost', pujuk aku hampir nak mengalah.
'No need Ayah. The money likes it here in the box', jawab Faim mengarut.
'What? How do you know?', aku tanya Faim sambil mengerut dahi.
'They told me. Money can talk you know, Ayah', jawab Faim selamba.
'Faim, don't tell a lie', Ibu mengeraskan suara dan  mula nak naik angin.
'Well, if you don't believe me come here and listen,' jawab Faim. 

Faim ambil sekeping wang kertas seringgit dan menayangkan gambar YDP Agong kepada kami. Kemudian dia gerak-gerakkan duit tersebut sambil cuba bercakap dengan menutup mulut.
' Hello Ayah and Ibu Faim. Please don't take me to the Bank. I like it here in the box. It's warm', dengar keluar dari dalam kerongkong dia sambil mulut dia terherot-herot macam aksi Mahadi dan Jalud dulu.

Aku dengan Ibu tertawa terbahak-bahak. Melihat kami ketawa, Faim pon menambah lagi dialognya.

'By the way Ayah and Ibu, sometimes we feel lonely here in the box, so please add more of our friends inside', kata Faim lagi dengan selamba.

Kami pon terus tergelak-gelak sampai sakit perut. Hari duit baru semua tak jadi berpindah ke Bank.

2 comments:

Forskning Beta said...

lama tak ke sini

StingRay said...

Sangat bijak. =)

Post a Comment