My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, June 09, 2016

ACIK

Kepada Faim, Abang Naim ialah Acik sebab dia abang kecik dan Zaim tu abang besar dia. Kepada Zaim pula, Naim ialah Adik sebab Naim la satu-satunya adik dia selama 6 tahun hingga Faim lahir. Jadi di rumah ini si Naim ni ada tiga nama berasingan, Naim, Acik dan Adik. Ditambah pula nama gelaran kesukaan di sekolah yang kadang kala bila kawan-kawan dia sebut aku pon tak kenal itu nama dia.

Diam tak diam, Naim sudah mengakhiri zaman persekolahannya. Usia dia dah menjangkau 18 tahun. Kami sekarang sedang sibuk mengatur fasa seterus kehidupan beliau. IsyaAllah, bulan Ogos ni dia akan melangkah ke alam pendidikan tinggi mengikut bidang yang dia gemari dan yang kami pon tidaklah terlalu gusar.

Tapi kalau dulu Abang perlu meninggalkan kami apabila menyambung pelajaran di luar negeri, Kali ini, Aku, Ibu dan Faim pula yang akan berhijrah sementara Adik menyambung pendidikan di tanah
air dan tinggal bersama Atuk dan Nenek. Tapi Adik juga akan ditemani oleh Abang yang akan pulang menyambung penggal terakhir pendidikan di Malaysia setelah bergelut empat tahun di negara sejuk membeku.

Aku tahu masa seperti ini akan tetap sampai. Dan dari semenjak kecil aku dan Ibu selalu bercerita dan bersiap untuk menghadapi. Acik lebih lembut peribadi dan emosi nya dan lebih mudah terkesan atas sesuatu. Kami punya keyakinan berubah-ubah kalau dia boleh mengurus diri tanpa kami di sisi. Berbeza dengan Abang yang mempamer ketegasan dan keberanian dalam menghadapi sesuatu masalah. Alhamdulilah, kini bila ketikanya semakin mendekat, aku dan Ibu yakin bahawa Acik boleh mengurus diri dengan cara dan gayanya sendiri. Pandai membawa diri.

Dan, Abang bolehlah memberi petunjuk sesuai dengan nama yang kami beri sewaktu lahir sebagai pemimpin.



2 comments:

rendrazaleigh. said...

but the baju is go ganas lah ayah

Ayah said...

yaka? itu la baju kegemaran dia

Post a Comment