My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, January 17, 2017

Kebangsaan

NASIONALISME

Kawan
masihkah kita
bersama kuyup
dalam reribuan jatuhan butiran hujan

Kitakah
bertuli telinga
dalam dentuman guruh yang gagah
petir bertempik perkasa

Kitakah
memohon perlindungan dari Nya
di tengah silihan ganti
kilat yang meyabung

Kawan
masih aku si bongok
mencacak tegak berdiri
melaung kembali ke langit

No comments:

Post a Comment