My photo
Stories for my three heroes.

Monday, September 13, 2004

FRIDAY SERMON

Jumaat lepas aku ajak Zaim solat Maghrib di Masjid Kampung Cheras Baru. Zaim pernah ke Masjid tersebut waktu sembahyang raya dan sembahyang Jumaat. Selalunya dengan Atuk.

Setibanya di sana, aku melihat gelagat Zaim dan merasa bahawa aku perlu lebih kerap bawa Zaim ke Masjid.

Melihat bahawa hanya segelintir manusia aja yang hadir untuk sembahyang Maghrib, Zaim bertanya,'How come the mosque is not full ayah? Last time I came there were so many people coming.'

'Well, you came last time for Friday or during Sembahyang Raya. Those times people all come to pray together, sembahyang jemaah. Actually for all the five daily prayers, people are encouraged to pray in the Masjid too. But some of them has other matters they have to do as well... so we end up with just a few here', aku cuba menjawab panjang. Aku faham jawaban aku tak mencukupi tetapi aku rasa itu sahajalah yang dapat aku jawab masa tu. Kerana aku pun jarang, malah sangat jarang pergi ke masjid untuk berjemaah kecuali kalau Jumaat atau Hari Raya.

SHARING AND COMPROMISE

Kadang kita inginkan supaya apa yang kita sukai, minati atau gemari itu dikongsi bersama dengan anak-anak kita. Tidak kiralah samada ianya sejenis makanan, sukan, hobi dan sebagainya. Semenjak tahun-tahun kebelakangan ini aku minat perlumbaan Formula One. Aku tak sedar kalau dalam diam aku telah menerapkan minat yang sama kepada Zaim.

Lepas menutup internet petang semalam, aku bercakap dengan Ibu,' Since Adik nak tengok Land Before Time di bawah, I will watch the race kat atas ni. But now I want to mandi and pray Maghrib dulu'.

Zaim yang ada dibilik bertanya,'You not going to the mosque? Today is Sunday'.

'I think I won't today. I pray at home so that I can watch the race immediately', jawab aku tanpa berfikir panjang.

'That's good Ayah. If not, you might be thinking of the race all the time while the Imam baca doa' kata Zaim sambil tertawa kecil.

Aku tak kata apa cuma bergegas masuk bilik mandi.

Bila aku selesai dan keluar dari bilik mandi, aku tengok di depan TV sudah tersedia sebidang tilam nipis, bantal-bantal, makanan ringan rempeyek, twisties dan kismis serta dua gelas air sejuk. Aku pelik.

'Zaim .. where are you?' aku melaung ke bawah.

'Down here. I am getting the sports section for us to read while watching the race' aku dengar suara kecil dia dari bawah.

'Thank you boy', kata aku. And thank you God.


Tuesday, September 07, 2004

SUN UP

Ahad lepas aku bangun nak pergi jogging. Bila aku tengok Zaim dan Naim masih tergolek atas katil depa, aku terus cecepat kejut mereka.

'Hey boys. What's this? Still sleeping. Get up, the sun is already out you know. Get up now'.

Kedua-duanya bagun terpisat-pisat. Mata diorang terkebil-kebil nak adjust kepada sinar matahari yang menjenguk dari tingkap.

'No children of my family should wake up after the sun' kata aku mengulang lagi falsafah Tok Bak.

Zaim terus bangun dan capai tuala. Di depan pintu dia selisih dengan Ibu. 'Ibu, did he get up on the wrong side of the bed again' tanya Zaim sambil menuding ibu jari kepada aku. Belum sempat aku berkata sesuatu Adik baring semula sambil berkata,' Ayah the shun (sun) shays (says) its weekend. We can get up late'.

Sebelah tangan Ibu pegang bahu aku dan sebelah tangan lagi memegang perut dia. Menahan sesuatu.

BAND BOY

Alzaim dari sebelum cuti sekolah dulu meminta supaya dia dibenarkan menyertai pancaragam sekolah dia. Bila aku tanya alat muzik yang dia akan mainkan, kata dia hanyalah seksefon atau flute. Mendengar jawapan dia, aku jadi reluctant.

'I don't think you should play those. Those are for sissies' kata aku.

' What do you want me play then? ' jawab Zaim melihat padaku.

'Well, you should play either the electric guitar or the drums' kata aku. Pada aku itulah real instrument untuk orang lelaki. Paling kurang pon aku minat Gambus. Walaupun aku ada jugak minat Kenny G.

'Come on Ayah. Those instrument wont be available until I'm in middle school. But if I am not in the band now, I wont be able to be in later .. when it really matters' kata Zaim balik.

'Wait la, I'll think about it' jawab aku. Lama aku fikir sampai aku balik dari Dublin hari tu.

Aku berbual dengan Ibu. Ibu sekarang jarang nak bercakap lama-lama sebab dia sering penat dan tidak selesa. Maklumlah ada musician dalam perut dia yang asyik bergendang dan berdansa. Ibu kata pada aku, Zaim memang kalau boleh nak main gitar atau dram tu. Tapi pancaragam sekolah rendah tak termasuk alat-alat tu. Hanya di sekolah menengah aja. Ibu suruh aku tanya Zaim betul ke dia berminat. Aku angguk. Aku tanya macamana dengan soccer practise Zaim.

Ibu tenung aku dan jawab dengan lemah lembut.

'Abang. You cannot make Zaim do all the things that you wanted to do when you were young. You can't expect your son to follow your every footsteps in doing everything you wanted him to be. Give him the freedom to explore other things. In this case, since he will have band practise after school, he wont have time for soccer. But he knows this and accepts it. You should'.

Aku mengalah. So aku beritahu Zaim satu hari kemudian.

' So if it's really important to you you can play the flute ok. Just don't you practise when I am sleeping. You dig?' aku berikan keputusan aku pada Zaim.

' Thanks Ayah. It's really important' tersenyum-senyum Zaim mendengar persetujuan dari aku. Dia peluk aku tanda terima kasih.

' Ok, ok' kata ku. 'None of these mushy stuff. But, Zaim you are not doing this just to pick up girls right?' .

Zaim toleh balik dan jawab,' No la Ayah. That would be your style'.

' No Im. That would be Ibu's. Go and ask her why she joined the Tae Kwon Do class dulu' jawab aku sambil ketawa kecil. Zaim pon ketawa.