My photo
Stories for my three heroes.

Monday, September 13, 2004

Kadang kita inginkan supaya apa yang kita sukai, minati atau gemari itu dikongsi bersama dengan anak-anak kita. Tidak kiralah samada ianya sejenis makanan, sukan, hobi dan sebagainya. Semenjak tahun-tahun kebelakangan ini aku minat perlumbaan Formula One. Aku tak sedar kalau dalam diam aku telah menerapkan minat yang sama kepada Zaim.

Lepas menutup internet petang semalam, aku bercakap dengan Ibu,' Since Adik nak tengok Land Before Time di bawah, I will watch the race kat atas ni. But now I want to mandi and pray Maghrib dulu'.

Zaim yang ada dibilik bertanya,'You not going to the mosque? Today is Sunday'.

'I think I won't today. I pray at home so that I can watch the race immediately', jawab aku tanpa berfikir panjang.

'That's good Ayah. If not, you might be thinking of the race all the time while the Imam baca doa' kata Zaim sambil tertawa kecil.

Aku tak kata apa cuma bergegas masuk bilik mandi.

Bila aku selesai dan keluar dari bilik mandi, aku tengok di depan TV sudah tersedia sebidang tilam nipis, bantal-bantal, makanan ringan rempeyek, twisties dan kismis serta dua gelas air sejuk. Aku pelik.

'Zaim .. where are you?' aku melaung ke bawah.

'Down here. I am getting the sports section for us to read while watching the race' aku dengar suara kecil dia dari bawah.

'Thank you boy', kata aku. And thank you God.


No comments:

Post a Comment