My photo
Stories for my three heroes.

Friday, July 08, 2005

Jam dah dekat pukul 9 pagi. Aku dah mula dalam keseronokan bertugas dan berbincang di pejabat. Telefon aku berbunyi.

Aku angkat dan menyahut,'Hello!'.

'Hello Ayah... ' lembut dan nyaring suara Adik menelpon di hujung talian. Naim ni kalau nak sesuatu suara dia akan sangat lemak merdu berbeza kalau dia tengah mengamuk. Aku saja nak mengusik.

'Who is this? Who are you?', tanya aku keras.

'I am your favorite son.. you know your favorite son', lembuh lembut gemalai suara dia.
Hehehe.. dia dah termasuk perangkap.

'Oh, It's Baby Faim my favorite son, how are you my favorite Baby Faim son. You can speak now?' kata aku jugak lemah-lembut.

'Hey....... Ayah! It's me la, Naim not Faim. Can I play computer?' suara Naim masih lembut tapi aku masih dapat merasa dia dah nak naik angin. Sebab tu dia terus aja sampaikan tujuan sebenar dia telefon.

'Oh.. My OTHER favorite son. You want to play computer? What good deed have you done today?' aku bertanya.

Naim diam.

'Have you mandi?'
'No'
'Have you breakfast?'
'No'
'What time you woke up?'
'8 o'clock'
'What have you been doing?'
'Watch cartoon!'
'In that case, sorry my other favorite son, you cannot play computer until you have done some good deeds', kata aku setegas yang boleh(walaupun dalam hati aku berkata ala kasi aja la sekejap!).

Naim diam sekejap. Aku tahu geram campur marah dia dah datang. Sekejap tu jugak dia jerit kat telepon,' I don't like you Ayah!' lantas meletak telefon.

Aku pon letak telefon sambil tersenyum sebab aku faham lepas ni Adik akan pergi mandi cecepat, makan pagi dan baca buku. Kemudian dia akan telefon balik dan mohon sekali lagi nak main komputer. Dan lepas ni aku akan bagi izin.

No comments:

Post a Comment