My photo
Stories for my three heroes.

Friday, June 02, 2006

Dah dua malam tidor aku ikut zone waktu negara lain. Balik Sabtu lepas, tak sempat apa-apa lagi, aku kena panggil buat satu tugasan khas sampai la dua hari lepas baru aku terbebas. Petang aja aku dah ngantuk, aku terus tidor bilik Abang. Kemarin bila aku terjaga tengah malam, aku nampak adik tido dengan aku. Kata Ibu, masa aku takda, Abang dengan Adik akan tidor dengan Nenek.

Petang semalam, lepas balik dari opis, aku mula la ngantuk lagi. Aku terus nak tidor tapi sebelum tu aku sempat kata ke Adik lagi, ' Adik, last night you sleep with me because you love me? '.

'Of course, I love you Ayah. I missed you, you know!!!!', jawab Adik dengan sejujurnya.
' I know. I am just teasing you', jawab aku. 'But, unlike some people, always asking me for Runescape membership, but never care about me...', aku usik Abang pulak sambil menjeling ke dia yang tengah makan nasik.

Abang diam aja. Lepas tu dia terus angkat pinggan dan makan di dapur. Merajuk le tu. Aku tau tapi sebab aku ngantuk, aku diamkan aja.

Bila aku terjaga dari tidor sekejap tadi, aku ternampak Abang pulak yang tidor dengan aku. Aku hanya senyum aja sendiri.

Aku ingat nak usik Ibu pulak la esok ni.

No comments:

Post a Comment