My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, December 21, 2006

Kasut sekolah Abang dah pecah lagi. Tak sampai sebulan. Tapak dia dah terjelir. Dia minta beli kasut baru lagi. Ibu kata kasut dia cepat rosak sebab dia asyik main bola aja di sekolah. Sebelum sekolah mula, tengahari dan lepas sekolah dia asyik bermain dengan kawan dia. Mana tak cepat rosak. Aku cadang ke Ibu supaya belikan dia kasut futsal dan tengok berapa lama kasut tu boleh tahan. Abang suka dapat kasut cantik Nike warna merah. Aku sedih sebab duit aku terbang.

Balik dari sekolah lepas, Abang cerita dengan aku betapa canggihnya kasut dia.
'I could control the ball better and this time i could score goals as well ', kata Abang.
Memula aku buat endah tak endah aja dengan cerita Abang. Tapi Abang terus memuji-muji aja kasut baru dia.

'So, how were the shoes?', tanya aku.
'Excellent, Ayah!' Zaim menjawab tersenyum-senyum gembira.
'Well, I am glad you like it. It was a good one and mind you expensive too!', aku kata kepada Zaim supaya dia menghargai kasut yang Ibu pilihkan dan mahal tu.
'You know Ayah, with the shoes, I played very well today', Zaim masih lagi berbangga dengan kasut dia.

Aku diam sejenak. Berfikir. 'Oh! that means I was right all along!', aku berkata sambil senyum sedikit.
'What Ayah?', Zaim mendongak ke aku. Mulut dia separuh terbuka.
'Well, actually you have no soccer skills. It was those shoes that were helping you', kata aku mengejek.
'But,....' , Zaim cuba membantah.
'You should be good with whatever shoes you are wearing. If with better shoes, you play better that means it was the shoes that was good, not you...', aku terus berkata tanpa mempedulikan bantahan Zaim.
'Noooooooo... you should see me play..', Zaim masih berkesah.
'I saw you play, didn't I?', aku masih seronok mengusik Zaim.

Zaim terdiam kejap. Kemudian dia toleh ke belakang. ' Ibuuuuuuu...', dia nak mengadu ke Ibu.
Aku tersengeh-sengeh. Nanti la malam bila dia nak tidor, aku beritahu bahawa dia memang boleh bermain dengan baik. Tapi nanti lah, malam sikit!

No comments:

Post a Comment