My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, November 30, 2006

Sebulan lepas, kami buatkan adik cermin mata sebab dia memang dah rabun sikit. Pakai aja cermin mata, dia asyik kehairanan, sekejap pakai sekejap tak pakai. Bila aku tanya, dia kata bulan tu dah tak 'spotchy-spotchy'. Memang la dia dah rabun, kalau tak pakai cermin mata, musti dia ingat bulan tu memang berbentuk begitu semenjak dahulu.

Hari ni balik dari pejabat, Adik maklum ke aku, 'Ayah, I lost my glasses at school!'.
'How can you lose it? We told you to take good care of it', aku tegur Adik dengan nada meninggi.
'I don't knowwwww', Adik mula nak merengek.
'Did you search for it? Thoroughly?!', tanya aku lagi. Aku memang tak senang sebab kami dah nasihat dia suruh jaga baik-baik cermin mata tu.
'Yes, but I still could not find it. Tommorow Ibu will help me look', jawab Adik.
'You have to be responsible. You should look for it today by yourself', aku masih tak senang.

'Today I cannot Ayah.', Adik tetiba meninggi suara.
'Why?', tanya aku. Apahal pulak hari ni dia tak boleh cari. Ada kesialan burung hantu ke apa ke.
'I lost my glasses you know. So, I cannot look properly!', Adik beritahu aku dengan jelas supaya aku faham.

Oh. Aku terdiam kejap.

No comments:

Post a Comment