My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, October 31, 2006



Dua minggu lepas, Baby Faim mencapai usia 2 tahun. Kami belikan kek coklat untuk dia dan nyanyikan lagu Happy Besday diringi mainan piano Nenek. Baby Faim tiup sendiri dua batang lilin yang dipacak atas kek. Sukanya dia. Ibu belikan Baby Faim set basket ball dan aku berikan dia set traktor jentolak dan lain-lain. Dalam pada itu, oleh sebab dia suka sangat dengan kucing, kami belikan soft toy kucing untuk dia. Habis dia usung keliling KLCC hari tu tak sempat nak masuk beg plastik.

Kini, Baby Faim dah pandai bercakap dan menyampaikan apa yang di hendak atau tak hendak. Vocabulary dia pon dah bertambah. Titu=susu, dido-tidor, tuk=bantal busuk, nanak=tanak, go=jangan kacau, stop=jangan kacau, ola=bola, ticak=cicak, kakut=takut dan blu ku=blue's clues. Dia juga dah mula bertanya 'tu apa?' dan 'ni apa?'. Kalau dia start mau dia berjam-jam(kalau tak tukar topik).

Oleh kerana dia mula nak cerdik, Ibu cadang supaya dia dihantar ke TADIKA. Aku takda halangan sebab memang kesian dia bila bangun pagi, Abang dengan Adik dah pergi sekolah. Dia dok sensorang melayan Ibu, Atok dan Nenek. Itu yang selalu STOP dan GO tu. So, semalam hari pertama Baby Faim pi TADIKA kat Taman Midah. Oleh kerana aku kena pi kerja, Ibu aja la yang menghantar. Namun setiap beberapa jam, aku telipon Ibu bertanya keadaan Baby Faim sampai la dia balik ke rumah. Satu aja yang buat aku tak tahan gelak. Ibu kata dari mula naik kereta ke sekolah Baby Faim diam aja dan tunduk. Tapi bila sejak keluar sekolah sampai Abang dan Acik dia balik, beg sekolah Blue's Clues dia masih melekat kat belakang dia tak mau disimpan.

No comments:

Post a Comment